Hi warga krt. Selamat berpuasa. Kenapa tajuk saya macam tu? Tahun ni first time saya terpaksa berpisah dengan anak2 buat pertama kalinya. Tahun ke 6 perkahwinan, saya akhirnya mengalah. Saya tidak mampu lagi bersabar dengan dugaan perkahwinan. Masalah saya dari awal perkahwinan adalah suami saya tak bagi nafkah, banyak masa dengan kawan, suami tak boleh bawa berbincang dan asyik bergaduh.
Saya seorang yang berkerja tetap di goverment dan mempunyai bisnes sendiri dan saya memang suka berniaga dari sebelum berkahwin kerana diri saya yang suka berdikari dan tak mengharap orang lain. Suami pula bekerja sendiri bersama ayahnya. Sebelum berkahwin saya pernah tanya suami kerjanya melibatkan ayah nya atau tidak, tapi suami saya menipu, dia bgtau yang kerja ayah dan dia berasingan tetapi lepas kahwin baru saya tau. Dia bekerja dgn ayahnya. Disitu saya dah mula kecewa.
Awal perkahwinan suami dapat banyak job dan memang banyak duit hampir 200k dalam akaun bank dan dia selalu cakap rezeki anak tapi percaya atau tak, suami tak bagi saya nafkah dari rezeki yang dia dapat? Saya ada duit sendiri, tapi saya buka nak sgt duit, kita perempuan ni just nak lelaki jalankan tggjwb. Betul tak? Saya pernah cakap dia kena bagi nafkah dekat sy setiap bulan, tapi dia cakap saya dah kerja jadi tak perlu bagi. Disitu, saya kecewa. Saya jenis kalau saya cakap sekali, tapi saya dikecewakan, saya tak akan ungkit kali ke dua.
Bila baru kahwin, saya duduk dgn mertua yang sememang sy ni jenis berdikari mmg agak kekok tinggal dengan orang, bayangkan dalam baru kahwin, suami balik joging dah 8.15malam, mandi n makan terus keluar lepak dengan kwn kampung. Saya? Bila saya tegur, dia cakap malu nanti orang cakap baru kahwin terperuk dekat rumah. Disitu, saya kecewa. Dan perangai tu berlalu lepas 5tahun. Masih keluar dengan kwn balik 1-3pagi.
Nak cerita panjang sangat kehidupan saya, saya balik kerja pukul 6, ambil hantar anak dari nursery tetap saya, susu pempers baju anak tetap saya, kadang2 ja suami bagi kalau ada duit, tapi mostly adalah saya, balik rumah, rumah bersepah sebab suami lempar2 baju terkadang jamban tak flush, yes dari situ saya mula bersuara. Eh sory, saya duduk dgn mertua setahun je. Tahun kedua lepas dapat anak sulung, kami dah berpindah keluar.
Urus anak, beli barang, kerja penat cari duit, macam2 balik rumah, rumah bersepah sebab suami, bila tegur, kata kita isteri derhaka, pergaduhan pernah berdarah. Saya kecewa. Semasa saya mengandung anak kedua, pernah bergaduh, dan saya balik bgtau emak ayah saya saya nak berpisah, tapi mak ayah saya tak bagi sebab kesiankan anak. Mulai dari situ, saya balik dengan kekecewaan, tiada siapa dapat bantu saya, start pada hari tu, saya mmg x kisah apa suami nak buat, tak bg duit ke, sepa rumah ke, keluar rumah dgn kwn ke. Tp sekali sekala mmg meletup jugak bila terlalu penat.
Memang pergaduhan mesti masalah yang sama. Dan makin hari saya makin dendam. Tahun lepas, ada pergaduhan yang melibatkan suami cakap dekat saya jika saya pilih keluarga saya dia akan lepaskan saya. Dan mulai saat tu saya buat keputusan jumpa peguam dan fail mahkamah penceraian. Saat tu mungkin suami terhantuk, naik mahkamah dah 4x even dah lafazkan masih tak mengaku di mahkamah dan saya masih dalam kekecewaan. Saya makin benci, makin dendam. Saya dah tak kisah apa orang nak kata bila saya pos status berkenaan suami, saya dispress. Terkadang saya menjerit. Terkadang nak melepaskan anak2. Sakit sangat.
Suami tak nak lepaskan sebab nak anak2 saya. Kami dikurniakan 3 anak dua lelaki seorang perempuan. Saya kecewa lagi. Kenapa masa saya susah dulu, saya yang jaga anak, beli brg anak, jadi mcm ni kalut nak anak? Kenapa pentingkan diri sendiri? Kenapa kenapa? Saya kecewa. Saya berendam air mata. Kehidupan saya hanya penuh dengan tangisan. Tu saya tak cerita lagi dia hina saya sampah lebih baik dari saya, saya tak cerita lagi dia agung2kan xgf dia. Bukan jeles, tapi kenapa tak nak lepaskan saya kalau saya tak membahagiakan?
Raya dan puasa kali ni, masih dalam kes mahkamah, dan lagi sekali saya, sentiasa beralah bagi anak untuk beraya dengan suami pada hari raya pertama. Saya? Tak apa. Saya ok. Saya cuma nak tunjukkan yang saya masih bertolak ansur, masih memberi kerjasama, saya masih mempunyai hati yang sentiasa kesiankan orang dan utamakan orang lain berbanding hati saya. Saya berharap anak2 tak lupa saya di hari raya. Umi sayang anak2 umi. Bukan umi tak mau pertahankan hak umi dapatkan anak2, tapi umi adalah umi yang sentiasa inginkan kebahagiaan, tak suka sengketa, tak suka akan pergaduhan. Maaf kalau cerita tunggang terbalik. Sekadar ingin share kelukaan hati