salam admin. salam semua warga krt. kisahku agak panjang sedikit. maaf ya.
aku cuma nak minta idea atau pandangan. bukan berkaitan perempuan atau curang dengan bini. aku tinggal di nun utara. isteriku cuma 2 beradik bersama kakak nya. korang semua ada idea tak macam mana nak suruh kakak ipar aku dan suami dia keluar dari rumahku dan cari atau sewa rumah sendiri. sedangkan aku sendiri sewa rumah. sebulan rumah 650 kereta 600 dgn gaji hanya 2.5k sebagai seorang yang makan gaji di syarikat swasta. tetapi isteriku membantu sikit sikit dengan perniagaan atas talian.
Isteri aku suri rumah sepenuh masa dan menjaga anak kami sendiri, dengan sekarang keadaan isteri yang tidak mengizinkan. allah, kasihan isteriku. kakak iparku dan suami masing masing bekerja walaupun sebagai kerani. isteriku yang sanggup menjaga anak mereka kerana bayaran pengasuh 350 seorang. mahal katanya. anak dia orang ada 2. tapi bila isteriku mengasuh, tiada bayaran dari mereka. dulu mereka tinggal bersama orang tua kakak iparku. tapi akibat selisih faham, mereka duduk denganku. aku tahu isteriku susah nak menolak.
Aku kenal isteriku. dia seorang yang sangat lembut dan tidak mahu kakak dia tersinggung. mereka satu keluarga tidak keluarkan 1 sen biarpon menumpang rumah kami. kadang diriku pelik dengan sikap mereka. tidak kah mahu berusaha untuk berdikari. pendapatku boleh sahaja iparku berhenti dan uruskan anak anak dia sendiri ketika suami bekerja. asal kan mencari tempat perlindungan sendiri untuk keluarga mereka. Masa isteriku mahu berhenti kerja dulu, aku tidak paksa. dia cakap dia percayakan rezeki allah. sedangkan isteriku sanggup berhenti kerja sebagai penjawat awam untuk menguruskan hal anak anak dam rumahtangga kami.
Satu yang paling aku tidak gemar tentang mereka, mereka tidak solat. bukan lah aku mahu tunjuk baik, tapi aku sudah biasa berjemaah bersama keluargaku biarpun anak anakku masih kecil. tapi mereka sedang lagi azan magrib masih berbaring dpn tv. bagiku tidak perlu kutegur kerana mereka suami isteri punya akal dan fikiran. sekarang aku cuma mahu mereka belajar hidup sendiri. merasa makan nasi dengan telur kicap. bab masak aku faham bahawa isteri ku tidak mahir masak. apatah lagi untuk orang lain makan masakan nya. tapi cukuplah isteriku masak untuk ku dan anak anak ku. ibuku sendiri tahu yang isteriku tidak mahir masak.
kalau balik kerumah ibuku jelas sekali isteri ku tidak membantu tentang masakan tapi membantu hal hal yang lain dan ibuku faham tentang isteriku. tidak perlu dipaksa katanya. aku tahu mereka suami isteri mengikuti perkembangan dalam KRT ni. kalau mereka membaca, harap mereka mengerti. belajarlah untuk berdikari. kasihan aurat isteriku. dalam rumah sendiri tidak bebas. kadang terasa seperti KAMI YANG MENUMPANG PULA. kami lebih duduk dalam bilik sedang mereka selesa di ruagan hall sambil tengok tv. isteriku nak susukan anak perlu masuk dalam bilik.
Bilik kami agak panas. tapi rumah kami ada penghawa dingin di hall, tapi malam mereka tidur dengan penghawa dingin. rumah kami tidak besar. cukup untuk keluaga kecil ku. aku harap kalian faham ya. keluarlah dari rumahku dan belajar untuk hidup berdikari. Tidak cukup wang sekalipun, biarlah kita suami isteri yang tahu. untuk kakak iparku, amik lah anakmu untuk dijaga sendiri. jangan takot tidak kerja. rezeki allah itu luas. kalian rajinkan diri dekat pada sang pencipta. sunguh rezeki tidak pernah salah alamat. assalamualaikum..