Salam min..Hide ya pinjam fb kwn.
Perkenalkan saya sebagi xx, saya ingin berkongsi cerita dengan anda semua. kisahnya begini. Saya bekerja sendiri dan tak tentu masa kadang sampai lewat malam tapi bukan selalu istri saya pula surirumah sepenuh masa, disebabkan masa kerja saya yang tak menentu, istri saya buat hubungan dengan bukan seorang lelaki tapi 2 orang. semua terbongkar apabila secara tak sengaja saya guna hp dia. bila di tanya dia mengaku dan minta di lepaskan masa tu.
ikutakan hati memang saya mahu ceraikan tapi bila ingatakan anak2 saya tetap bersabar dan pertahankan perkahwinan kami. walaupun semua keluarga cakap saya lelaki dayus, saya cuma diam dan terus bersabar. hubungan kami suami istri selepas itu memang tak macam dulu lagi, Rasa sakit, rasa diperbod0hkan, rasa dikhianati terus ada dalam hati saya. dipendekkan cerita,4 bulan selepas itu, istri saya putus hubungan dengan kekasih. Dan dalam masa yang sama juga saya telah berkenalan dengan seorang wanita dan saya jatuh hati dengan wanita itu bukan kerana kerjayanya tapi dengan budi perkerti dan keluarganya yang sangat baik.
Istri saya pula memohon maaf atas semua yang suda dia lakukan dan berjanji mahu berubah tapi hati saya suda tak boleh balik macam dulu. saya ambil keputusan untuk menikahi wanita itu tapi istri 1st tetap tak saya lepaskan kerana anak2. saya bagitahu istri 1st yang saya akan berkahwin lagi, isteri tak mahu dan minta saya untuk tingalkan wanita tu tapi saya tak mungkin tingalkan wanita sebaik dia. Saya tahu anda akan kecam atau marah saya selepas saya kongsikan cerita hidup saya ni, Terima kasih semua.




