Assalamualaikum. min.hide profile saya. tq Assalamualaikum semua pembaca page krt. saya sekadar ingin meluahkan pendapat saya berkaitan isu poligami, rampas merampas sondol menyondol kalau ikut bahasa sekaranglg. sebelum tu saya nak terus terang, saya adalah second wife. saya berlapang dada andai dkecam. Itu lumrah kita dan setiap pandengan dan perjalanan rumahtangga kita adalah berbeza. Terima kasih sudi membaca sehingga habis dan terima kasih atas setiap komen..
Sebelum ni saya pernah cerita saya di postkan. ade mngecam ade yang tidak. saya terima. saya bermadu. Saya berkahwin dengan suami orang. tapi dari saya dinilai bukan seperti scond wife yang biasa kita dengar. saya sekadar ingat menasihati semua wanita yang berkahwin dengan suami orang.. kita memang tak kan dipandang baik oleh semua orang. Itu kita tak dapat nak ubah. tapi saya gerammmnye la dengan sikap mereka yang kawin dengan suami orang tapi tak sedar diri. awak tahu tak awak da amik suami orang, da amik perhatian dan kasih saya dari isteri dan anak mereka?so pls sedar diri.
kena sedar ssh senang mereka selama ni, nak boleh suami awak senang lenang sekarang, anak2 dan isteri pertama dia la yang ade dengan dia saat jatuh bangun. sedar tak? sikap tak sedar diri macam ni la punca orang cukup benci orang kawin dengan suami orang. sebab tu saya tak pernah nak salahkan orang mengecam sebab mereka mengecam batch on ape yang mungkin dorang nampak dan nilai. boleh tak kita ni sedar diri dan letak diri kita ditempat isteri pertama dan anak2 mereka..
Saya akui kadang kali kerana poligami ade hubungan suami isteri bertambah ok bila masing2 sedar kesilapan masing2 waima first wife.. sebab kita semua manusia biasa tapi bila kita dah berkahwin dengan suami orang kena sedar diri kita siapa jangan bersikap ibarat mengiyakan setiap caci maki orang pada kita. kita buat baik walau tak balas baik, teruskan sebab kita tak rasa ape isteri dia rasa. kenape yang jadi bodoh suruh suami bercerai dengan isteri pertama la nak cemburu isteri pertama dapat lebih la. y? saya amat kcewa kalian bersikap sebegitu.
Itu hak mereka…bkawin dengan suami mereka pn da nmpk kita jahat. jangan dtambah lagi dengan nak sekat itu ini nak cmburu itu ini dengan isteri ptama n anak2. cuba suruh suami kawin lain nak tengok ape kalian rase. macam tu la isteri pertama rasa. tambahan bila anak2 nampak airmata mak mereka bila ayah mereka dengan perempuan lain. Fikir la. kita tak suka orang maki hamun kita, tapi kita bersikap seolah mintak dimaki. kita bukan siapa2 nak mnuduh dia tak pandai jaga suami la tak cantik la apa. Sebab kita bukan dtempat mereka. saya tak baik hanya kerana saya berkawin dengan suami orang. tapi saya tak pernah hanti buat baik. walau dituduh membomohkan suami, disekat suami balik kerumah saya dicaci macam2, saya diam dan terima kerana itu adalah lumrah bila kita kawin dengan suami orang.
dont expact orang nak puji korang bila kawin dengan laki orang. kita boleh kata takdir dan jodoh kita kawin dengan laki orang tapi kenapa tak boleh terima bila takdir hidup kita dikecam kerana kawin dengan suami orang? plsss laaa. kan chek balik hati kita tu. kalau betul trima ini jodoh kita yang Allah beri, kan terima betul2. letak dalam hati tu, kita terima jodoh dengan suami orang ini takdi kalau betul ikhlas kan sedar diri dan sentiasa terima buruk baik. walau di kecam jangan henti buat baik dan mengalah. tak dibalas kat dunia, Allah akan balas kat akhirat..
Sape2 yang masih ingat, saya pernah pos hal saya. kehidupan suami dengan saya. suami berkereta audi saya sekadar mmakai kereta viva. Saya tak pernah henti buat baik. Saya mungkin tak dapat ubah diri orang lain to saya boleh ubah diri saya dengan izin Allah. bila kalian bersikap tak elok, kerana sikap itu la label orang yang berkawin dengan suami orang ni takpnh elok dimata masyarakat dan plis dont blame them. Buat baik pun dkecam apatah lagi buat jahat. Sebab itu sikap kalian tunjuk. kenape nak marah kalau orang caci maki. Kalau kita da rasa salah kawin dengan suami orang, bersikap la seperti orang salah.
