Assalamualaikum warga krt dan admin yg chomel. Aku nak shere satu kisah yg sedang berlaku dalam hidup aku… Ya sedang berlaku, dah berlaku and masih berlaku. Aku harap korang x boring baca true story ni. Kisah ni adalah kisah keluarga dan kisah seram. Maaf buang masa kalian dengan mukadimah yang panjang. Bermula kisah aku di sini.. Aku mempunyai adik bradik yg ramai ya ramai. 13 orang termasuk anak ibu tiriku dan berbinkan 1 ayah. Aku anak ke dua dari 9 adik beradik 1 ibu. Iaitu istri pertama ayahku. Aku ni terlahir dari keluarga yabg pecah belah famly brokend. Ayah aku berkerja sebagai pengusaha atau bianessmen. Tak lah terlalu berjaya tapi cukup lah untuk dikatakan senang.
Namun apa yang aku kesali dari aku kecil sampai ke aku mnigkat remaja aku hanya sedar ibuku sahaja berhempas pulas pergi pagi balik malam tanpa mengenal hari sabtu atau ahad terus berkerja demi untuk menyara aku dan adik2 yang lain.
Kisah ini terus berlalu sehingga ayahku terus dgan kesibukan kerja. Pergi seblum aku pernah bka mata dan balik setelah aku diulik mimpi.. Dan berhari hari terus berlalu akhirnya ibuku membuat keputusan drastik berhenti kerja untuk pulang ke kampung halaman.
Bersama keputusan itu aku tidak dibawa bersama memandangkan aku sendri tidak mau tukar sekolah dan ibu menempatkan ku di asrama. Selama aku berada di asrama. Ibu jarang2 menjengukku memandang kampung ibu adalah terpisah antara dua negeri dengan sekolahku dan ibu mengharap agar ayahku pasti akan mengambil peduli tentang aku.
Namun sebenarnya harapan ibu hanya memusnahkan hidupku. Ayah tidak ada sehari atau sedetik bertemu aku
Dengan tiada kiriman wang dari orang tua aku berbekal hidup dengan biasiswa. Namun pada masa itu aku hanya mmpu menggunakan duit itu untuk kegunaan bayaran asrama dan makan serta peralatan sekolahku. Kerana itu aku terpaksa mencuri sabun untk mandi dan cuci pakaianku. Hari semakin silih berganti aku tetap sama hanya menggunakn baki wang biasiswa untuk hidup dan pulang ke rumah saudara terdekat. Pernah satu hari aku tidak dapat mengeluarkan wang dalam akaun aku. Sedangkan duit saku yang berbaki hanyalah 20 sen dan jmlah tambang bas perlu aku berikan sebanyak 40sen dalam pakaian sekolah.
Aku tekat untuk mengopak locker sahabat ku sendiri kerna aku tau dia menyimpan syiling yang banyak setelah habis akalku. Kuperahkan dan matahari makin melabuhkan tirai… Ku ambil wang itu dgan harapan aku dimaafkan. Sehingga kini dia tak pernah tau bahawa aku pernah mengopak pintu lockernya dan mengambil syiling 20sen hahaha (maafkan aku kawan) Akhirnya kerana tekanan aku dapt rasakan aku terkena deprtion.. Tanpa sesiapa menyedari dan kelakuan ku menjadi aneh… Aku di buang asrama
Dengan keadaan itu aku kembali ke kampung ibuku. Aku membantu ibu menoreh getah menyulam padi. Dan aku bertukar sekolah. Akhirnya aku menjadi liar kerana tiada kawalan. Namun aku tetap menjaga maruahku walaupun hanya aku saja yg percaya bahawa aku masih suci selain tuhanku. Kerana kesusahan dan ayah jarang sekali datang aku terus bebas berkawan dengan orang- orang lebih usia dariku.. Sekali lagi aku melompat mencipta keputusan sendiri untuk berhenti sekolah dan menyara diri sendiri memandangkan ibu tiada terdaya untuk menyara persekolahanku dan adik yg lain. Ayahku terus dengan rutinya yang aku sendri tidak tau apa. Cuma yang aku tau slpas aku brhnti sekolah ibu ku terus hamil dan hamil beselang tahun sehingga adikku yg ke 2 terakhir diberi pada orng dan ibu ku masih mengandung lagi. Aku tidak pernah menyalahi ibuku. Namun ada secalit rasa marah tanpa dendam pada ayah sehingga kini.
