Assalammualaikum admin, Saya nak kongsi pengalaman hidup saya kepada admin, klau admin rasa ada benefit untuk disiarkan kepada umum, silakan. Saya ibu tunggal berusia 31 tahun pada tahun ni, saya dah berpisah masuk tahun ke 5 dan saya ada 2 orang anak dari perkahwinan tersebut. Saya berasal dari Negeri Sembilan dan bermastautin di Selangor sebaik selepas kahwin, sekarang dah 12 tahun di Sgor. Saya kahwin muda, 18 tahun. Dan bercerai pada usia 25 tahun, masa tu tahun 2013.
Saya tak nak cerita psal kegagalan rumah tangga saya di sini tapi tentang kehidupan selepas becerai saya. Semasa bergelar isteri saya tak dibenarkan ambik lesen memandu dan sebaik saja bercerai perkara pertama yang saya lakukan adalah mintak bekas suami keluarkan duit deposit untuk kereta secondhand (sebab saya lansung tak tuntut apa2 harta sepencarian or nafkah), dan kemudian saya ambik lesen memandu, Alhamdulillah lulus kejap je. Dah tak ada masalah memandu kemana-mana secara halal.. hehehe.
Sepas cerai saya buat keputusan untuk tetap bekerja dan menetap di Selangor.. even family dah pggil2 suruh balik N9. Keras hati pnya pasal, saya masih di Sgor jgk. Oleh kerana saya cuma Pembantu Admin je masa tu, gaji taklah besar mana, saya sewa bilik dengan cost tak lebih RM350 sebulan (budget saya ttpkan). Anak2 saya menetap dengan bekas suami dan keluarga. Mula2 ssh nk adept takserumah dengan anak2.. lama2 ok. As ibu, routine saya, akan hntr anak2 pergi sekolah, bagi duit belanja, pastikan anak2 dh mkn sebelum saya balik rumah. Anak saya kedua-duanya lelaki, jadi bagi saya mereka lebih independent.
Rezeki saya semakin dipermudahkan saban tahun, saya dh boleh simpan duit dalam akaun dari gaji bulanan dan tak runsing nak beli keperluan anak nak sekolah atau nak raya sebab rezeki yang Allah bagi kepada saya (saya takde side income, full time kerja 1 tempat je). Anak2 nak mkn or mintak apa selagi saya rasa tak keterlaluan saya tunaikan. Thn 2014, saya promoted as Supervisor dan gaji bertambah agak banyak, tp masih boleh claim overtime. Simpanan saya takla banyak mana, cuma untuk backup emergency diri saya, anak2 atau mak dikampung saya rasa cukup.
Thn 2015, saya tukar kereta secondhand saya kepada kereta baru, sbb malas nak handle masalah kereta asik rosak banyak sangat. Saya ni kedekut sikit kot, jdi saya pon ambik kereta yang minimum untuk saya bayar bulanan tp masih boleh penuhi keperluan saya untuk travel mana2. Jadi saya ambik Atakia Manual. Bulanan 350 pon tak sampai… hehehe. Cukuplah untuk saya pegi kerja, balik kg or jalan mana2. Minyak kereta ni sangatlah jimat. 2015 jugak saya mula sebagai seorang pelajar EPJJ, UiTM, ambik diploma untuk tempoh 4 thn (sebelom ni taksmpat belajar terus kawin… hehehe). Sbb saya ibu tunggal, saya apply Program Menggubah Destinasi Anak Bangsa anjuran UiTM, di mana sekiranya saya capai 3 pointer atas saya takperlu bayar apa- apa yuran pengajian, dah 4 sem saya dapat pengecualian ni. Alhamdulillah lg.
Lupa nak bagitahu, selepas beberapa bulan saya becerai, saya berkawan dengan seorang lelaki dan kami rapat, dia lah orang yang bertanggungjawab meransang saya untuk buat pekara- perkara yang saya tak pernah terfikir untuk capai seperti sambung belajar, belajar rajin-rajin dan jgn sesekali terfikir nak berhenti belajar, walau susah macam mana nak manage masa, kerja keras, simpan duit, buat business (ni belum buat), dan miliki aset-aset sendiri. Thn 2017, rezeki saya lebih dipermudahkan, saya promoted as Etakecutive (padahal Diploma still ongoing lg). Rezeki Allah tetapkan takpernah salah orang. Saya sayaukur walaupun education level terpakai masih SPM tapi majikan percaya dengan kebolehan saya dan letak saya pada level junior management.
