Assalammualaikum hai saya nak share kisah abang saya yang butaa huruf tiada pendidikan, tapi dia tetap manusia yang punya hati dan perasaan. Sebelum tu saya mohon maaf kalau ada yang tak faham dengan cerita yg saya sampaikan dan ayat yg tak tersusun. Saya tak pandai bercerita tapi saya nak share dan mintak tolong. Abang saya pernah berkahwin dengan janda anak dua tetapi telah bercerai. Kisahnya bermula bila anak tiri abang saya sakit dan ditahan dihospital jb agak lama dan dari situlah hubungan mereka semakin renggang sebab mereka berjauhan.
Abang saya berkerja dan agak sukar untuk ulang alik ke jb hanya waktu cuti dia akan berjumpa mereka. Jadi memandangkan isterinya tiada jadi dia ambil keputusan duduk sementara dirumah mak. tak selesa duduk rumah mertua dan ada adik ipar perempuan, mertua pun jarang balik sebab ada rumah lain. Tak sangka dari situlah bermula episod duka seorang insan yg berhati mulia seperti abang saya. Sayangnya tak dihargai. Tiba2 isterinya berubah. Call susah angkat, abang saya selalu minta saya untuk taipkan mesej pada isterinya walaupun tak dibalas dia tak pernah jemu.
(Abang saya pemalu sikit, tak banyak cakap) makin lama perubahan isterinya semangkin ketara, dia tak mahu berjumpa dengan abang saya dan hanya akan berhubung bila abang tanya pasal anak tirinya. Banyak kali abang minta untuk berjumpa tapi ditolak isterinya. Masa tu abang tak tahu kat mana isterinya. Puas dicari tak jumpa puas merayu tak diendahkan. Abang saya jadi buntu dan hilang arah bila tanya family si isteri pun mereka kata tak tahu dan akan cuba pujuk untuk pulang ke pangkuan suami.
Satu hari tu abang minta saya taipkan teks untuk isterinya bertanya kenapa tiba2 berubah dan pantas dia balas sebab dah tawar hati dan tiada perasaan pada abang saya lagi. Masa tu Allah je tahu macam mana kecewanya abang saya dan hanya saya yg tahu hal tu (abang saya tak kasi bagitahu ahli keluarga yg lain) sepanjang isterinya menghilang abang saya tetap bagi duit, dia minta saya masukkan duit ke account isteri dia, owh ya sebelum isteri dia berubah tiap kali gaji semua duit gaji abang akan keluarkan dan serahkan pada isteri dia untuk diuruskan dan digunakn isteri dia.
Bila dah terlalu lama benda ni berlarutan mestilah mak ayah rasa pelikkan? Naluri seorang ibu. Tapi abang tetap tak nak buka mulut. Mak ayah pun malas paksa.
Banyak kali abang saya cuba pujuk isteri dia tapi tak jalan jugak sampai tiba2 isteri dia minta cerai alasan yg sama tawar hati dan tak boleh cintakan abang saya dia kata dia kawin dengan abang saya sebab terpaksa dan dia taknak abang saya takde pengalaman pernah berkahwin. Wah masa tu saya pun sakit hati rasa nak je mencarut.
Perbualan mereka melalui teks wassap, fb, mesej je. Call tak dilayan sebab tu saya tahu semua perbualan mereka sebab saya yang tolong taip dan bacakan untuk abang saya. Walau macam2 isteri dia cakap abang tetap taknak lepaskan isteri dia. Banyak jugak alasan yang isteri dia bagi nak buat abang saya panas dan lepaskan diri dia. Tapi tahap kesabaran abang saya memang tinggi dia tetap sayangkan isteri dan anak tiri dia dan tetap tunggu isteri dia pulang ke pangkuan dia.