Dalam huru hara kehidupan ayahku pulang membawa seorang gadis dlam lingkungan 26 tahun ketika itu aku berusia 16 tahun. Aku masih ingat dia datang mengenalkan diri sebagai kakak angkat kepada abang sulongku dan berlagak seperti orang kampung.. Sudi menjamah ikan tamban masin yang di goreng ibu bersama sayur rebung dan sambal belacan seperti aku… Rupanya kami ditipu setelah dia hadir sendri buat kali kedua dan memohon agar ibuku terimanya untuk menumpang kasih atas alasan dia ibu tiriku setelah itu ibuku terlihat tidak keruan.. Terus memandang cermin bemandikan air mata merobek wajah sendri dengan soalan padaku adakah ibu terlihat jelek? Dan soalannya terus ku sambut bahawa ayahku yang bodoh dan buta ibuku sangat lemah lembut dari wajah dan kata tiada pernah ada yang terluka… Senyumnya menambat hati sang peria namun tetap melutut dalam cinta… Ya cinta yang telah didustakan dan cinta yg telah di palsukan..
Perempuan itu layak ku gelarkan betine. Kerana dia sendiri telah memperlihatkan kepadaku sijil nikah di thailand pada selang beberapa harai dari tarikh ayahku pulang membawa khabar bahawa ayahku perlukan wang demi perusahaannya hampir jatuh dan dy meminta sejumla 8ribu tanpa menyoal ibuku terus bertemu nenek merayu menangis kpada nenek untuk diberi bantuan dan beDan berjanji hutang akan dilunaskan dgan cara membayar melalui berkerja membuat sawah nenekku selama beberapa penggal sehingga selesai… B0doh atau terlalu baik? Sehingga kini masih menjadi tanda tanya untukku…. Rupanya wang itu digunakan ayah sebagai perbelanjaannya untuk kawin baru… Dan satu lagi kata2 yang menyakitkan telah diluahkan oleh ibu tiriku adalah makcik tak percaya ayah bomohkan makcik… Sebab bukan ayah yg goda makcik tp makcik yang goda ayah saat pertama kali melihat ayah tanpa ayah pernah kenal siapa makcik….
Mungkin baginya itu adalah satu keberanian. Tapi bagiku itu satu penghinaan…. Dan lebih menyakitkan apabila pengorbanan ibuku untuk ayahku diganti dengan kecurangan tanpa ehsan tanpa mengenal aku siapa. Sejak dri pertemuan itu keluarga ku menjadi semakin kucar kacir ayahku tidak lagi dibenarkan pulang melainkan 3 blan sekali itupun atas desakan ayahku sendri kerana bimbang ibuku akan menuntut fasak atas takhlik yang telah dilafazkan ketika akad ibuku dan ayah bermula… Pernah ibuku menfail kan cerai, proses terus ditunda dan tidak dpat berjalan lancar atas alasan ayah ku pulang sebelum 3bulan 10hari dan walaupun dia tidak memberi nafkah zahir namun dia tetap memberi nafkah batin iaitu 3bulan dan perbicaraan tidak dapat dilaksanakan selama lebih 15 tahun….
Ya kini aku berusia 32 tahun… Perkara itu bagaikan sebuah mimpi bagiku.. Aku telah diijab kabulkan dengan seorang lelaki yg baik walaupun nakal, sentiasa bersabar dgan kerenahku disaat aku berusia 17tahun… Dalam sekolah aku dipaksa kawin kerana fitnah… Ya aku difitnah… Dan Alhamdulillah perkahwinanku bahagia dalam pasang surut nanun tidak pednah ada benci setelah kami menyintai satu sama lain dan kini usia perkahwinan ku 15tahun..
Pada mula perkahwinanku aku diuji tidak dikurniakan zuriat dan aku difitnah lagi bahawa aku telah mandul kerana sering menggugurkan kandungan… Hahahha
Namun tanpa aku nantikan genap 3 tahun perkahwinan aku mennyambut ahli baru iaitu putri sulungku dan saling tak tumpah sama seperti suamiku berkulit tembam aku terlalu bersyukur indahnya anugrah yg tak pernah aku terfikir diberikan sebagai tali ikatan yg mengukuhkan cinta aku dan suami..