Betul ke tak kita ni salah biar Allah yang tunjuk pada mereka. Tak perlu kita badi bertekak nak tegak benang yang basah. buruk baik kita biar Allah yang nilai. tapi tak perlu nak peduli buruk baik isteri dan anak2 dia. Sebab kita tak rasa ape mereka rasa. Sebelum nak kawin dengan suami orang, tanye betul2 diri tu bersedia ke tak. bersedia ke tak dihina orang, bersedia ke tak nak mengalah all the time, bersedia ke tak nak dituduh sesuatu yang kita tak buat. tanye dlu jangan main cakap je. Tak perlu pertikai dan tak perlu sakit hati dengan kebahagiaan mereka. Itu hak mereka.
Tak perlu cemburu dia suami bagi 3k kita da 1k. boleh tak bersikap jangan sampai ade karang pada isteri dan anak2 belah sana sebab adanya kita. boleh tak bersikap macam tu. kalau kita tak ckup, usaha sendiri. tak perlu cemburu. bila ade cmburu dan iri hati itu bermakana hati kita tak elok bila tak boleh tengok ksenangan orang lain tambahan isteri dia yang da banyak susah senang dengan dia selama sebelym wujudnya kita. jangan nak sembang kata suami boleh kawin 4 la ape. bagi dulu suami tu kawin 3 dan tengok diri kita sebagai isteri kedua macam mana, mroyan ke tak.
Jangan nak sembang kata suami bukan milik kita, rase dulu barang kita orang amik macam mana prasaan. saya tak cakap saya baik. tapi saya terlalu menjaga bab ini. pls la. Jangan mengiyakan setiap ape yang orang tuduh kita. saya akui untuk istiqamah berbuat baik atas ape yang berlaku memang amat sukar. tapi Allah tu ade. saya pernah sampai tahap hampir dihalau dari kuaters yang saya duduk, sakit bangun suami tak dibenarkan tengok, anak saya dikatakan bukan darah daging suami sampai hampir kan buat DNA test, hampir dideclare anak luar nikah. berbagai. Allah je tahu ape saya rase.
Tapi saya fikir, isteri ptama jauh lebih sakit. walau berbagai dia buat pada saya, saya tahu mungkin dia nak saya give up dan show how hurt her feeling. so. so. kenape mesti kita nak sakitkan lagi hati mereka.. perkahwinan kita sudah cukup menyakitkan mereka. so. cukup2 la. kita tak menang kat dunia, in sha Allah kita menang kat akhirat. Allah hakim paling sempurna. jangan bab jodoh je kata Allah da takdirkan. buruk baik kita jugak Allah yang nilai smpurna.. madu saya sentiasa bfikiran saya adalah perempuan yang macam masyarakat anggap tapi hampir 12 tahun ni saya tak pernah henti mengalah dan berbuat baik saya sangat bersyukur. didik la hati jangan kata janji suami ke ape. kita kan ubah diri kita, Allah maha tahu.
kadang bila baca kisah kan sondol, rasa nak reply satu2 nak mohon maaf silap kita org buat. bila ada kisah mnyondol dan kata tak pandai jaga laki la bagai rase nak hempuk sebab tak sedar diri. suami yang baik tak kan cerita buruk isteri dan anak2 dia. suami saya sendiri lepas kami ade anak, baru dia sedar dulu dia terlalu bekerja sampai tak sedar anak dia dengan first wife dah besar2. so cari dia bayar hutang anak2, sekarang dia banyak habiskan ape yang dia ade dengan anak2. anak2 mewah bagai. kita sbagai isteri kedua ke kan selalu ingatkan tnggungjwb suami. Jangan jemu walau da selalu. beralah bukan sebab kita kalah. kalau ati kita betul, kita tak kan rasa sakit hati. malah bahagia sebab mampu buat baik dikala orang baling batu pada kita dan menyakitkan kita.
12 tahun saya tak pernah henti berusaha berbaik dengan madu. Saya mohon kalian doakan moga hati dia dan anak2 dia terbuka untuk trima saya dan anak2. andai ade yang lembut hatinye, nak minta pandangan saya, boleh la komen. nanti saya chek saya akan pm. saya tak baik. Tapi saya usaha. Bukan untuk saya bukan untuk first wife dan anak2, tapi untuk dari saya sendiri dan untuk saya dipandang mulia oleh Allah. sebab Allah tak peenah salah menilai saya. saya doakan yang terbaik buat kalian. yang mana suaminye telah memadukan kalian, saya mohon maaf bagi pihak mereka. yang mana da kwin berjodoh dengan suami orang, saya mohon, letakkan diri kita di tempat mereka, kalian akan sedar, ape yang kalian patut buat. jangan pandang buruk orang lain melainakan pandang buruk diri kita sndiri. walaupun kita kwin dengan suami orang. jadilah yang bmaruah. jangan jadi seperti sampah. ingat tu. Allah maha adil untuk kita semua. maafkan kami skali lg..




