Salam semua,saya seorang lelaki berumur 29 tahun. saya baru berkahwin ngan isteri saya. sebelum saya berkahwin dengan dia. saya ada seorang isteri 5thun prkahwinan sama2 bekerja.. dah lama saya ceraikan, sebab penceraian saya. semua kerja rumah saya siapkan, mengemas rumah, memasak, lipat baju. Sidai baju erti kata lain semua saya siapkan dia hanya tidur bangun dan makan sahaja..dah lah saya kerja dari 7pagi-7malam 12jam sehari. balik kerja semuanya saya buat. kalau tak buat saya akan kena maki. tiap kali gaduh pun kena maki. saya sabar je sebab saya masih sayang. Burukkan saya di facebook.
Ada satu hari saya kena serangan jantung akibat terlalu stress. ketika di hospital isteri saya tak datang jaga saya hanya harap nurse sahaja. mak mertua saya boleh call tanya saya dah mat* belum. saya ada insurans dan kereta..sedih saya.. dah keluarga jauh di sarawak, bekas isteri saya kadang tak balik lebih dari dua bulan bila tanya. dia jawab pergi rumah mak. Saya diamkan je. sampai satu tahap saya tak tahan saya kenal dengan isteri baru saya dan saya ceraikan bekas isteri saya dgn talak satu. Terus saya khwin dengan isteri bru saya.
Bekas isteri saya ambil smua tv, peti ais, dan smua barang di rumah. bakar surat branak saya, sgala sijil penting saya. dalm seminggu lpas tuh. saya nmpak dia update gmbar dgn lelaki lain. saya biarkan, bkas isteri pula update status kata isteri saya skarang nih rampas saya dari dia. sdgkan saya sendiri memilih isteri saya yang sekarang nih. alhamdulillah makanan terjaga. Pakaian terjaga. Rmh trjaga. wlaupun skarang dia hamil dia tetap buat kerja rmh. yang ringan sayaa izinkan. yang berat saya takizinkan.
Tapi saya kesian. sebabkan ex saya tulah. saya dah takda apa. nasib isteri saya terima saya seadanya. makan lauk telur, sayur kmpung sdgkan sebelum nih saya thu dia anak org berada. Tetap memilih saya. ni skg saya rmh tak ada cuma mampu sewa bilik, peti ais tak ada. mesin basuh takda. sgalanya belum lengkap. dia tetap tersenyum tiap kali saya balik kerja. Terima kasih sayang. warga KRT tolong doakan saya dengan isteri kuat. Aaminn..




