Assalamualaikum admin dan semua pengikut krt. Saya terpanggil untuk berkongsi kisah benar tentang rumah tangga saya sendiri kepada semua. Saban hari saya melihat banyak luahan hati confessor tentang suami yang buat hal di luar. Mari saya ceritakan untuk dijadikan iktibar buat semua. Saya berkahwin pada usia yang sangat muda, 16 tahun. Suami pada ketika itu berusia 22 tahun. Jodoh awal serta desakan dari orang tua memandangkan saya dan suami memang mempunyai kehidupan sosiaal yang agak teruk.
Selepas berkahwin ibu mentua tak bagi kemana-mana disebabkan suami hanya kerja di kampung. Risau anaknya tak mampu bagi saya makan. Kehidupan kami 100% ditanggung ibu mentua saya. Alhamdulillah rezeki dapat mentua baik. Tapi itu juga punca suami jadi malas bekerja. Sebulan kahwin saya disahkan mengandung. Suami memang terkejut dan dia seolah-olah tak suka. Yelah biasa ditanggung mak alih-alih nak tanggung anak.
Sepanjang mengandung saya banyak makan hati. Faktor usia yang masih muda, kami tak mampu sebenarnya nak mengemudi rumah tangga sendiri. Suami mula melepak malam2 seperti zaman bujang. Minum arak. Curang. Semuanya berterusan sampai lahirnya anak pertama kami. Rezeki anak, suami dapat kerja tetap di utara. Saya lepaskan dia pergi demi mengubah nasib kami. Alhamdulillah semuanya makin baik walaupun kami berjauhan (saya balik kerumah mak dan dia menyewa rumah bujang di utara). Rupanya sambil kerja dia buat hal lagi. Kaki perempuan. Mabuk. Bila saya dapat tahu katanya salah saya sebab lepaskan dia pergi.
Mana tahan duduk tanpa isteri. Dan saya kembali berendam air mata. Anak pertama berusia 6 bulan, suami makin stabil dah dapat rumah sewa. Saya pergi kesana dengan harapan nk rumah tangga saya macam orang lain. Saya sentiasa maafkan dia walau hati saya memendam rasa. Perkahwinan saya dicemuh ramai orang (kahwin muda katanya saya gatal malas sekolah dll) jadi setiapkali suami buat perangai saya tutup sekemasnya aib dia kerana takut dicemuh lagi. Kembali duduk bersama tapi rumah sewa sendiri, buat pertama kali buat saya gembira. Yelah selama ni duduk rumah mentua banyak yang terbatas.
Kami lalui pahit manis bersama sehinggalah saya disahkan mengandung anak kedua suami buat perangai lagi anak yang baru beberapa minggu di dalam rahim suami suruh gugurkan. Saya berkeras taknak. Episod hitam kembali lagi. Ada saja salah saya dimata suami. Dia dah mula angkat kaki tangan pukul saya. Bayangkanlah dipukul dalam keadaan mengandung. Saya dan anak sulung yang baru berusia setahun sendirian di tempat orang jauh dari keluarga. Sehinggalah saya dah tak tahan bila suami pukul saya sampai saya bleeding gara-gara saya telefon mak dia mengadu dan akhirnya lari sehelai sepinggang dukung anak – pergi jual cincin nikah dan naik bas balik ke kampung. Semuanya masih segar dalam ingatan saya.
Saya nekad kali ni saya nak buang dia jauh dari hidup saya. Saya ceritakan semuanya kepada keluarga saya dan dia. Saya pergi sendri mahkamah syariah pergi balai buat report dengan perut memboyot. Saya ketepikan walaupun sayang tu masih ada. Akhirnya kami bercerai betul-betul ketika kandungan saya 35 minggu. Rasanya saya lah janda termuda pada ketika itu. Suami menangis ketika lafazkan cerai tapi saya setitik air mata pun tak tumpah. Saya pun pelik mana datangnya kekuatan tu sedangkan saya memang manusia yang jenis cepat menangis.
