Salam semua. Mohon jangan kecam ya.
Saya buntu. Saya perlu luah. Saya isteri yang sedang mengandung anak ke3.
Sepanjang kawen suami sering pukul saya, pernah suami sepak perut saya sampai keluar dqrah nasib anak saya tak keguguran, suami baling saya dengan lesung batu sampai kepala saya berdqrah. Suami juga pernah baling anak saya dan pernah gantung satu kaki anak saya. Kaki di atas dan kepala di bawah sebab anak usik dia tdo. Tapi kemuncaknya dalam tahun ni suami selalu halau saya keluar dari rumah dalam keadan saya mengandung. Kononnya ni rumah dia sorang.
Lelaki mudah lupa bila senang sikit.
Sedangkan saya duit simpanan rm1 pon tak adak. Semua gaji saya bantu dia. Besar ujian kali ni. Saya cuba bincang dengan suami, saya masih sayangkan dia saya melutut di kaki dia sebab tak sangup nak jadi janda saya malu dengan gelaran itu namun saya disepak dalam keadan alahan yang terok ni saya betul2 tak sihat.
Saya takpernah mintak yang pelik2 sepanjang mengandung. Itu pon suami cakap saya mengada2. Selalu nyusahkan dia. 1 tahap doctor kata kandungan saya problem sebab saya selalu skip makan. Saya betul2 stres. Saya cuba bertahan dalam rumah ni. Walau suami tak pernah kisahkan saya. Setiap hari 4pagi baru balik rumah. Sentiasa ada urusan sendiri. Curang tak yah cakap la.
Saya cuba bertahan Atas alasan. Anak sulung kecik lagi. Saya risaw anak terbiar.
Takut anak kena dera. Saya risaw saya tak mampu untuk jaga anak sendiri. Sebab saya takdak mak ayah dah. Semuanya sebab anak. Hanya tuhan saja tahu betapa kecewanya hati saya bila lihat muka suami yang bersungguh2 halau saya.
Sia2 pengorbanan saya selama ni. Mudah suami lupa bila dia dh senang sikit ja.
Mohon doakan saya bila saya jadi J nanti saya tak ambik suami orang dan saya kuat untuk jaga anak saya sendiri. Aamin.
Pengorbanan ibu demi anak sampai sngup makan hati dgn suami bertahun2 semata tak nak anak masalah. Semoga ALLAH permudahkan urusan kita.





January 4, 2019
Dik, kenapa nak takut dengan gelaran janda, saya juga janda ,hidup menjanda adalah lebih baik di mempunyai laki macam laki adik adik..sepanjg adik duduk dengan mak bapk sebelum kawan ada ke mak bapak. Buat adik macam ITU…tidal kan..so kenapa laki yang bukan darah daging kita boleh tergamak buat adik macam ITU..kakak syorkan terima lah title janda daripada adik Dan anak anak menderita. Dan akhirnya kebencian sampai Mari. ..tambahan lagi..dia selalu buat dosa…Dan Suatu hari Allah akan bagi bala pads dia, maka kalau adik masih hidup dengan dia, segala bala yang Allah bagi pads dia adik keena tanggung ..sebb dia laki adik..jadi baik keluar daripada dunia neraka sebelum terlambat…bahagiakan Dan berikan keyakinan kepada anak anak…yang adik sayangkan mereka Serta menghindarkan anak anak daripada manusia yang biadap Dan durhaka kepada Allah.