tolong siar kisah ni. al kisah bermula setahun lepas rumah tangga dibina selama 10 tahun sebahagia nya sedang hampir hancur gara2 suami jatuh cinta dengan isteri orang. pelik tapi benar memang dunia dah nak kiamat. si isteri dapat menghidu hubungan cinta suami dengan isteri orang bila saling ber i love u di wssp 3-4 pagi. apa yang dikatakan dunia memang nak kiamat bila isteri orang itu sudah ada anak 3 dan berstatus Muslimah kelembutan keayuan kesopanan selembut softlan tapi sebenarnya lagi teruk perangai dari bangkai ibliis.
Al-kisah apabila semua semakin jelas diminta berkumpul untuk perbincangan. lalu terjadilah adegan menidak kan semuanya dan tiada pengakuan salah dari ke2 pihak (suami dan isteri orang tu) kata mereka si isteri terlalu cemburu dengan persahabatan baik lalu memikir benda bukan2.msg2 di wssp saling merindui itu hanya lah persahabatan semata2. untuk kekal positif si isteri yang disailang ini meneruskan hidup dengan luka di hati selama setahun dengan adegan persahabatan mereka. kekal dengan fikiran profesional tahap maha agung, sudah difikirkan, manakan si isteri orang ini boleh jatuh cinta dgn suami dia yang muka macam tempe, berpangkat kerani, sedangkan si isteri orang itu pensyarah kedudukan darjat lebih tinggi lagi2 punya suami kaya berpangkat dari dari golongan wow jugakla..
Setakat tulisan ini semestinya pembaca2 memikir semestinya ada silap dan salah mana2 sehingga terjadi hubungan ke3 sebenarnya hakikat dunia benar2 sudah sudah nak kiamat yang disebut pada perenggan di atas bukan hanya kata2. bumi sudah tenat makanya wujud manusia2 gile babun bertutup dengan nama Muslimah suci dan ditutup segala auratnya hanya kerana ingin berselindung di balik sikap keji. kita teruskan dengan kisah si isteri orang ni,kelembutan dan kemanisannya menutup bau bangkai,tidak selamanya kekal,rakan2 sepejabat mula terbau melalui pandangan mata dan rasa cinta yang tidak dapat diselindung lagi atas nama persahabatan.baju sedondon, di majlis2 semakin jelas penampakan rasa cinta yang begitu besar.
yang peliknya tertanya2 apa si suami kepada isteri yang jahat ni lansung tidak berbau sesuatu ka? jawapan ada di akhir cerita. adegan demi adegan seolah2 wanita Muslimah yang jahat ni makin mahu menonjol. makin mahu memperlihatkan kepada isteri y baik ni dia semakin berkuasa. dalam kelembutan dalam muka suci tidak pernah terlintas di akal fikiran waras punya perangai gila tidak seperti rupa. dont u look hanya cover depan orang kata.
makanya makin hari makin menjadi dengan rasa tidak malu tidak peduli,berdating sana sini kononnya orang macam tak nampak. Pelbagai alasan untuk berjumpa, walaupun sudah dihidu, makanya mereka mengubah taktik berjumpa dalam kelompak 5 orang, 3 orang, sembang minum2, kononnya ingin menutup mata orang ramai, manakan boleh disembunyi lagi. aura cinta jelas kelihatan, rindu yang semakin jelas kelihatan. tidak lama lepas tu, pasangan ni makin disekat oleh si isteri y baik ni kerana semakin tak tahan dengan kelakuan mereka. disekat segala msg, segala dating, pendek kata total tak boleh lnsg mereka berjumpa walau apa pun alasan.
lalu tergila sungguh si perempuan Muslimah itu membuat seribu alasan ingin juga menatap wajah suami orang ni, dengan buat2 terserempak di tempat percutian, segaja bercuti ditempat y sama sanggup heret anak2 dengan suami y tak tau apa2, mengambil gambar suami orang walaupun dalam jarak y jauh. Asalkan boleh, malaysia boleh, pulun tak tau nak habaq utara kata. kegilean pompuan Muslimah ni memang tahap psiko dalam diam.
apa gila kalau difikir2 balik belajar pandai ilmu ada perangai ya habibi. bukan calang2 orang adab tertib terpuji rasanya mau saja di bagi alamat disiar gambar dimalukan. cerita tidak habis disitu, oleh kerana disekat, makanya kedua pasangan ni mula tak senang duduk. si suami makin jadi pemarah lalu berlaku pertengkaran yang hmpir2 kepada penceraian. lalu berlakulah sekali lagi meeting, di panggil oleh si suami Muslimah ni untuk berbincang kononnya mau berceritalah dari A-z kepada suami Muslimah ini tentang hubungan y berlansung hampir setahun. lalu dinamakan suami Muslimah ni dgn panggilan en A..
en.A ini rupa nya sudah lama menghidu dan sudah masak dengan sikap si isteri nya y lembut diluar tapi bersikap Muslimah player tahap kelas atasan. bukan 1 kes tapi sudah berkali2 sebelum ni dengan orang y berlainan. Tiada salah dan silapnya dimana2 tentang dia menjaga isteri cumanya isteri nya sememangnya sudah begitu dan sudah diberi pengajaran berkali2 dan mengharap isteri nya berubah 1 hari nanti kerana itu dia bersabar dan menerima segala ujian. terkedu dengan jawapan diberi lansung en. A dalam perjumpaan itu adalah manusia paling tenang dan layak diberi jolokan malaikat punya isteri syait0n.
Di hujung cerita ni sudah diberi jaminan oleh en. A, hal2 sebegini tidak akan lagi berlaku, dia akan cuba mengubah perangai si isteri dan selalu mencuba walaupun berkali2 disakiti kerana itu isteri nya. selepas tersiarnya post ini makanya pembaca2 ingin benar mencari suami sedemikian perangai macam en.A.
tahukah anda. dia boleh dirampas jika sekali lagi isteri nya mulai perangai sawan gatai biji lagi.. seharusnya begitu kalau dah perangai bini nak kena jaga macam anak2. habis satu jantan ke 1 jantan dia test power dari pangkat dokte dia mengorat sampai ke kerani cabuk dia test. tak malukah kamu wahai isteri?
malu si suami menyelesaikan 1 demi 1 masalah.
So..apa yang jadi pada suami yang tergila2 kat perempuan Muslimah tu sekarang ni, setelah tau segala semua ni ialah, masih menegak benang y basah, masih merasakan perempuan itu suci difitnah dan sebagainya. Orang mabuk bercinta mmg mcmtu. lalu pengakhiran masih samar2, tapi masih dapat rasa perempuan Muslimah itu sungguh bijak mengatur kata2 dan tindak tanduk walaupun di bukakan aib secara terpaksa oleh en.A sebagai suami..
entah apa akan jadi di masa depan tapi bersedialah perempuan single diluar sana, Ada seorang lelaki idaman Malaya bakal dilepaskan. banyak yang boleh dicerita tentang baiknya en. A ni tapi dah panjang sangat. Nanti2 kedepan klaau terjadi sesuatu apa y dikatakan, akan saya post no fon en. A di krt .. biar melopong si isteri dia sawan kucing betine tidak bermusim.