Semuanya okey hinggalah selepas saya bersalin. Suami mula gila talak. Hari-hari call ajak kahwin semula. Dia berhenti kerja di utara dan balik ke kampung. Setiap minggu mesti dia datang rumah mak saya. Alasan nk jumpa anak-anak. Keadaan memang tak terurus. Dengan jambang kusut rambut panjang. Betul lah kata orang lelaki memang tak kan hargai perempuan selagi dia tak merasa kehilangan.
Saya pada ketika itu seorang janda muda anak 2 yang memang tak pandang pun dia. Entahlah kalau sebelum cerai dulu saya boleh hadap semua perangai buruk dia, maafkan dia, tapi bila tengok dia gila talak masa tu saya rasa gembira. Sampai mak saya tegur. “Seburuk-buruk perangai orang dekat kita jangan layan dia macam sampah. Dia tetap ayah anak-anak kita”. 2 tahun menjanda saya buktikan saya boleh berjaya walaupun saya hanya ada PMR je. Saya mampu beli kereta buat kerja macam-macam.
Nafkah anak memang saya mintak. Saya ajar tanggungjawab yang sebenar buat suami. Dan sepanjang 2 tahun dia masih ajak saya kahwin balik. Perubahan dia memang drastik. Dia dah bekerja ambil lesen bawak lori. Anak-anak memang mewah dengan macam-macam. Memang dia sediakan semua. Tapi sepanjang 2 tahun kami berpisah saya memang tak termakan langsung dengan pujuk rayu dia. Hati perempuan bila sayang sepak terajang pun tadah tapi bila benci dengar nama pun rasa panas.
Sehinggalah anak kedua kami jatuh sakit. Seminggu di hospital sama-sama jaga anak buat mata hati saya tersentuh. Saya nampak kasih sayangnya. Entahlah dulu sifat kebapaan dia langsung tak ada. 2 kali saya memgandung dia tak nak anak tu. Perut saya tak pernah dia gosok. Ke klinik checkup pun sorang-sorang . Kena pukul. Berendam air mata dengan setiap perangai dia dulu. Kuasa Allah. Sekuat mana saya tolak dia sejauh mana saya buang dia kalau dah ditetapkan dia jodoh saya apa saya boleh buat. Daraah yang mengalir di tubuh anak-anak saya tetap daraahnya. Kami decide kahwin semula. Tapi sebelum tu saya bawak dia jumpa lawyer buat surat sumpah. Saya belajar dari pengalaman. Surat hitam putih yang mengesahkan sekiranya dia memukul saya (penderaan rumah tangga) lagi talak akan jatuh. Alhamdulillah perkahwinan kedua saya dengan orang yang sama dipermudahkan.
Saya maafkan setiap kesalahan dia dan muhasabah diri saya sendiri. Dulu perkahwinan kami tanpa ilmu. Kini lepas banyak episod yang terjadi kami cuba menjadi lebih baik. Alhamdulillah dah hampir 8 tahun sehingga kini. .Walaupun ada yang mencemuh dulu kenapa saya jilat ludah sendiri. Saya buktikan peluang kedua saya bukanlah pilihan bod0h. Setakat ini saya tak pernah dipukul lagi. Nafkah saya dan anak-anak tak terabai dan saya nampak banyak sisi baik suami berbanding dulu. Tempoh 2 tahun saya ‘ ajar ‘ dia cukup-cukup kot buat dia jadi manusia yang sebenar2 manusia.
Jadi kesimpulannya saya nak bagitahu kepada isteri2 di luar sana selagi boleh pertahankan rumah tangga pertahankanlah. Atau beri pengajaran yang cukup buat suami sedar macam mana hidup dia tanpa kita. Kadang silap pasangan saja yang kita nampak tapi silap kita?? Solatlah dekatkan diri dengan Allah. Muhasabah diri. Peluang kedua masih ada. Kemaafan pun ada ruangnya selagi kita sendri yang redha. Bercerai bukanlah penamat kalau dah jodoh, jadi lah macam saya. Akad nikah kedua dengan orang yang sama. Doakan rumah tangga saya berkekalan hingga sayaurga ye. Terima kasih membaca.




