Assalamualaikum admin. first sekali terima kasih sudi siarkan kisah aku. aku nak minta pendapat dari semua. aku buntu admin.. Nama aku aween . umur 25.. macam ni, aku dengan suami kawen dah masuk 6 tahun. belum ada redzki anak buat kami.. dalam tempoh 6 tahun macam2 kami usaha. tapi redzki belum berpihak pada kami.
Suami aku dulu kerja biasa jaa. kami kerja di jb. sampai laa kami buat keputusan berhenti dan balik kerja di kampung aku kuantan.. suami kerja kilang dan aku kerani je.. dalam masa tu aku kesian tengok keadaan suami aku.. kawan2 dia kerja bagus2. aku apply kan dia kerja . macam2 kerja aku apply kan untuk dia. termasuk spa.
Bila dapat tahu je mana buat open interview kami pergi. Pernah sekali kami interview kat kl tidur dalam kereta je makan nasi bujang mandi dekat rnr sebab punya nak jimat. ingat lagi susahnyaa kami time tu .. sampai laa dia dapat tawaran jadi angota beruniform.. dia masuk latihan aku kerja min bayar kereta semua . sampai dia keluar kami berpindah ke perak.
Disini semuanya berubah min .. kehidupan aku berubah. aku dapat tawaran kerja. lepas kerja boss tengok perfomance aku ok aku kena transfer ke cawangan lain.. so mula la kehidupan kami pjj. satu negeri tapi jauh jugak laa.. nak memudahkan aku pegi kerja kami terpaksa pjj.
mula2 dia kerja dia ok.. lama 2 dia berubah sikit demi sikit.. kami jumpa bila weekend je. tapi dia dah jarang ajak aku keluar. dia cakap busy. aku faham min dia kerja. tapi emm entahla. pernah sekali pergi pasaraya beli barang dapur dia nampak kawan tempat kerja dia. dia mengelak.
Lama2 aku tanya kenapa asik kene mengelak je . dia cakap dia malu jalan dengan aku dia complain dia cakap aku gemuk. aku dah cuba kurus berat aku 80 kg..aku try hard nak kuruskan badan. macam2 aku buat tapi tak ade hasil. siksanyaa aku rasa time tu aku down.
Aku tak tahu kenapa sampai macam ni dia berubah min. sedangkan dia senang sekarang atas usaha aku jugak min. dia baik min bab nafkah tak penah lupa. apa aku nak dia bagi.. cuma aku kecewa dia tak bole terima kekurangan aku. dia dah lain sekarang. chat jarang2 call pon jarang2 kenapa aku rasa siksa sangat jiwa ni.
Patut ke aku undur diri.. mungkin dia dah bosan dengan aku.. aku tak boleh bagi dia anak. aku tak cantik macam isteri2 kawan2 dia mungkin. tolong aku please bagi aku semangat apa patut aku buat.. patut tak aku undur diri.





November 3, 2018
awak jgn down k..suami ni kita kena selalu pikat..maaf ye…akk mmg katogeri berisi tp bukannya x blh nmpk cntik…sekarag dah moden dah…akk sndri ckp akk pjj kan…skg mcm ni,balik akk try p arobik then sekali skala g spa….x perlu kurus sgt pun just bg ada shape ja,,,lelaki ni kak..kita kna pngai pikat,insya’allah melekat…