Namun slepas 3tahun kemudian aku sekali lagi hamil anak ke dua. Disitu aku diduga aku selamat melahirkan anak lelaki. Yang sempurna. Berkulit seperti aku halus dan sawa matang sekali dipandang seperti anak2 palestin putih kekuningan. Namun anakku sering sakit. Demam berbulan2 sakit kulit asma dan macam2 lagi sehinggakan hospital adalah rumah kedua bagiku. Akhirnya ankku terkena sawan Allah maha mengetahui bertapa serabutnya aku.
Aku terus diduga dengan sakit aku dan ank silih berganti.. Muka ku yang halus tanpa sedikit jerawat telah dipenuhi kudis seakan cacar dan meninggalkan parut setelah berbulan ku rawat, aku demam 2 bulan mengakibatkan kerja ku terjejas… Aku istihadah, paling mengerikan aku pernah lumpuh tapi Allah maha penyayang.. Kuterus memohon dari tuhan agar aku diberikan kesembuhan aku berubat…
Pengaml perubatan itu memberitahuku ada 2makhluk mengikat kakiku seperti tak percaya setelah dirawat aku kembali berdiri gagah hingga kini. Namun tetap ku tak tau mana datang sakitku… Mungkin aku terpijak di jalan aku biarkan persoalan bermain difikiran lesap ditelan masa.. Aku terus sakit dan sakit. Sampai satu hari aku demam lagi 1 bulan fan aku khabarkan kepad ibuku aku dah demam selama sebulan menjelang asar badanku akan menggigil kesejukan. Apabila suamiku memeriksa suhu badanku begitu panas seperti bara api dan aku menggigil, haus terasa yang teramat aku meminum air berjug jug tanpa menjamah sebutir nasi melainkan air soya untuk ku tambah tenaga dan berat badanku turun dri 80kg ke 50kg..
Kasih sayang ibu membekalkan aku air penawar dari ustaz… Sekali saja aku minum, aku dapat rasakan seperti aku bertambah baik lalu ibuku merenjiskan dan memandikan aku lantas ku bangun seperti tiada apa yang berlaku…
Hari berganti hari aku demam lagi, kali ini ibuku memicit kepalaku dan membaca ayat kursi dalam sedar tanpa aku mampu mengawal aku menengking ibuku dan berkata kenapa kau mengganggu ku sedangkan aku tak mengganggumu? Dan kau tunggu nanti aku akan keluar dan akan makan kau. ya.. Sejak itu ibu ku sering sakit dan jin yang telah menawan ibuku mengkhabarkan kepada kami adik beradik dan saudara yang lain itu adalah perbuatan ibu tiriku sendiri. Ya aku langsung percaya. Aku tanamkan dalam hati rasa benci dan dendam terhadap ibu tiriku…
Dalam pada itu aku banyak menghadiri kelas2 ilmu rawatan islam dan aku dimaklumkan oleh ustaz bahawa jin itu menfitnah.. Namun ku tetap tidak percaya pada ustaz aku teruskan dengan peganganku bahawa ibu tiriku adalah punca. Sebelum pagi hari raya menjelang, aku tidak dapt berkumpul bersama adik beradikku yang lain. Aku beraya disebelah mertuaku, saat adik beradik yang lain berkumpul mereka telah bermain satu permainan…Permainan itu berbentuk satu demo… Sebaik ayat oleh adik perempuanku no3 dibaca satu makhluk sebesar guli bejalan dalam badan adik permpuan yg no6 lalu adikku menjadi histria memekik melompat terjun dan meracau… Mereka beraksi seperti wayang gambar… Bersilat dan menari… Seperti tarian kuda kepang… Dan aku dimaklumkan tentang itu lantas aku bergegas pulang. Tibanya aku pada waktu itu dalm 10 pagi. Namun semuanya seperti tiada apa yg berlaku. Namun adikku yang no3 telah meminta aku untk mghantrnya ke airport dan dia telah terbang ke kl. Namun adiku no6 masih di tinggalkan terlantar separti orang tua menunggu ajal…
Kejadian itu telah membuatkan hati ibuku sedih lantas menangis namun ku kuatkan ibuku dengan kata2 semangat setiap sakit ada penawarnya. Aku cuba berusaha sedaya yang boleh ku hubungi perawat islam, ustaz datang silih berganti tiada satu yang mampu memulihkan adikku. Dan ku putuskan untuk menghubungi ayahku dan ayahku datang bersama dengan peramal perubatan yang mengamalkan ilmu kaf 44… Dengan izin Allah adikku sembuh sehingga kini. Sejak dari itu aku mula mengesyaki adikku yang ber no3 memiliki ilmu sihir dan dia punca semua masalah ini datang, tapi aku pendamkan. Masa berlalu ibuku terus sakit meracau. Tidak dapat tidur selama berbulan2. Makan berselera mengalahkan lelaki dan ibuku tetap menuduh ibu tiriku sehingga ibuku memilih untuk bercerai dengan ayahku kerana ayah tidak pulang dan sakit hati terhadap ibu tiri.
