Salam warga KRT, saya nak minta pendapat. Nama saya F, saya seorang muallaf. Lepas masuk Islam saya jumpa suami saya dan terus berkahwin tanpa bercinta dulu. Tahun ni masuk 3 tahun, baru lagi, tapi macam macam lalui. Saya tak dapat nak cintakan suami saya, lepas kahwin kebanyakan akan sangat mesra happy dan sweet dulu kan for few months?
Tapi saya tak, dari seminggu kahwin suami dah buat hal, dia suka tengok p0rn. Saya mmg sakit hati, tapi dia tak kesah tetap tengok, banyak lagi benda yang buat saya sakit hati, masa saya nekad nak minta cerai dulu, saya tiba tiba pregnant, Alhamdulillah anak la yang buat hati saya tenang dan rasa bahagia, suami tak pernah nak tolong buat kerja rumah, setiap malam saya yang bangun uruskan anak.
Saya pantang dengan mak mertua dulu sebab keluarga saya tak tahu saya dah kahwin tapi sekarang dah tahu saya tak diurut tungku jaga makan semua tak. Mak mertua tak kesah dan suami pun ikut mak. Suami kerja singapore. Masa pregnant mak mertua tak suka masak, saya nak kerja drg tak bagi cakap bahaya pregnant, mak mertua harap saya makan nugget saja setiap hari, masak pun untuk bapa mertua saja, telur sebiji, ikan kering satu, obviously tak masak untuk saya, saya tak tanya tak complain, mampu nangis saja, lepastu sebab lapar sangat tak tahan setiap hari macam tu saya start buat dropship online, Bila dapat duit beli roti, planta, kaya dengan milo. Makan dalam bilik sambil menangis hampir setiap hari.
Saya bgtau suami, suami bawa gaduh cakap saya burukkan mak dia. Saya pun jenis yang malas gaduh jadi saya pun biarkan saja. Suami suka tengking saya tanpa sebab, setiap hari, sampai tahap saya stressed sangat saya dah tak dapat nak bersama dengan dia, saya banyak kali tolak dia walaupun dosa, tapi saya akan nangis kalau paksa diri bersama.
Bulan 12 saya nekad nak cerai dan bawa anak keluar dari rumah, sekarang tumpang duduk rumah kawan. Kalau saya teruskan kahwin lagi saya berdosa tolak suami. Tapi suami tak nak cerai dan dia nak rebut hak penjagaan anak. Saya stressed sekarang saya takde duit nak bayar lawyer, saya kerja bawa anak sekali tapi suami suka kacau. Saya tak dapat nak balik kampung sebab keluarga bukan muslim dan saya tak nak dosa tak bagi anak jumpa bapa. Sekarang suami nak tengok anak saya bagi, nak videocall saya pun ok, dengan mak dia sekali saya layan baik baik. Tapi drg asyik burukkan saya, saya baca mesej mak mertua dengan suami, macam macam drg cakap saya. Tapi depan depan acting baik.
Hujung minggu suami bawa anak bermalam, saya minta videocall dia jawab tapi tak bagi tunjuk muka anak bagi banyak alasan, minta gambar tak nak bagi bagi pun blurr tak nampak muka anak. Saya ada terfikir nak bagi suami jaga anak tapi dia buat macam ni saya dah agak dah cerai nanti mesti susah dengan gaya keluarga dia macam ni. Nak kerja hantar anak ke taska takde duit dan suami tak bagi, nak balik ke kampung keluarga bukan muslim, nak balik ke suami tak mungkin. Korang rasa apa yang saya patut buat???




