Maaf luahan ini terlalu panjang.
Salam semua, saya berumur 30an. Penjawat awam telah berkahwin 12 tahun tanpa dikurnia cahaya mata. Tapi bukan soal cahaya mata yg menjadi focus utama. Saya terasa kosong, jiwa saya kosong, rasa sunyi dan sepi. Saya terlalu banyak makan hati dengan suami. Saya tidak bahagia dengan perkahwinan kami. Tidak tahu bagaimana mahu mula. Saya cuba, waktu menaip ini pun bagai tidak percaya saya perlu meluahkan secara umum begini.
Saya sangat sepi, sangat kosong rasa hidup ini. Perkahwinan saya kerana family arrangement. Suami saya bekerja swasta. Selalu berhenti kerja dan beberapa kali menganggur. Paling lama enam bulan (pernah 2, 3 kali). Anggaran gaji RM1800-2500. Urusan rumah tangga, bil, loan dan sebagainya memang banyak saya yang menanggung kerana gaji saya 2-3 kali ganda gajinya. Saya tidak kisah soal duit, terutama jika suami dapat membahagiakan saya dan pandai mengambil hati. Tetapi suami seorang yang sangat cermat (kedekut mungkin), tidak romantik, tidak pandai mengambil hati, dan ego.
Awal perkahwinan, saya susah nak serasi dengan suami, kerana karekter dan perangai kami yang sangat bertentangan. Contonya saya dari dulu seorang yang ramai kawan lelaki dan perempuan, easy going dan fleksibel, agak sporting, tidak berkira dengan kawan-kawan atau saudara mara. Suami saya sebaliknya. Setelah berkahwin suami saya tidak benarkan saya berhubung dengan kawan lelaki saya walaupun team sukan kami rapat dan merekalah yang banyak membantu saya waktu berjauhan dengan keluarga.
Kawan-kawan perempuan selepas masing-masing berkahwin memang sangat jarang berhubung. Lagipon masing-masing sudah bawa diri setelah habis belajar. Yang ada sekarang kawan sekerja. Tidak terlalu rapat dan tidak sama seperti kawan belajar dulu. Kampung saya jauh beratus kilometer. Arwah ayah dan ibu telah mennggal dunia tahun lepas. Saya jenis yang tidak bercerita pada ibu bapa. Takut jika mereka risau. Begitu juga dengan adik beradik dan orang lain. Media s0sial saya pon yang positif saja.
Kami luaran memang nampak ok dan bahagia saja. Awal perkahwinan saya berazam untuk menjadi isteri solehah. Menyediakan makan pakainya dan cuba yang terbaik untuk membahagiakannya. Tetapi lama kelamaan semangat itu semakin kurang. Saya beberapa kali mengajaknya berjemaah, tetapi dia lebih suka sembahyang sendirian. Saya impikan suami yang dapat memimpin keluarga ke syurga, yang dapat berjemaah selalu, mengaji dan usrah bersama.
Dulu saya rajin juga bentangkan sejadah, tunggu dan berusaha juga untuk berjemaah. Sekarang tidak lagi.
Awal2 dulu paling tidak seminggu sekali kami bersama. Itu pon kadang kala saya yang meminta, rindu untuk bermanja dan saya perasan cara itu yang menarik hubungan kami ‘on track’ semula. Dia jenis yang tidak manjakan saya, tidak mudah-mudah peluk, cium dan sebagainya (kecuali waktu pergi kerja, itu pon sudah jarang sekarang, dan waktu-waktu saya meminta utk dipeluk).
Tidur juga tidak suka dipegang dipeluk. Dia hanya peluk sebelum tidur jika ingin bersama saja, sebab itu senang nak baca jika dia teringin. Tapi kadang2 dia ego, bila lama tidak bersama saya dapat baca dia teringin, tapi dia seolah-olah ingin saya mulakan. Ada juga bila lama tidak bersama saya minta tapi ‘direject’, sudah banyak kali. Setiap kali itu saya rasa sangat malu, kecewa dan sedih sebagai perempuan. Saya tidak pernah reject saat diminta sepanjang perkahwinan walaupun penat, tiada mood atau mengantuk, kecuali sekali ketika di luar negara kerana memang terlalu penat kerana banyak berjalan jauh.
Saya minta maaf dan ada kata kalau dia nak juga saya akan buat saja. Dia memahami waktu itu. Kadang-kadang terlintas suami ni macam lain sikit dari lelaki normal, susah nak tergoda walupun saya dah goda. Hinggalah satu hari bila direject, saya beritahunya saya takkan minta lagi. Memang sangat kecil hati waktu itu. Sebelum ini pon ada saya kata, kerana kecil hati, tapi dalam 2 bulan 3 bulan saja. Tapi kali tu saya betul-betul nekad. Hingga sekarang, sudah bertahun juga. Sebelum tidur waktu dia tiba-tiba peluk, ya dia memintalah tu. Tapi masalah suami saya dek egonya, dia susah juga nak minta walaupun kadang-kadang nampak teringin.