Akhirnya ibuku di nasihatkan untuk lari dri ayahku bagi memudahkan urusan penceraian setelah ayah ku pulang sehingga ibuku tidak lagi disentuh selam 3bulan 10 hari… Dan akhirnya ibu ku selamat berpisah dan berkahwin dengan lelaki 10tahun lebih tua dri ayah dan ibuku. Kisah ini tidak tamat disini sahaja ibuku masih sakit berulang sehingga ke hari ini dan apa yang lebih menguatkan lagi keyakinanku bahawa adiku sendiri telah menyihir aku dan jin itu telah berdendam dengan ibuku atas usaha ibu mengubatiku lebih kuat apabila aku menerima satu pesanan ringkas mencari no adikku yg ber no6. Dengan itu perempuan tersebut telah menceritakan padaku bahawa adiku telah pergi ke sebuah negeri untuk menuntut ilmu dan dia meminta aku bawa adikku itu untuk berubat selain meminta aku untuk menasihati adikku agar buang segala yang sesat…
Dan sejak itu aku jadi tidak lagi mesra dengan adikku itu… dan membuatkan dia sedar perubahan berlaku padaku… Dy memakiku dengan kata2 kesat, bahawa aku miskin lowclass aku terima dengan hanya diam dia terus menghembur kata2 hina kepadaku aku diam bkan kerna ku takut tapi aku kesal adikku sendri tidak mengaku aku saudara dan terlalu jauh terpesong tidak cukup dengan besekedudukan dgan lelaki bukan muhrim, minum arak , pakaian menjolok mata… Membuat pembedahan plastik tanpa ada sedikit rasa bersalah… Berbeza antara aku dan dia bagai langit dan bumiMemandangkan adikku seorang ahli seni… Dan aku pula brjawat jawatan dalm bidang awam jadi kami tak setanding kehidupan dari segi pakaian dan etika….
Jadi mungkin kerna itu aku dipandang hina dimatanya. Namun tak sedikit aku cemburu bahkan aku sedih walaupun rerkadang sedikit kagum dengan ketrampilannya… Namun jauh di sudut hatiku aku sentiasa beranggapan dia akan berubah satu ketika nanti.
Namun sejak ku tahu dia mengamalkan ilmu syirik dan berniat membinasakan ku aku lagi bersedih. Tak ku sangka dar*h ku sendiri ingin melihat kejatuhanku sedangkan aku sentiasa menolong dia dri sejak dia menapakkan kaki ke ibu kota akulah yang melebarkan pintu menjemputnya masuk dan menatang bagai anakku sendiri… Aku berusaha carikan kerja untknya walaupun aku dalam keadaan sarat kugagahi dengan hanya menaiki bas dan aku sanggup berkongsi bantal dengannya sedangkan sewaktu itu aku sendri tidur tidak beralas… Aku rela menyatu makan sedangkan ketika itu rezekiku tidak sebaik sekarang namun sentiasa ku simpankan untuknya sebiji telur dan sepinggan nasi tanpa pernah aku rasa dia adalah bebanan pada ku dan suami ketika itu….
