Salam admin tolong post kisah saya ni
Saya isteri yang berusia 20 tahun telah berkahwin pada awal tahun lepas dengan suami saya 31 tahun yang merupakan duda anak satu masa saya kenal suami, mereka dalam proses cerai. Lepas cerai anak dengan ibunya, menurut cerita mak mentua dan ayah mentua ex wife tu mata duitan dan boros, suami keja sebagai dokter, tapi waktu mereka berkahwin tu suami 27 tahun masih dalam tempoh percubaan jadi gaji tak macam sekarang tapi waktu tu ex wife suami suka meminta yang bukan2 minta kad kredit kereta dah ada minta lagi satu,kuat melawan dan suka tinggikan suara memandangkan dia tua dari suami,
selama perkahwinan tu suami lupakan mak dan ayah mertua saya kerana terlalu hendak menjaga hati ex wife yang tak suka pulang ke kampung, sehingga menyebabkan suami selalu stress dan menyebabkan pergaduhan mereka sering terjadi sehingga becerai, perkahwinan hanya bertahan setahun lebih, nafkah anak tiap bulan suami bagi kat ex wife dia, sehingga kini pun saya tiap bulan mengingatkan suami saya tentang nafkah anak tue, pada awal perpisahan suami d izinkan jumpa dengan anak tu tapi bila ex wife melihat anak semakin mesra dengan suami ex wife terus tidak mengizinkan suami jumpa dan menyuruh suami buat anak lain, sehingga lah anak tue rasanya dah berusia 4 tahun lebih, selama tue nafkah suami hanya bankin ke akaun ex wife,
sehingga baru2 suami nyatakan hasrat nak bejumpa anak tu nak bagi kasih sayang pada anak tue dia nak anak tu tahu dia ada ayah, sekurangnya kalau dia matti tak lah dia d soalan d sana nanti, duit nafkah anak tu hanya zahir tapi kasih sayang seorang ayah tu perlu untuk battin anak tu, walaupun saya sedih pada mulanya yalah suami kena behubung semula dengan ex wife kena whtaspp tapi saya positifkan pikiran saya dah selalu berpesan ke suami behubung hanya sebab anak, saya perempuan jadi cemburu tu normal,
alhmdulillah setelah sekian lama akhirnya suami dapat no ex wife dia dari kenalan ex wife, suami rendahkan ego cakap elok2 tak nak gaduh n minta maaf dan nak minta izin jumpa anak tu bawah keluar, akhirnya suami d izinkan berjumpa dan bawah anak tu keluar, suami bawah saya sekali waktu dia jumpa anak tu, kami pegi jalan2 walaupun saya tengah sarat mengandung waktu tu saya kuatkan hati untuk suami tercinta apa2 yang buatnya gembira akan buat saya turut gembira, nampak riak wajah suami gembira sangat waktu tue tak henti2 peluk cium anak tue, walaupun waktu tu ibu anak tu tak henti2 call suami menanyakan tentang anak tu, ia langsung tak buat saya marah,
kami bawah anak tue sehari je lepas tu ada juga suami bebalas whatspp dengan ex wife tue tentang anak tue, sehingga satu hari suami tukar profile gambar whatspp gambar saya dan suami waktu suami whatspp ex wife pertama kali tu saya dah berpesan jangan letak gambar saya dan dia takut emosi ex wife tak menentu pula, lepas suami tukar gambar kami semula ex wife tu dah tak balas whatspp suami bila suami minta izin nak jumpa sehingga sekarang tiap hari suami whatspp tanya kabar anak tu, hati saya kuat cakap ex wife tue ingat suami saya tak khawin lagi waktu suami whatspp kali petama tu dan ingat suami nak bebaik semula,
saya kesian dengan suami saya tapi dalam masa yang sama saya jadi takut kalau2 suami nak balik dengan ex wife untuk kebaikkan anak tue, saya tak nak bermadu, betul2 delima sekarang dengan keadaan saya yang tengah sarat hamil sesangat. Apa yang patut saya buat saya kesiankan suami saya, saya ada simpan no ex wife tu. saya tak nak bemadu tapi kesian kat suami yang tak henti whatspp tanyakan pasal anak tu tapi tak kena layan ex wife baca jak. Masa tu hati saya tak tenang. Senyap2 saya ajak ex wife suami jumpa. Dia ada jumpa saya. Saya cakap tolong jangan siksa suami. Namun katanya saya perosak rumah tangga dia. Dan selagi ada saya, dia tak akan maafkan suami. Salah kah saya?




