Assalamualaikum.. Mohon hide ye. Kisah saya macam ni, sebelum ni kami pjj dan saya pernah buat salah besar dengan suami saya. Pada hujung tahun lepas, kami sudah bercerai dan pada awal tahun ni kami bersama semula saya sudah pun menyesal dan brjanji tak kan buat macam tu lagi saya pun dah berubah ke arah yang lebih baik dan tinggalkn semua tu. Saya tinggalkan kerja saya, saya jual kereta saya dan saya duduk dengan suami. Memang start duduk dengan suami, saya ubah diri saya. Saya tukar nombor baru, saya jadi yang baru semua. Hanya family yang tahu nombor baru saya.
Selama duduk dengan suami, saya merasakan ada sesuatu dia sorok dengan saya. Saya ada tanya dia tapi dia menidakkan semua tu. Saya mintak petunjuk dan pertolongan pada Allah dan semuanya terjawab. Dia masih lagi menyimpan nombor perempuan lain dan berhubung walaupun sebagai kawan. Dia cakap dia lelaki dan dia boleh dapat lebih daripada itu. Sebagai seorang isteri, hati mana tak cemburu, tak sedih kalau suami ada simpan dan berhubung dengan perempuan lain. Sedangkan saya langsung tak save nombor mana2 lelaki kecuali abang2 saya dan dia cakap dekat saya kalau saya nak buat mcm dia buat tu dipersilakan.
Dia terima saya kali ni tak ikhlas dan ada mengungkit pasal saya sebelum ni. Saya betul2 sedih. Bukan senang nak berubah ke arah kebaikan tapi bila saya dah berubah, dia senang2 nak mengungkit balik pasal saya sebelum ni. Saya tahu apa yang saya buat sebelum ni memang salah tapi kenapa perlu mengungkit semuanya bila dah mula kehidupan yang baru. Kadang2 saya stress sangat2, rasa nak bunuh diri tapi saya kuatkan demi anak2.