Admin tlagi hide profile saya. Saya hadapi masaalah besar. Isteri yang baru saya kawini terlalu mengharap perbelanjaan dari saya untuk dia dan anak2 dia. Memang saya pon kena beri nafkah pd 3 org anak2 saya yang msh bsekolah rendah. Dia memperbandingkan saya dgn arwah suami dia terhadap cara perbelanjaan pada dia dan anak2 dia. Saya mengaku memang saya kurang kemampuan kebelakangan ni kerana bisnes merosot dan malam ni dia mengatakn yang dia bperasaan yang saya kurang sayang pd dia kerana saya biarkn dia keluar belanja untuk 3 org anak2 dia yang skrg ni di kolej… Padahal bkn saya biarkn, tapi tak kemampuan..
Walaupon saya terangkn pd dia, tetap dia mngatakan yang sayang saya tak sesayang seperti arwah suami dia. Saya sedar yang pdapatan saya tak sehebat bekas arwah suami dia dulu, tapi saya buat apa yang terdaya, termampu..Setiap kali saya beri nafkah pd anak2 saya, mesti kami bergaduh kerana iri hati yang tak beri lebih pd dia. Itu rasa hati saya pd setiap pergaduhan kami.. Katanya. Saya patut mendahulukan dia dan anak2 dia. Kalau bukti yang saya sayangkn dia. Memang mkn dan minum selalu saya sediakn bila anak2 dia dirmh, tapi katanya saya sangat berkira untuk beli makanan.
pada saya, itu hanya perasaan dia terhadap saya kerana saya takder merasakan apa yang dia rasakan terhadap saya.Katanya lagi. Dia terasa yang saya hanya kawin dgn dia kerana saya susah dan tak sihat untuk dijaga saja. Tapi saya tak berniat begitu. Hanya kerana saya kurang mampu. sememangnya saya dalam stress tntg perkara ni tambahan, saya sedang menerima rawatan kesihatan untuk seumur hidup.. Memang saya akui juga yang saya memerlukan seseorg, tapi bkn hanya kerana itu, tapi untuk disayang menyayangi jgk.. Apa nasihat semua?