Sekarang hubungan kami makin hambar. Rasanya dah 3 bulan kami tidak bersama.
Dia mudah merajuk/marah. Saya juga begitu, tapi esoknya saya ok macam biasa. Dia dia tak. Tidak berapa nak bercakap dan jadi dingin disebab perkara kecil atau jika saya tertinggi suara sedikit. Istilah isteri baginya adalah seperti orang-orang dulu yang perlu layan, hormat dan patuh suami. Ya, dalam memang Islam memang begitu sebetulnya. Tetapi ada masa kita tidak penyabar, terutama jika tidak berpendapat sesuatu perkara.
Kadang-kadang saya rasa sangat susah untuk menjadi lemah lembut, layan suami seperti orang dulu-dulu. Lebih-lebih bila hati dah tawar sekarang. Tanggungjawab semakin banyak beralih bahu dari suami ke isteri, sedangkan tanggungjawab isteri masih dibahu isteri. Makin lama makin ringan beban suami dan semakin berat beban isteri. Sedangkan Allah beri kekuatan fizikal lelaki lebih dari perempuan kerana tanggungjawab2 ini. Nafkah saya sepanjang 10 tahun boleh dikira, mungkin sekitar 10 kali atau lebih sahaja.
Awal-awal dulu ada juga RM100. Tapi lama-lama RM50. Itu pon sebab saya kadang-kadang tegur dengan berhati-hati juga pada dia. Rezeki dia sempit, selalu tidak cukup duit. Saya kata saya bukan nak sangat duit, tapi kena bagi juga ke isteri dan ibu bapa, supaya berkat. Lagipon, apa sangat nilai duit tersebut berbanding yang saya habiskan untuk kami setiap bulan Jika perang dingin harapkan suami memang tidak akan mengalah, boleh bawa ke minggu, ke bulan. Jadi setiap kali sayalah mengalah, dapatlah tidur bersebelahan lagi.
Awal-awal dulu saya pernah merajuk juga, tapi akhirnya dia yang marah dan merajuk sebab rasa tidak diendah. Akhirnya saya juga yang kena mengalah. Sekarang tidak kuasa merajuk lama-lama lagi. Saya perasan saya sudah kurang manja, tiada rasa nak merajuk, kurang lembut, rasa kosong macam tiada perasaan. Kadang-kadang saya juga ragu adakah saya cintakan suami saya. Kini saya tidur di atas, dia tidur di bawah, mungkin dah setahun. Tidur bersama di atas jika bersama saja yang sangat jarang-jarang. Sebulan sekali dua, atau 2 bulan sekali. Kadang-kadang jadi selesa pula seorang bila dah terbiasa begini.
Kami kurang komunikasi sekarang dan banyak buat hal masing-masing.
Kini perasaan saya padanya kosong. Saya rasa saya saja yang berusaha utk membahagiakan rumah tangga ini sebelum ini, sampai tahap saya pon dah berputus asa. Saya cuba ajak berbual walaupun dia jawab nak tak nak saja. Saya kecil hati kerana dengan orang lain dia boleh bersembang mesra-mesra senyum bila saya terus tiada senyum dan nak tak nak saja. Seperti tidak suka pada isteri sendiri. Dia kadang-kadang bercakap seolah marah (walau ketika itu tak marah), tak kira rumah ke kat luar.
Kadang-kadang saya malu bila kat pasaraya orang sampai tengok dua kali, macam isteri kena marah. Saya pernah terlintas penceraian, sebelum ni pon ada. Tapi saya tak sanggup nak berdepan dengan rakan-rakan pejabat, rakan-rakan sekampung, saudara mara dengan status janda selepas perceraian. Sebab tiada alasan kuat seperti curang, dera dsb. ‘Penderaan emosi dan menttal’ ini orang lain tak nampak dan memahaminya. Untuk terus bersama pon saya tidak rasa bahagia, selalu makan hati.
Saya rasa seolah-olah tiada jalan keluar bagi saya. Awal-awal dulu saya ada beritahunya boleh nak kahwin lagi, tapi kena lepaskan saya sebab saya tak nak berkongsi. Tapi beberapa tahun ini saya ada menyuruhnya untuk berkahwin lain, saya benarkan. Cuma tak beritahu yang saya akan failkan penceraian selepas itu kerana dia tidak mampu, zahir dan battin. Itu saja alasan yang saya nampak untuk keluar dari perkahwinan ini. Saya ada kawan yang berkahwin lewat seolah sedih belum bertemu jodoh.
