hi admin KRT. pasal “anak dicabul bapak tiri, tapi mak buat tak kisah kenkonon sebab sayang laki sayang anak ” tu memang sangat kena dengan cerita dan pengalaman aku sendiri. aku harap apa yang aku share ni, akan buat mak budak tu dan mak mak orang lain yang mungkin ada dalam situasi ni sedar! admin please hide profile aku ya. masa tu aku darjah 6, anak dare sunti la kiranya.. baru baligh, brest baru naik tapi perangai masih anak anak la..
mak aku kawin dengan BAPAK TIRI YANG BERLAGAK ALIM tu sejak aku darjah 4 macam tu aku pendekkan cerita LELAKI SET4N bapak tiri aku tu lah pernah mengintai aku tengah mandi buang air kecil dalam toilet. Berkali kali dia mengintai dan dia juga berkali kali acah acah peluk konon bermanja dengan anak sehingga konon konon terlanggar brest aku aku memang tak sedap hati dan jauhkan diri dari dia aku masa ada bagitahu mak aku tapi mak aku diam je.. tak taulah dia tak percaya apa aku cakap atau dia nak cover LELAKI SET4N tu. aku pun diam je lah. budak budak.. apa la yg aku tau sangat masa tu.
kemuncak nya bila 1 hari ni, dia balik rumah kami (dia ada bini ramai. masa tu yg aku tahu mak aku number 2) dia marah aku dgn adik aku tengah tengok tv masa maghrib. dia suruh mandi.. aku dan adik aku ni memang takut sangat dgn dia dulu. sebab dia garang. aku terus bangun masuk dalam bilik nak ambil towel. baru nak keluar bilik , dia tahan aku kat pintu bilik terus CIUM MULUT AKU BIBIR AKU ! lebih kurang 10 saat tapi rasanya macam lama sangat. aku terdiam kaku. tegak je berdiri, biar je dia buat mcm tu. masa tu mak aku kat dapur. adik aku kat dalam bilik dia. lepas dia dah cium aku, dia blah pastu panggil aku and semua makan .. dia buat macam biasa dan tak bersalah apa apa pun.
aku pendekkan cerita lagi ya. esok nya dia dah balik rumah bini mana ntah, aku berani kan diri cerita dengan mak aku. mak aku terdiam,tak ada tindak balas. yang aku nampak body language mak aku menunjukkan dia sangt terkejut. aku ingat dia akan buat sesuatu untuk protect maruah anak dia.. rupanya tak ada langsung! aku kecewa sangat. pernah aku cakap aku nk bagitahu papa aku dan pakcik2 makcik2 aku.. tapi mak aku merayu, dia kata tolong jgn bagitahu sape sape.. sebab dia takut diceraikan .. nanti siapa nak tanggung kita semua.. kecewa sangat aku masa tu .
aku dah tak tahan, aku cerita dengan papa, nenek dan pacik macik aku. dorang semua marah dan nak pergi serang LELAKI SET4N tu. tapi masa tu aku dah jadi takut dan teringat pesan mak aku.. aku mintak dorang semua diam jgn buat apa apa. ya allah, ketakutan masa dicabul tu aku masih rasa sampai aekarang (aku dh 32tahun). aku trauma. aku hilang keyakinan diri. aku takut. aku sakit hati. geram benci marah.. semua nya masih wujud dlm hati aku ni. jujur cakap, sampai ke hari ni aku masih kecewa dgn mak aku.. sebab dia pilih LELAKI SET4N tu dari pertahan kan maruah anak dia. aku sayang mak aku tapi dalam masa yg sama aku kecewa dgn mak aku..
utk pengetahuan korang, sekarang LELAKI SET4N tu tinggal kan mak aku.. digantung tak bertali. rampas semua duit ,brg kemas yg dia pernah bg mak aku dulu. sekarang dalam proses nak rampas rumah yg pernah dia beli utk mak aku dulu. hati aku sakit sangat! nak je aku biar LELAKI SET4N tu kena tangkap sebab cabul aku dulu.. tapi aku takde bukti gambar ke apa. pesan aku utk mak mak yg ada masalah yg sama mcm kisah kami ni. TOLONG LAH PILIH ANAK ANAK DARI PILIH SUAMI YG DAH CABUL ANAK KAU!
TOLONG LAH. AKU PERNAH LALUI, DAN AKU MERANA JIWA SAMPAI SEKARANG!




