Assalamualaikum. Kalau sudi, tolong siarkan ye. Saya dan suami dah setahun lebih berkahwin tapi Allah uji kami dengan tak lagi dikurniakan zuriat. Saya tahu, ramai kat luar sana bertahun tahun kawin baru ada rezeki anak. Cuma saya rasa saya tak kuat nak hadap soalan dari orang. Setiap kali orang tanya pasal anak, saya akan menangis. Suami pun dah faham sangat. Saudara sebelah suami selalu tanya, bila nak ada anak. Mak ayah mertua okay, tapi mak mak saudara yang sibuk tanya.
Semalam saya cakap kat suami, abang kawin lah lagi satu dan saya suruh suami kawin dengan kawan saya tapi suami tak nak. Suami cakap dia tak minat berpoligami. Saya cakap kat suami, kalau abang tak minat poligami, abang boleh ganti isteri baru. Suami saya marahkan saya. Selama kami kawin, tak pernah dia marah saya. Kalau saya merajuk atau dia merajuk sekalipun, bila tidur dia akan pegang saya. Tapi semalam dia tidur membelakangi saya lepas saya suruh dia ganti isteri baru. Marah betul dia. Saya pujuk pun suami tak layan sampai saya cium kaki suami mintak maaf tapi suami elak. Suami tak suka saya cakap macam tu. Saya tahu saya salah. Sebelum tidur, suami cakap dia dah maafkan saya tapi hati dia terluka bila saya cakap macam tu.
Saya pun tak berniat nak cakap macam tu. Saya sayang suami saya. Cuma saya tertekan dengan orang sekeliling yang tak habis habis tanya pasal anak. Bukan kitorang tak jumpa doktor, semua dah. Makan jamu, makan ubat, jumpa doktor, diet, mengurut. Semua saya dah buat. Duit beribu dah habis untuk ikhtiar.
Saya bukan nak mintak pandangan sebab saya tak ada masalah apa pun, cuma saya nak kekuatan dari ahli krt mana yang ada pengalaman macam saya. Saya mohon ahli krt doakan saya dan suami semoga tahun ni ada rezeki kami untuk ada anak sendiri. Bukan saya tak boleh doa sendiri, tapi mana tahu Allah lebih dengar doa dari kalian. Terima kasih.i




