Assalamualaikum.. Sorry admin hide acc saya eh. Saya nak meluah dan minta pendapat daripada korang semua. ok, saya cerita detail diri saya sikit eh, saya asal dari kampung, sudah pun bekerja di bandar dan menetap di bandar. saya hanya mempunyai ayah dan ibu pula sudah mening gal dunia 6 tahun lalu, tak sampai setahun arwah ibu saya pergi ayah saya buat keputusan untuk berkahwin lagi, saya sebagai anak tak pernah menolak untuk terima mak baru dalam family saya, saya dan adik beradik yang lain tidak pun membantah keputusan dia untuk berkahwin lagi walaupun dalam keadaan tergesa2 waktu itu bagi saya sebab kami masih bersedih atas kehilangan orang tersayang tiba-tiba orang lain muncul dalam hidup kami sebagai pengganti ibu kami.
Kami akur dan redha dengan keputusan dia dan pilihan hati dia, sebab kami nak yang terbaik untuk ayah kami, tapi bagi saya sendiri jujur saya cakap saya tak menolak pun untuk terima mak baru dalam family saya, yang saya kesah pilihan dia biar sesuai dan boleh terima kami sebagai anak secara baik bukan anggap kami macam orang luar.. Sudah bermacam-macam masalah timbul lepas tu, ok.. Saya skip bab masalah tu tak nak cerita banyak pasalnya dah berlalu, yang jadi masalah pasal yang sekarang saya ada dengar yang mak baru a. K. A (mak tiri) bagi sedap sikit la ayat saya gelarkan dia mak baru eh.. Saya nak tanya pendapat korang la patut ke seorang Dia minta ke paksa saya tak pasti, minta RM200 SEHARI bukan sebulan SEHARI..
Sedangkan dia tahu ayah saya tak mampu pun sebenarnya sebab ayah saya bukan orang senang dan hanya kerja biasa bukan bergaji besar cukup untuk tampung dia anak dia dan adik-adik saya yang masih sekolah dan dia tahu itu, saya kesian tengok ayah saya sudah tua tapi terpaksa kerja kuat untuk penuhi kemahuan mak baru saya tu, dan yang saya terkilan dia tak lakukan tanggungjawab dia sebagai isteri untuk jaga adik-adik saya, dia lepas tangan macam tu abaikan tanggungjawab dia, ayah saya terpaksa ulang alik ke dua buah rumah antara rumah saya dan rumah mak baru saya sebab dia ada rumah sendiri dan ada anak dengan suami terdahulu, mak baru tu tak mau duduk rumah kami.. Adik saya pulak tak nak duduk rumah dia sebab anak dia selalu buli adik saya, jadi adik saya pilih untuk duduk rumah kami sendiri, jadi tak adil la untuk ayah saya dia terpaksa terkejar2 balik rumah nak jaga makan minum adik saya yang tak mampu lagi untuk masak sendiri..
Dan baru2 ni saya ada dengar dari saudara saya yang ayah berhasrat untuk mencari isteri baru yang tiada anak dan boleh jaga makan minum adik2 saya dan yang boleh tinggal bersama-sama kami adik beradik di rumah kami, dan dia boleh ikut ayah saya bukan ayah saya yang kena ikut dia..so saya nak mintak pendapat korang la apa patut saya bantu abah saya dan saya nak mintak siapa2 yang boleh tolong carikan pasangan yg sesuai untuk ayah saya.. Saya sebagai anak hanya nak tengok abah saya bahagia itu saja.. Akhir kata dari saya, saya sayang sangat-sangat kat ayah saya dia saja yang tinggal dalam dunia ini untuk saya berbakti pada dia. SEKIAN..
Terima kasih kerana sudi membaca kisah saya..




