selamat malam admin aku guna fb member 1 keje ni.die cipta acc fb untuk sorok identiti dia. aku pun tak faham kenapa. masalah aku tak besar mana. aku keja dalam 1 company ni. gaji semua okay baik. dan ak buat part tme grab area rumah aku ni. kisahnya ada 1 pessenger ni rajin gak aku ambil dia. tempat dia selalu tuju klinik dengan taska anak dia tempat keje dia dengan kubur ni tiap jumaat dia pergi. dan dia perempuan min. lembut suara tak babyak cakap baru aku dengar suara dia bila ada anak dia dalam kereta.
Aku pendekkan cerita kami tukar nombor whatsaap sebab dia setuju ambil aku sebagai grab dia bayar bulan. Aku bagi harga murah sebab niat aku ikhlas. Hampir 1 tahun ni dia gunakan khidmat aku dan ak masih tak naikkan harga. pendekkan cerita lagi aku pernah melamar dia jadi isteri aku. dari situ min dia jujur semuanya. dia single mom. anak dia anak tanpa ayah. Ayahnya tak brtanggungjawab dan dia sekarang menghidap h1v.
Dia tolak lamaran aku. aku ikhlas min nak peristerikan dia. tapi sekarang dia banyak mengelak dari aku. menyesal aku jujur nak peristerikan dia. dah sebulan dia tak gunakan khidmat aku. dia rela jalan kaki jauh min berpanas. tiap jumaat pagi ak ikut dia senyap2 guna motor abah aku. dari jauh ak tengok dia menangis teresak2 kat kubur arwah mak dia. aku tahu sebab lepas dia pergi aku tengok nama kat batu kubur tu. tengok tahun dan tahun kemat*an. ak agak tu mak dia sebab dia pernah ckp dia dah biasa hidup sendiri dengan anak.
Tak banyak yang aku tahu pasal dia. yang aku tahu sekarang dia single mom yang anak dia tanpa ayah (aku ingatkan dulu dia janda rupanya dia tak pernah kawin) dan sekarang dia cakap dia ada hiv. dia tak nak ada apa hubungan lagi dengan mana lelaki pun. dia serik dan dia takut. masa dia cakap tu dia ketap2 bibir dia sampai merah2 bibir dia macam nak dar*h. dia gengam tangan dia kuat2. kenape tu ea? aku ikhlas min nak peristerikan dia.
Hari isnin nanti aku rasa nak gi klinik. aku nak minta nasihat dari macam mana nak hidup dengan pesakit h1v. patut tak aku call dan whatsaap dia lagi? aku dah pergi tempat keje dia nak bwk berbincang. dia marah aku min dia tahan air mata dia sebab ada staf lain dekat situ. aku rindu anak dia min. sejujurnya aku rindukan dia sekali. rindu nak dengar dia berbual dengan anak dia dekat tempt duduk belakang. Rrindu nak dengar dia cakap HAI ASALAMMUALAIKUM ENCIK.
Salah ke perasaan aku ni min aku percaya dia perempuan yang baik cuma mungkin dia tersalah dlm aturan hidup dan tadi ak call nak brcakap dengan anak dia nasib dia bagi . kalau ak nak ckp apa2 selain anak dia, dia bagi ak blue tick je min. Tadi pagi ak tengok dia dri jauh kat kubur. Dia menangis lama. ikut hati ak min nak je pergi peluk dia redakan kesedihan dia. ak masih tk tahu kenape dia menangis tiap kali ke kubur min. ada masa dia ketawa kat kubur arwah mak dia.dia berbual dengan batu kubur kat situ..perlu ke ak bantu dia min? ikhlas dari hati ak min ak dah syangkan dia dengan anak dia.dia je mengelak dari ak skg min. dia siksa jiwa raga ak min dlm diam. apa perlu ak buat?