Bila abang minta untuk berjumpa, jawapan dia “jumpa kat mahkamah kita selesaikan kat sana. Saya akan uruskan semua awak tinggal lepaskan saya je” (lebih kurang gitu la ayatnya) Mestilah abang saya tak nak! Dia masih sayangkan isteri dan anak tiri dia. Walaupun anak tiri dia layan macam anak sendiri. Dekat setahun jugak benda ni berlarutan lama2 family pun syak dan terpaksa bagitahu pekara sebenar. Mesti orang cakap abang saya ni terukkan sebab biarkan benda ni berlarutan tapi entahlah.
Yang isterinya pulak tak habis2 minta cerai katanya bila jadi ibu tunggal senang nak mintak bantuan untuk anak dia. Habis tu selama ni apa abang aku tak pernah bagi duit ke? Perangai kau macam tu pun abang aku tiap bulan masukkan duit ke account kau! Bila family dah tahu dorang bagi semangat pada abang aku. Tak ada guna pun teruskan perkahwinan ni. Isteri dia macam biasa selalu desak untuk dilepaskan. Dan akhirnya abang akur. Mereka pun bercerai.
Pada mulanya memang abang taknak lafas cerai tapi didesak dia terpaksa dan mungkin dia dah sedar takde gunanya kalau dia teruskan isteri dia pun dah taknak kat dia.Benda ni dah setahun berlalu rasanya. Tak ingat tarikh dorang cerai. Dan barulah sekarang saya tahu cerita yang sebenar kenapa si isteri berubah. Rupanya dia ada lelaki lain dan sepanjang tak nak jumpa abang saya tu sebab dia tengah mengandung tapi bukan anak abang saya tapi anak skendel dia.
Allahhu dan saya dapat tahu jugak sepanjang bersama abang saya dia ambil perancang sebab taknak mengandungkan anak abang saya. Dan masa bercerai tu dia baru lepas bersalin. Selepas habis edah dia terus kawin dengan skendel dia. Ya Allah berat sangat nak terima dan sebenarnya abang saya langsung tak tahu perkara ni sampai sekarang. Saya taknak nanti bertambah kecewa abang saya. Sekarang abang saya tengah dalam proses move on jadi saya taknak cerita hal ni takut tergangu lagi emosi dia. Saya taknak dia ingat lagi.
Siapalah agaknya yang sudi terima abang saya? Saya nak sangat tengok dia ada pasangan hidup yg boleh terima kekurang abang saya yg boleh bahagiakan abang saya. Walaupun abang saya ni pemalu, buta huruf dia tetap ada perasaan. Saya nak tengok abang saya bahagia ada pasangan yg boleh memahami dia, yg penting setia! Janganlah sebab kelemahan dia dia tak layak dicintai? Buta huruf pun boleh belajar.
Kalau dari dulu saya rapat dengan abang saya mesti saya boleh ajar dia membaca. Dulu langsung tak ambil tahu hal abang saya. Bila dia tak tahu baca pun saya tolong bacakan tapi kenapalah tak pernah terlintas untuk saya ajar dia dari dulu??? Emmm abang pulak jenis malu dan mungkin dia taknak orang ejek dia sebab tu dia diam je. Tapi percayalah abang saya memang jenis penyayang, tak pernah bercinta tapi pernah berkahwin, pemurah tak pernah kedekut dengan duit. Kalau ada yang nak kat dia pun saya harap janganlah ambil kesempatan atas kebaikan dia.
Terimalah dia seadanya. saya jauh tak selalu ada untuk dia. Banyak kekurangan dia tapi semua tu boleh diubah. Bang aku mintak maaf tak selalu ada disisi kau tapi percayalah bila kau perlukan aku, aku akan sentiasa usaha untuk tolong kau. Nanti kita belajar sikit2 okey? Sampai kau pandai! Aku harap kau akan bertemu jodoh yang sebenar dan kau akan bahagia hingga akhir hayat. Jaga diri kau baik2 aku sayang kau! Ingat benda tu. Semua orang sayang kau jadi janganlah mengalah! Chaiy0k..!