Hi admin… hide profil saya ye. Saya bru sahaja di ceraikan suami talak 3 melaui wassap dan semalam saya pulang ke rumah keluarga. malam ini saya blik kerumah saya kerana mengambil keperluan saya dan anak. Saya teks suami saya sebab masih tak dapat terima hakikat di ceraikan mengatakan saya sudah sampai di rumah kami bersama anak kami 2 tahun tapi malangnya die hanya baca tanpa rep teks saya.
Saya minta hantarkan saya susu anak dan sedikit duit.. kerana saya betul hanya ada rm12.00 sahaja saat ini.. tapi tiada respond dari dia.. saya betul2 sedih min.. die ceraikan saya dengan seorang anak 2 tahun yang tak pernah berenggang dengan saya dan dia. dan dengan tanpa wang.. hanya ad Rm12.00 itu pon duit saya simpan2 baki dari beli brg2 sebelum ni. Saya betul2 tertekan min.. macam mane saya nak teruskan kehidupan saya dan anak.
Sekarang ni. saya cume ada masa beberapa jam sahaja di rumah kami. untuk mengambil barang2 dan saya manfaatkan masa yang ada cuma beberapa jam di sini untuk mengingati memori dan kenangan bersama dia min.. saya sangat2 buntu. dengan keadaan saya serba tiada duit. Kerja tak ada.. masalah ansk saya tak boldh berenggang..
Family saya bukan orang senang min.. beri saya kata semangat untuk saya terus kan hidup bsama anak saya.. sekarang saya harus mencri kerja yang boleh bawa anak saya bsama. saya sggup kerja cuci pinggan asalkan dapat gaji harian untuk saya dan anak kecil ni.. kepada rakan2 krt.. doakan saya agar Allah buka kan segala pintu rezeki untuk saya dan anak. Terima kasih




