Assalamualaikum, hide profile sy min.
Macam ni cerita dia, Kami suami isteri ni sejak kahwin tak pernah la betul betul bersama. Kadang kadang aku terpikir sebenarnya apa rasa hubungan yang halal tu. Aku nak rasa tapi susah la min.
Kitaorg berdua ni kayu sangat ke macam mana aku tak tahu la min. Aku ni akan datang mood ”ON” tu bila aku peri0d je.
Tapi mana boleh ON game masa peri0d.
Bila peri0d aku dah habis serius aku tak ada feeling nak bersama. Suami aku pulak aku tak tahu la macam mana dia setiap malam penat.
Kalau kami cuba nak bersama pun mesti tak jadi sebab aku tak de rasa apa2 bila suami kacau, Jadi nya sampai kesudah kitaorg tak bersama min. Aku teringin nak macam org lain, dah dapat bersama lepastu mengandung ada anak apa semua. Aku nak anak min, aku nak anakk.
Tapi benda tu macam mustahil dalam perkahwinan aku. Pernah 1 hari aku paksa diri untuk bersama sebab aku rasa serba salah tak tunai tanggungjawab tapi menyesal nya tak buat persiapan betul2 tapi 3 hari aku tak boleh nak kencing berak dengan sempurna aku trauma min.
Bila ingat balik aku jadi takut nak bersama sebab siksa rasa dia. Aku rasa mungkin sebab aku tak de rasa apa2 suami aku pula main hentam je sebab tu la teruk.
Lama lama fikir aku jadi stress, kalau setiap kali nak bersama aku jadi serik macam mana min aku nak ada anak. Aku nak sangat anak. Kenapa aku tengok orang lain mudah je min. Bunting pelamin la apa la. Aku ni baru langkah pertama dah ada masalah . Nak bersama tak boleh sebab tak ada perasaan, takkan aku nak paksa masuk juga memang asyik luka aje nanti.
Min aku stress sangat sampai aku fikir nak bercerai sebab aku rasa suami aku dah bosan dengan aku dan bosan jugak dengan diri dia yang asyik tak lepas nak bersama. Aku rasa aku dah jadi isteri gagal takleh bagi suami aku zuriat sebab masalah aku yang susah nak bernafsu ni. Tapi aku sayang suami aku. Tak sanggup la nak cerai dalam masa sama aku tak tahu sampai bila nak macam ni. Aku ada pergi berubat dengan ustaz, ustaz tu kata aku ada kekasih jin, terkejut aku. Jin tu dah lama dengan aku dan sayang sgt dekat aku dan selalu bersama dengan aku dlm mimpi sebab tu aku jadi takde nafsu dengan laki aku min sebab benda tu kontrol aku.
Tak tahu la nk percaya ke tak tapi masa berubat tu mmg aku meraung raung tanpa sedar. Ustaz tu kata jin tu dah terlalu sayang kan aku dia takboleh pergi.
Ustaz tu kata 1 je cara nak rawat, suami aku kne bagi aku pregnant min, sebab bila ada benih hasil suami, jin tu dah takboleh nak control nafsu aku lagi. Ustaz tu kata jin tu bertuan tetapi dia tak tahu siapa. Dia cuma suruh aku usaha juga sampai dapat bersama dalam masa 1 minggu selepas berubat. Kalau tak, jin tu datang duduk semula dekat rahim aku.
Tapi aku rasa min, suami aku pun jin tu kontrol jugak sebab lepas balik je dari berubat tu aku bincang ngn suami untuk buat apa yang ustaz suruh tapi suami taknk bagi kerjasama, dia kata dia tak sampai mood lagi nak bersama, dia kata dia penat dan takboleh nak buat. Jadi kami tak berjaya buat apa yang ustaz suruh. Dan benda ni dah berlarutan lama, aku buntu min, aku buntu, sedih , macam2 aku fikir sama ada patut bertahan bersabar atau bagi suami aku kawin dengan org lain. Sebab aku rasa masalah ni punca dari aku min.
Mungkin kalau suami kawin dengan org lain dia bahagia. Hubungan kami makin lama makin sendu min. Dia dengan hal dia kadang2 aku dengan hal aku. Kitaorg baru je kahwin 1 tahun min tapi dah sendu, tak ada mood pengantin baru.
setiap hari life aku macam tu je min, bangun pagi gi keje balik keje tido lepastu ulang. Aku rasa macam duduk sebumbung dengan housemate aku masa zaman blajar dulu masing2 dengan hal sendiri. Tak macam suami isteri. Aku nak pergi berubat lagi pun end up ustaz suruh buat benda sama juga.
Macam mana min nak bagi kekasih jin tu pergi ? Ada cadangan tak ? Baru baru ni dia main kasar min dah pandai munculkan diri. Ada beberapa malam masa aku dalam keadaan uzur, jin tu datang peluk dan cium aku min, aku ingat suami aku, sebab bila aku bukak mata aku tengok suami aku elok je tidur kat sebelah aku. Aku tanya suami dia setiap malam kacau aku ke, suami kata tak ada, dalam sebulan tu dia tak ada kacau2 aku pun sebab dia penat mimpi lena dah. Aku terkejut gila min, aku mati mati ingat setiap malam suami aku yang kacau aku tapi bukan min. Macam mana ni