Saya katakan padanya, tak semua perkahwinan indah, ada yang cemburu melihat kehidupan orang bujang tapi penceraian bukan satu option padanya. Dan jangan tengok orang yang bercerai semuanya malang, kerana mungkin penceraian itu bawa kebahagiaan pada mereka kini. Bersyukur, mungkin Allah mengatur kita begini kerana perkahwinan itu tidak sebahagia waktu bujang kita. Ya, saya lebih happy ketika bujang dulu. Tapi saya tetap bersyukur, walaupun suami sangat keras dan tidak pandai menunjukkan kasih sayangnya, tapi dia bukan kaki pukul dan kaki perempuan. Tapi ya, senang untuk beri nasihat, senang untuk positif, tapi ada masa goyah juga.
Kebelakangan ini, saya rasa teramat sunyi. Seolah-olah saya tiada tempat bergantung. Benar-benar keseorangan, tiada ibu bapa untuk bermanja, adik beradik yang tidak rapat dan jauh, tiada rakan rapat untuk bercerita. Setiap hari saya menangis, saya terlalu rindu ibu bapa saya. Minggu ini suami saya shif malam. Saya juga balik lewat untuk elak bertemunya, elak bergaduh dan makan hati. Balik malam sekarang kerana tidak terasa nak balik, balik pon kosong saja. Sama juga jika suami shif pagi, akan sampai rumah 9pm, sunyi juga kerana masing-masing hal sendiri dan dia akan tidur awal kerana perlu bangun sebelum subuh.
Minggu ni sepanjang perjalanan pulang kerja saya banyak bersedih dan menangis ketika memandu. Pernah sampai rumah saja saya terus bersimpuh di lantai dan menangis teresak-esak. Saya tidak tahu nak buat apa, saya mengadu pada Allah saat menangis, kemudian terasa bersalah seolah tidak bersyukur, saya menangis rindukan arwah ibu bapa, tapi rasa bersalah juga seolah tidak redha. Hanya Allah saya mengadu betapa saya banyak makan hati dengan suami. Tapi takut jika suami tidak berkat, semakin sempit rezekinya, takut juga jika Allah menarik lagi nikmat kerana tidak bersyukur.
Malam ini saya ajak suami keluar makan ketika perjalanan pulang saya berterima kasih kepadanya kerana malam ini saya rasa lega sikit. Saya beritahunya yang saya banyak bersedih beberapa minggu ini. Saya menangis setiap hari, dan saya cerita yang 2 malam lepas saya sampai rumah terus menangis teresak-esak. Sambil memandu reaksinya hanya “ermm..” tanpa memandang, apa lagi nak pegang tangan saya memberi kekuatan. Saya makan hati lagi.. saya kata dengan hati-hati, “abang macam tak kisah saja pada saya. Hari tu saya mesej abang ajak abang bercuti mana-mana, sebab saya depression lately, banyak bersedih. Tapi abang balik abang macam tak peduli saja, saya harap abang peluk saya. Tadi pon saya kata saya banyak bersedih, banyak menangis abang ermm saja.”
Dia kata, “habis abang nak kata apa, awak kena kuat lah”. Saya sedih.. memang saya je ke perempuan pelik yang mudah kecil hati pada benda-benda remeh begini? Saya tahu, bagi dia saya pon bukan baik. Ya, saya juga dingin begini kerana sudah lama makan hati, perasaan saya sudah tawar. Saya tahu saya bukan lagi isteri yang baik, d0sa saya banyak dalam perkahwinan ini. Dan d0sa ini akan terus mengalir sepanjang perkahwinan ini. Sedih, sepatunya perkahwinan menjadi ladang pahala, tapi sebaliknya pula. Sukar saya rasa menjadi perempuan dan isteri. Berdosa jika suami kecil hati, marah dan tidak puas hati. Tapi suami keras sifatnya, tidak pandai berlemah lembut dengan isteri.
Ada juga beberapa kali ketika cuba berbual dengannya saya bertanya kenapa cakap macam tu, kenapa jawab kasar sedangkan masa saya tanya/cakap tadi saya cakap ok saja. Sedih saya..
Banyak lagi perkara yang nak diluah, tapi ini pon dah terlalu panjang, maaf. Terima kasih kerana membaca hingga habis. Mohon berikan kata-kata semangat supaya saya kuat lagi.. Jika tiada pon tak apa. Saya sekadar meluahkan sahaja. Ada waktu saya bahagia juga dengan suami, ada waktu dia ok. Tapi ada waktu saya rasa ingin saja keluar dari semua ini, tapi tidak tahu bagaimana.
Untuk suami pemimpin keluarga, selalulah berjemaah, membaca quran dan usrah bersama isteri dan anak anak. Insyaallah ada keberkatan dan kebahagiaan dalam rumah tangga. Tidak salah manjakan isteri, kerana fitrah perempuan suka dimanja. Dengarlah cerita-cerita isteri, ambil berat pada mereka. Pujuklah sekali sekala. Isteri yang bahagia akan sedaya upaya bahagiakan suaminya juga. Buat isteri, jadilah isteri yang penyayang dan membahagiakan suami dan anak-anak. Saya doakan rumah tangga anda semua bahagia dan diberkati Allah, semoga ke syurga. Terima kasih admin.




