Assalamualaikum.. saya mohon hidekan identiti saya ye. terima kasih. saya ada persoalan dan juga saya perlukan jalan penyelesaian. saya mohon rakan2 memahami saya dan dapat memberi komen2 yang positif. saya bercinta dengan lelaki berstatus suami orang. mulanya kami hanya sekadar kawan pejabat. saya tahu dia dah berkahwin dan mempunyai seorang anak berumur 1 tahun. saya hormat dia smpailah 1 hari dia whatsapp saya jujur dia kata dia dah ter suka saya.
Saya fikir dia main2. sebab biasanya dia dengan saya biasa2 je. sampai lah kami selalu berwasap. mulanya saya menolak untuk lebih rapat dengan dia. tapi sikap dia cara dia sungguh2 macam nak saya jadi isteri dia. sampailah dia cerita kisah hidup dia. dia cakap bini dia tak bagi kasih sayang yang dia nak.. bini dia desak untuk kerja.
Sampai bini dia cakap kalau bini dia kerja. bini bekerja untuk diri sendri bukan untuk bantu suami.. sampai lah laki dia terasa.. kadang2 laki dia balik rumah cerita hal kerja untuk share lah. Tapi bini dia marah. hal kerja jangan cerita.. dia selalu cerita dekat saya dia kurang kasih sayang termasuk kasih sayag dari family. Banyak hal dia cerita berkaitan family dia layan dia tak macam adik beradik yang lain.
smpaikan saya kesian dengan keadaan dia.. saya simpati sampai saya berjanji kalau saya jadi isteri dia saya akan bagi kasih sayag sepenuhnya. kami bercinta dah hampir 7 bulan. saya ada bagi syarat kalau dia nak kami kawin saya tak nak bini pertama dia jadi madu saya saya nak dia lepaskan bini dia. Dan saya ada cakap kalau bini dia pregnant anak kedua. saya akan tinggalkan dia.
Saya ada stalker fb bini dia ada post yang seakan2 nampak dia tengah pregnant saya tanya si lelaki bini dia pregnant ke dia kata tak.. jangan risau. smpailah baru2 ni saya tak sedap hati. saya tnya lagi sekali deakt dia dan dia jawab iya bini dia pregnant. Masa tu hati saya remuk berkecai saya terus cakap dengan dia kita putus.. dia pujuk saya dia kata dia tak nak bagi tahu sebab dia takut kehilangan saya. sebab dia perlukan saya.
Dia kata bagi dia masa untuk selesaikan hal dia smpai tahun depan. saya pon lembut hati semula lepas tu hati saya tak boleh tengok dia dengan bini dia pergi jalan2 ke saya rasa terlampau sakit sampai saya minta dia pisah sementara suruh bini dia balik kampung sampai bini dia bersalin. Tapi dia tak boleh buat macam tu. dia kata dia nak jaga hati isteri dia tengah pregnant tapi hati saya dia biarkan macam tu.
Saya tahu dia patut jaga hati bini dulu tapi kalau dia dah niat nak lepaskan bini dia kenapa perlu jaga hati bini dia lg? sampailah saya tnya perancangan dia tahun depan macam mana.. dia kata bagi dia masa..smpai saya desak dia saya nak tahu perancangan dia untuk lepaskan bini dia. Akhir sekali dia kata dia tak sanggup nak tinggalkan bini dia lepas tahu bini dia pregnant.. baru dia jujur dengan saya..
hati saya memang pecah seribu bila selama ni saya merancang masa depan saya untuk bahagiakan dia tapi ni yang saya dapat.. dia tak nak lepaskan saya. dia kata dia perlukan dua2 tapi saya tak sanggup bermadu saya terpaksa lepaskan dia walau hati saya sakit kadang2 saya hampir rasa mengigil.. saya mohon rakan2 bagi saya semangat atau nasihat2 yang baik..
Saya minta maaf sekiranya post saya ni kurang senang bila isteri2 baca.. tapi saya tak minta untuk semua ini.. saya mohon semua perempuan memahami keadaan saya masa tu sambungan dari text di atas sekarang saya melalui fasa yang agak berat. saya terlalu stress terlalu fikirkan dia. saya tak lalu makan tidur terjaga2.. saya takut saya ada masalah menttal.. sebab itu saya perlukan cadangan dan nasihat anda semua.





November 4, 2018
Jangan mudah tertipu ok… Org kalau btl2 nk kita die x akan ade alasan untuk memiliki… So move on… Jgn d tunggu pd benda yg x pasti