Salam admin.
Tolong hide profile saya. Masalah saya bermula sejak ibu mertua dtg tinggal dengan kami. Kononnya nak tolong saya masa pantang. Pada mulanya semua baik. Sehingga dia berubah jadi batu api kepada suami saya. Setiap hari dia akan hasut suami saya kononnya saya tak membuat kerja rumah. Tidak menolong dia untuk memasak dll.
Suami saya pula mula berubah. Sampai dia memukul saya dan marah marah saya. Saya cuba buat dia faham keadaan saya yang saya baru bersalin seminggu (ceaser) . Dan misi menyuruh tidak membuat kerja sebab badan saya terlalu lemah sebab masa mengandung saya pernah terkena kencing tikus. Tapi suami saya tidak pedulikan saya. Dia terikut cakap ibu mertua saya.
Sampai dia tidak pulang ke rumah sampai berminggu minggu. Saya cuba call dia. Tapi dia block saya. Family dia semua block num saya. Tinggalkan saya dan anak saya. Suatu petang datang misi ke rumah kami dengan mengatakan suami saya buat report yang saya uggut akan bnuh diri dan akan bnuh anak saya.
Mereka membawa saya ke hospital. Dan admit saya ke wad mental atas permintaan suami saya. Mak mertua saya hanya senyum melihat saya merayu lepaskan saya. Dan jangan rampas anak saya. Tiada sesiapa yang tolong saya malah suami saya sendiri. Hari tu hari last saya dukung anak saya dan cium anak saya.
Hari esokkan family saya datang menyelamatkan saya dari wad mental… Sekarang dia dah berusia 9 bulan puas saya berusaha tengok anak saya tapi mak mertua saya tidak izin saya tengok anak saya. Suami saya ikut je cakap mak dia… sampai suami saya ada girl baru dan failkan kes penceraian.
Saya masih tak tahu apa salah saya. Salah saya ke kerana tak buat kerja rumah? Salah saya ke kerana tak izinkan mak mertua tinggal dengan kami? Apa patut saya lakukan sekarang? Tolong saya bagaimana nak selesaikan hal ini.. Maafkan saya kalau saya tersilap tulis atau.. sekian.