Assalamualaikum warga krt. Admin mohon hide profil saya ye. Saya selalu membaca kisah2 di krt mencari kalau2 ada kisah yang senasib dengan saya tetapi saya belum jumpa atau terlepas pandang. Tujuan saya bercerita adalah untuk minta pendapat dan pandangan masayaarakat terhadap diri saya. Bismillahirahmanirrahim. Saya dan suami sudah 2 tahun 5 bulan berumahtangga dan belum punya cahaya mata. Tahun pertama saya duduk berdua dengan suami. Tahun kedua saya pindah duduk dengan mertua.
Saya tiada lah isu besar dengan mertua. Saya jns yang dengar kata. Tak pernah merungut. Tak pernah membantah apa yang mertua suruh. Kalau ada duit lebih saya akan belanja mertua dan adik2 suami. Saya tak pernah berkira. Cuma sejak akhir2 ni. Saya kemurungan paling menyedihkan saya disahkan kanser tahap 3 Selesai sahaja urusan rawatan Saya merasakan suami berubah sikap. Ya memang dari dulu lagi suami seringkali lebihkan keluarganya dan tidak berlaku adil kepada saya tetapi saya masih bersabar.
Sekarang suami semakin melampau. Setiap keputusan yang dibuat tidak pernah berbincang dengan saya. Saya rasa diabaikan. Contoh nya apabila saya meminta suami untuk teman ke mana2. Suami lambat mahu mengikut. Tetapi jika MIL yang minta cepat aje diikut. Saya cemburukah? Tapi yang ini saya boleh bertahan lagi. Contoh nya suatu malam suami tidak pulang tidur kat rumah sebab ada urusan. MIL tahu tetapi saya sebagai isterinya tidak dibagitahu. Adilkah macam tu? Seolah2 saya tiada hati dan perasaan.
Saya tidak punya siapa2 di semenanjung. Semua famili di sabah dan sarawak. Saya memang sangat perlukan suami di sisi lebih2 lagi dalam keadaan saya tidak sihat begini. Raya haji kami balik ke kampung suami. Jika di kampung, si suami kalau nak makan tanya maknya. Nak minum tanya maknya. Berkepit dengan maknya. Saya sebagai bini ni macam takwujud ja. Yang MIL pulak macam suka ja saya dibuat begitu. Di kampung saya kena uruskan makan minum adik2 ipar pastikan diorang makan tapi suami sendiri saya tak boleh uruskan. Semuanya MIL dah uruskan. Stress bah saya begini.
Saya pernah cuba berbincang dengan suami tentang hal ini. Tetapi endingnya kami bergaduh. Suami cakap yang saya ni bukan siapa2 dan maknya itu syurga dia Ya ampun. Saya tidak pernah terlintas di otak menghalang suami untuk berbakti dengan syurga dia tetapi saya nak kan hak saya dan keadilan untuk saya. Saya nak hati dan perasaan saya dijaga. Suami belum lagi memberi duit nafkah sepanjang perkahwinan. Semuanya saya guna duit sendiri. Tetapi saya tak minta wang saya cuma nakkan perhatian jak.
Saya ni mengada2 ke tuan2 dan puan2? Normal kah saya berperasaan seperti ini? Saya mohon semua doakan kesihatan saya dan doakan agar Allah hadirkan zuriat kalau itu boleh jadi pengikat hubungan kami suami isteri. Sesungguhnya saya sudah tak tahan. Setiap malam saya menangis dan berdoa. Terima kasih admin. Assalamualaikum.