Memandangkan saya dah lebih 10 thn menetap di Sgor, kawan lelaki saya tdi tu, suruh saya cuba apply Rumah Selangorku, Alhamdulillah lepas hmpir setahun menunggu (mgkin sebelum tu level gaji tak cukup untuk application approve) akhirnya saya terima surat tawaran dr LPHS, happy la sangat hati ni, lepas ni boleh bwk anak-anak duduk sekali. Di saat berita gembira ni saya terima, saya dan kawan lelaki tu dah tak lagi berhubung. Dia decide untuk akhiri hubungan kami atas dasar kebaikan bersama. Sedih sbb dh lama kawan tapi mgkin perancangan Allah lebih baik.
Saya struggle jgk nak dapat loan bank, sebab pendapatan saya masih rendah untuk kelayakan bank. Developer cuma ada 3 bank panel yang saya boleh cuba iaitu, UOB, OCBC dan Bank Islam. Separuh mati jugak lah saya mencuba untuk meluluskan diri, tp bank asik tanya, ada suami tak, klau ada senang nk lulus sbb ada penama kedua. Pengalaman saya dengan ketiga-tiga bank:- bank OCBC luluskan loan saya 80%, mana pulak saya nak dapat duit bayar 20% lg, sbb akaun 2 EPF cuma cukup-cukup 10% harga rumah
Bdw, this Chinese lady from OCBC memang sangat baik, bersungguh2 nak tolong saya dan bagi saya penerangan yang sangat berguna dan jelas. Berbanding dengan Bank Islam, maafkan saya, mungkin bukan rezeki saya nak dpt wakil jualan yang baik dr bank ni, submit document sangat lama. Telefon direject, whatapp bluetick, bila dpt follow up, baru nak tgok, within a few minute trus cakap taklayak. Tanpa ada apa-apa penjelasan ttg kenapa, ada cara lain ke atau tak. Yang berurusan dengan saya seorang wanita islam yang sepatutnya memudahkan urusan orang lain. Tp entahlah, mungkin dia ada sebab dia sendiri. Dan akhirnya, loan saya lulus 90%, dengan bank UOB, dengan sayaarat saya perlu buat sejumlah fitak deposit untuk tempoh 4 thn dengan bank mereka.
Sekarang LO dah sign, S&P agreement pun dh sign. Duit simpanan semua saya dh pakai untuk buat fitak deposit dan lawyer fee. Sekarang kena mula menabung balik dr awal balik. Saya tak rasa membazir sbb ini asset yang sangat sangat saya impikan dlm hidup saya dan Allah izinkan saya untuk memilikinya pada usia 31 thn secara milikan individu.
Semua wanita wanita yang single, becerai hidup atau becerai mat! diluar sana, jgn terlalu berharap dan bergantung kepada orang lain, sebaliknya, guna kan segala kemampuan untuk memiliki apa yang anda perlu dalam hidup dan impikan. Selain dari usaha yang beterusan, jgn lupa jaga hubungan kita dengan Allah, dan ibu bapa (utama) dan orang lain.
Ini penting. Saya pernah lalai dan berdosa pada Allah satu masa dulu, tp sejak merapatkan diri dengan Allah, byk perkara-perkara luar biasa yang Allah bagi pada saya secara direct dan indirect. Saya juga percaya rezeki saya ini adalah rezeki anak anak saya yang Allah salurkan melalui saya, jdi sebolehnya saya akan ttp memenuhi pemintaan anak-anak asalkan tak keterlaluan. Bagi yang bakal berkahwin, please continue kerja atau miliki pendapatan anda sendiri, kerana kita tak tahu apa yang akan berlaku di masa depan. Saya bertuah kerana ada ibu yang sangat memahami (ayah men!nggal sejak saya form 5) tak pernah paksa saya nak buat apa, berkawan dengan siapa (takpaksa saya kawin lg, wlaupun dia risau saya sorang diri kat Sgor ni) asalkan saya tahu kesan buruk dan baiknya. Saya juga dikelilingi oleh insan insan baik yang tiada pertalian darah tp sangat mengambil berat dan sentiasa mendoakan saya.
Sebagai seorang perempuan, kadang2 saya tewas dengan permainan perasaan, saya kecewa, dikecewakan dan rasa sangat berseorangan ketika dlm kepayahan. Menangis itu biasa, tp jgn biasakan.. nanti airmata tu dh tiada nilai. Sangat teringin nak berkongsi semua berita gembira ni dengan dia yang saya sayag cuma saya rasa Allah belum izinkan. Impian saya seterusnya, sebaik saja tamat study, saya nak buat business berkaitan apa yang saya suka (belum decide lg pun) dan saya berdoa, kalau ada jodoh saya dengan lelaki lain, dtgkan lah lelaki yang matlamat nya sama seperti saya, mencari kesederhanaan di dunia dan menyiapkan diri untuk bertemu Allah pada bila bila masa. Kalau takda jodoh, saya pasti Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk saya. Allah kan ada




