Assalam KRT dan selamat menunaikan ibadah puasa… harap min dapat hide profile saya. Perkahwinan pertama dahulu mengikut pilihan hati emak saya walaupun saya dah ada lelaki lain dihati. selepas 5 tahun berkahwin dan mungkin tiada lagi keserasian diantara kami kami bercerai. Emak menadah tangan bersyukur sebab suami menceraikan saya. disebabkan suami tak dapat memenuhi specifikasi mak. sepanjang 5 tahun perkahwinan kami emak sering juga campur tangan dalam urusan keluarga selalunya banyak yg kurang disenangi dari yg menyenangkan. dan bergelarlah saya janda beranak 4.
selepas habis edah saya mengambil keputusan untuk berkawin dengan seorang lelaki tapi kali ini juga emak berhasrat hati untuk mengahwinkan saya dengan seorang lelaki lain dari keturunan yg agak berada… saya kenal lelaki ini… lelaki ini juga dikenali ramai sebab kaki perempuan. Ayah dr dulu hanya diam menuruti segala cakap emak… saya dinikahkan dengan lelaki pilihan saya… tetapi mmg bukan pilihan emak saya… emak memang tak suka dari mula lagi selepas tahu saya ada pilihan sendiri kali ini. setahun bergelar isteri saya mengandung… apabila emak dan ayah mengetahui perkara ini saya dinasihati mengugurkan kandungan… saya hanya berdiam diri buat dengar tak dengar…
Suami yg baru ni nak kata kaya pun tidak… kehidupan kami agak susah… ini lagi menyebabkan emak saya tidak boleh pandang kepada suami… Suami baik org nya, selalu mengajak saya balik ke rumah mak abah saya walaupun kadang2 saya menolak… suami cakap jangan putus kekeluargaan… tapi saya x hendak balik disebabkan emak saya ni selalu perkataan cerai sahaja yg keluar dari mulutnya… saya dah tahu sakit rasa bercerai itu bagaimana… nak kata saya x boleh hidup dengan suami sebab dia susah boleh saja walaupun kadang2 putus duit… suami saya ni ketum pun x minum… selalu ada saja dengan saya… nk keluar pergi beli gula pun dia selalu ajak saya… jarang dia keluar seorang selain ada kerja yg hendak dia lakukan… itupun selalu diberitahu saya dahulu kemana hendak pergi agak2 pukul berapa dia balik…
Emak saya ni punya x suka kepada suami kdg2 suami balik suami hendak salam pun dia salam hujung jari je…suami pun terasa cuma diam sahaja… Ayah mcm biasa la diam seribu bahasa x de nak beramah mesra sgt dengan suami… Asalnya mak ayah pun susah dahulu masa baru kawin tatapi Allah memberikan kesenangan sampai sekarang dapat mengumpul harta dan hidup mewah… tetapi apabila dapat menantu yg bukan pilihan dan tak beberapa senang mereka tak boleh terima… sekarang selepas berbulan2 perkataan cerai keluar dari mulut mak, saya balik pun ayah dah kurang bercakap dengan saya… dia cakap yg penting2 aja… dulu boleh x de masalah untuk bergurau senda… adik beradik saya dan pasangan mereka pun tahu mak x suka dengan suami saya ni… cuma mereka diam seribu bahasa sebab mak saya ni lantang percakapan dan bising mulutnya…
Sekarang saya dalam dilema… apa patut saya buat? Saya makan hati dan terasa sangat2 dengan tindakan emak… emak saya tahu dia nak saya berkahwin dengan seorang lelaki pilihan dia, tapi takkan la saya nk cakap mak nak mak la kawin… durhaka namanya… minta pandangan kawan2 disini bagaimana hendak menasihati dan bg mak abah faham tentang suami ni x kaya harta tapi kaya dengan kasih sayang… dan bagaimana hendak bagi mak abah ni ingat bahawa depa pun dahulu asal orang susah bila dah berharta jangan lupa asal usul kita… harap kawan2 dapat memberikan pandangan… terima kasih…




