Salam Min. Kisah ni bukan kisah aku tapi tentang Abang Sulong aku dgn kakak ipar aku Kak Anne. Masa mula2 abang aku bagitahu nak kahwin dengan akak ipar aku, serius aku cukup tak suka sebab akak ipar aku ni senior aku kat sekolah. Dia sejenis kakak senior yang kasar dan suka marah2. Aku memang tak suka langsung dengan karakter kak Anne yang Kontra sangat2 dengan Along aku yang soft spoken dan mempunyai watak yang disenangi ramai.
Tapi ialah sebab Along dah suka sangatkan sebagai adik tak kan aku nak hasut dia jangan kahwin pulak dengan Kak Anne ni. Cuma masa majlis wedding diorang memang aku langsung tak excited sampai nak bergambar dengan pengantin masa gambar family pun aku buat muka sampai sepupu2 pun perasan dah lah tak berkenan dengan dia, Along pulak still duduk kat rumah mak dengan wife dia alasan Along senang tengok mak sebab ayah dah tak ade.
Masatu aku pun duduk sekali sebab tempat keje dekat dengan rumah. Dapat tak bayangkan betapa meluatnya dah lah aku tak berkenan dengan akak ipar lepastu duduk serumah pulak. Time flies.. Along aku ni memang layan isteri sangat2 baik. Sampai akak ipar aku, aku rasa langsung tak sama karakter dia dengan masa dia bujang. Dia jadi lemah lembut, sangat penyayang, dia masak semua untuk mak dengan aku sebelum pergi keje lepastu balik kerja aku tengok berpenat lelah dia lipat baju dan urus rumah.
Dia memamg tak bagi kalau mak aku nak buat keje2 rumah. Walaupun mula2 aku suka buat tak layan dan buat muka kat dia tapi dia layan aku baik sangat. Anak diorang pon dah nak masuk 3 orang sekarsng tengah pregnant. Mak pun memang sayang kat dia. Satu hari aku kena pindah tempat kerja, so aku terpaksalah keluar dari daerah tu dan tak boleh lagi duduk serumah dengan diorang.
Tiba2 hati aku rasa sedih sangat2. Dekat setahun sebelum tu aku panggil dia Kak Anne je sebab tak selesa nak panggil dia Kaklong. Bila aku nak move out, aku terasa sangat aku kehilangan masakan Kak long, keletah anak2 diorang dan kebaikan Kaklong pada aku selama ni. Sebelum aku pindah, aku peluk Kaklong sambil nangis2 minta maaf sebab aku bersangka buruk kat dia selama ni tapi yang terharunya Kaklong senyum je sambil cakap, “Abang layan Kaklong baik sangat, hilang penat Kaklong, lagipun kalau Kaklong penat2 sikit Along terus urut jadi tak ade apa sangat buat kerja kat rumah ni happy je.
Dulu2 watak masa sekolah memang suka memberontak tapi bila Along sayang dan layan Kaklong terlalu baik, Kaklong rasa watak ganas Kaklong semua hilang.”
Kaklong tau aku memang x suka dia sejak zaman kat sekolah. Aku terus nangis teresak2 sambil peluk dia. Serius aku sayang sangat akak ipar aku sekarang. Aku betul2 rasa tak happy nak pindah dr rumah ni. Kepada Abg Long aku.. abang.. tahniahhhh sebab abang jadi suami yang sangat baik sampai dapat mengubah watak isteri abang sepenuhnya? kau mmg aku respect Long
Kepada Kaklong aku minta maaf atas sikap aku selama ni, serius aku sayang kau kak. Sampai sekarang kalau aku melancong pergi mana2.. mesti baju Kaklong wajib aku beli… aku tak sabar nak tunggu baby no 3 korang. Kepada mak, tahniah sebab mak terima menantu tanpa syarat walaupun jiran2 bawang masa nak kahwin pun cakap akak ipar aku kasar dll. Kepada aku tahniah jugak sebab walau selama ni tak suka dia tapi tak pernah menjadi batu api dalam kerukunan rumahtangga Abang Long.
Mudah2an aku dapat suami yang baik juga wataknya nanti.
Kepada suami, layanlah isteri dengan baik.
Kepada ipar duai janganlah sesekali bersangka buruk dan penghasut, lapangkanlah hati dan terimalah orang luar seadanya. Sampai sekarang kalau tengok gambo kahwin diorang aku menyesal giler buat muka cuka mcmtu. Tapi sekarang kalau balik rumah mak atau dpt bercuti dengan diorang akulah yg lebih2 hepi bila bergambar. Semoga Abang Long dan Kak Long kekal bahagia hingga ke jannah… mudah2an syurga untuk mereka dan kami juga. Aaminnn




