Saya cuma nak luah sesuatu. Saya seorang silent reader disini. Tiap kali membaca titipan luah rasa wanita di page ini, ada yang menyentuh hati, dan ada yang membuat saya rasa bersyukur dengan kehidupan saya. Walaubagaimana pun, Allah pasti menguji hambanya. Saya seorang isteri yang bekerja. Alhamdulillah. Suami pula mempunyai perniagaan sendiri. Mempunyai seorg anak perempuan berusia 1 tahun 6 bulan. Saya sudah hantar ke sekolah kerana tidak ada pengasuh. Saya pergi kerja seawal jam 6 pagi. Saya seorg guru di international school. Habis sekolah jam 4 petang. Kemudian ambil anak ke sekolah yang jauh dari rumah.. jarak lebih kurang 10-15km. Kehidupan saya terlalu sibuk dengan tugasan. pulang ke rumah saya sibuk uruskan anak dan barang keperluan untuk esok. Masa saya terlalu singkat dan saya terlalu penat.
Suami saya seorang yang rajin membantu tetapi sekadar tolong tengok anak. Sekiranya anak menangis dia akan paksa saya untuk tidurkan anak waktu itu juga sedangkan saya sedang buat kerja. Pernah saya cakap berilah saya masa sikit untuk selesaikan kerja saya. dan saya minta untuk dia tidurkan anak atau tolong tengok kan anak. Apabila anak tidak berhenti menangis suami akan menyatakan saya suka melihat anak menangis dan membiarkan anak. Ya Allah saya bukan ibu yang kejam walaupun saya sedikit tegas dengan anak. Selama ini sayalah yang tidurkan anak.. tidak tidur pun kerana anak.. tidak rehat pun kerana anak..saya bekerja pun kerana anak. Walaupun suami mampu.. tetapi saya bukan jenis bergantung pada suami sepenuhnya.
Saya ringkaskan cerita… suami saya hampir menumbuk saya kerana saya terus menggosok pakaian kerja dia dan saya.. saya tinggal lagi sedikit saja.. tidak sampai 5 minit.. Saya akui saya ada sedikit membalas kata2 suami.. tetapi apabila dia hampir menumbuk saya hilang segala kepercayaan saya terhadapanya.. Dia juga menyepak toto yang saya mahu ambil di lantai ke arah saya. saya diperlakukan seolah saya seorg isteri yang hina.. Saya akui saya bukan isteri yang baik.. saya tidak mahu menyatakan yang buruk tentang suami kerana dia seorang yang baik.. tetapi saya tidak faham dengan suami saya melayan saya seperti hamba, berckap kasar kadang2.. saya menjadi pemarah kerana saya terlalu penat dan stress.. sejak semlm saya tidak bertegur dengan suami.. Untuk pengetahuan admin saya pernah bergaduh dengan suami semasa berada di mekah baru2 ini dihadapan kaabah saya mohon supaya Allah makbulkan doa saya iaitu cukuplah sy mempunyai seorg saja zuriat dengan suami… cerita saya terlalu panjang.. Doa itu saya mohon pada Allah kerana suami tidak membantu saya sepnjng mengerjakan umrah.
saya banyak uruskan anak sendri dan duduk di dalam hotel bersendrian dgn anak..ya allah berdosanya saya… jadi disini saya rasa lega sedikit dapat bercerita.. sebenarnya ini ringkasan sahaja.. saya cuma ingin meluah rasa.. admin tolong hide profile saya ya.. suami juga selalu mengatakan saya seorang yang selalu ingin menang, asyik hendak jaga perasaan saya, perasan bagus.. admin saya selalu berpura2 tidak pandai dalam banyak perkara apabila dihadapan suami..hakikatnya saya seorang graduan sarjana di awal usia 24tahun. Memiliki master usia muda tidak pernah saya jadikan alasan untuk saya meninggi diri dan merasakan diri sentiasa betul..saya tinggal dengan mak mertua..saya lah menantu yang paling tidak ada apa2..saya tidak menunjuk apa yang saya ada…tetapi suami bila marah kerap kali mengatakan saya begitu..saya seorg yang sunyi, stress, tidak ada tempat mengadu..




