Salam min Kepada semua ahli krt saya nak minta pendapat. Saya merupakan isteri ke 3 punya 4 orang anak dan hanya surirumah semasa berkahwin dulu suami seorang duda anak 1 tapi anak bersama dengan bekas isteri. 8 tahun hidup bersama suami seorang yang berkira dalam memberi nafkah kepada saya. Hanya keperluan makan,pakai dan semua perbelanjaan je suami yang uruskan.apabila saya hendak membeli keperluan untuk diri,suami selalu cakap saya hanya duduk rumah dan tak perlu itu semua.
Baru2 ni saya dapat tahu suami suda berkahwin lain. saya dan suami gaduh besar, mulanya suami tak mengaku tapi bila saya dapat bukti nikah mereka barulah suami mengaku, yang lebih menyakitakan suami tak mahu ceraikan madu tu, suami beri pilihan kalau saya tak terima madu, saya blh keluar dri rumah. saya sangat tertekan dengan sikap suami. suami kata dari madu la suami di bantu banyak hal. Saya nak bercerai tapi saya hanya surirumah yang punya 4 orang anak.
Selama berkahwin mema g saya bergantung sepenuhnya dengan suami. untuk terima madu tu memang saya tak boleh. saya pernah cuba serang madu, saya mak* hamun madu tapi madu ni orangnya tak banyak ckp dan hanya diam. sebab hal serang madu suami sampai naik tangan dengan saya. apa yang perlu saya buat sekarang?? Saya tak mahu hidup bermadu walaupun saya tau madu tak pernah suruh suami ceraikan saya. saya tak blh hidup bermadu tapi saya juga tak mampu untuk sara hidup tanpa suami..