Namun setelah setahun dan aku selamat mlahrkan ank sulungku dan terjadi peristiwa di satu malam dia pulang dengan mulut berbau seakan mnuman keras dan aku memarahinya dengan mengejarnya dengan rotan sperti aku memarahi seorang ank kecil dan kejadian itu membuatkan dia meminta izin agar melepaskannya menyewa bersama teman yg lain dan aku terpaksa aku memandangkan aku hanyalah seorang kakak dan bukanlah sesiapa…
Tapi selama pemergiannya aku masih terus berhubung walaupun aku dapt melihat dia makin ketara jauh hanyut ku hanya diam kerna setiap apa yg aku usulkan kepada ayah dan ibu merwka hanya beranggapan aku dengki dgan kejayaan adikku jadi ku biarkan…
Tidak ku nafikan dia selalu memberikan wang belanja kpada ibu ku yang msih menanggung adik kecil yang ramai, mungkin kerana itu ibuku berangapandia berjaya dan ibuku selalu memuji aku dan dia dan berkata hanya kau dua orang saja yang selalu bagi duit pada ibu… Dengan itu aku bahagia…
Tapi aku tak menyangka rupanya dalam diam dia menyimpan dendam padaku. Dia mengirimkan aku jin untuk aku jatuh.. Dengan permulaan sakitku hanya lah demam berbulan dan terus sakit belikat, sakit pinggan dan aku lumpuh. Namun apa yg membuktikan nya.. Allah menunjukkan aku hanya dengan perkhabaran dari teman nya sendri dan mnjadi kukuh aku terus cuba mainkan emosinya dengan berkata aku akan berjmpa dengan bomoh untuk kupulangkan sihir ini agar pemilik sihir ini dibaham oleh makhluk yang cuba membunuhku.. Dan dia langsung menelifon ku dan merayu- rayu agar aku tidak berbuat begitu bimbang mungkin itu adalah hak adik lelakiku katanya..
Aku terus kan juga kenakalanku dengan mengatakan aku tidak lagi kira itu siapa kerna dia sendiri inginkan aku lumpuh dan mat*.. Namun permainanku terhenti dengan soalannya kau ingin pergi pada siapa? Ku khabarkan nama dukun yang agak terkenal sedangkan ku sendri tidak tahu yang dukun itu sebenarnya telah lama meningal dunia dan perkara itu menjadi tenang disitu. Dan kini jin yang ingin memusnahkan aku telah mengotakan janjinya dan dia terus menyakiti ibuku sehingga ibuku terpaksa berhabis duit ke sana ke mari berubat dan percaya bahawa perbuatan sihir itu adalah hak ibu tiri , kawan2, saka keturunan dan macam2 lagi…
Baru- baru ini ibiku sakit teruk sekali sehingga muntah dar*h dan akhirnya berjaya sembuh walaupun tak sepenuhnya. Selang beberapa hari aku sering mengalami mimpi buruk dan lagi teruk kakiku ditarik saat aku ingin melelapkan mata seperti bermain2 denganku dan aku jadi makin tidak keruan apabila saat aku berehat di mejaku aku nampak tiga makhluk ketawakan aku tanpa aku boleh bersuara sehingga aku membaca rukyah dan akhirnya aku dapat melepaskan diri seolah diikat dan dibiar aku melihat. Setelah itu langsung aku mmbuat janjitemu dengan seorg perawat rawatan islam dan aku dirukyah… Namun lebih memeranjatkan aku muntah darah… Kencing berdarah, ku sangka kan haid… Namun setelah di periksa itu adalah darah yang keluar melalui air kencing…
Selepas sahaja aku sihat walau tak sepenuhnya adikku terus datang kerumahku dan aku sendri tak tahu untuk apa. Namun aku terima hadirnya walaupun hanya bercakap sepatah dua kerna bagiki dia tetap adikku. Setelah dia pulang anakku yg berusia 4 tahun terus mengalami sakit yg sama sepertiku kencing berdar*h… Allahhuakhbar sabarkan aku tuhan Dan kini ibu ku kembali sakit. Setelah aku baru sahaja pulih. Aku biarkan kerna disaat ini ibuku bersama adiku itu. Adikku terus memaki aku dengan kata2 dan aku hanya mampu ketawa… Dia meminta aku ubatkan ibuku kerna tak sanggup melihat ibu ku sakit… Dan ku katakan padanya kau ubatkan lah sediri dia langsung memakiku…
Tanpa rasa berkecil hati aku hanya bermain dengannya tentang persoaalan bagai mana kau boleh masukkan benda dalam badan adik yg no 6 ? Dia katakan dia tak tahu dan hanya membaca surah terus berlaku begitu… Hahahha ku hanya ketawa dan berkata tahniah kerna kau tak pandai langsung membaca quran tapi kau pandai pula merukyah orang sekarang sila lah rukyahkan ibu. Lalu makin naik angin dia terus memaki ku dan mengatakan kau dulu pun ada ambil ilmu sedangkan aku tak pernah mengambil ilmu yg salah. Dia membandingkan aku dengan nya… Saat nakal ku zaman remaja dan dia yang kini.. Apa lagi yang bolehku katakan.. Aku hanya ketawa




