min..pls..hidekn profile saya ya..kisah dimadukn tanpa rela..dah la madu lagi tua..andartu tak laku..peny0ndol laki orang. kisah isteri pjj yang dicurangi. tawar hati isteri yang dah berkorban segala nya. Cerita nya begini..saya merupakn isteri perkahwinan jarak jauh (pjj) selama 7 thn. tahun 2019 tahun ke 7 usia perkahwinan kami. dari takde anak sampai anak 3. pendek kata dr kawen memang tak pernah tinggal bersama. Hujung minggu dan cuti sekolah shj ada masa bersama..
Baru2 ini saya dikhabar suami saya berkahwin senyap2 dekat sempadan siam agak terlambat tahu dan usia perkahwinan bersama isteri ke 2. 3 thn. dengan seorang anak berumur setahun. perempuan ni merupakan pembantu murid di sekolah yg sama dan pada mula nya menjadi penumpang kereta suami saya. penumpang ramai2 dengan yg lain (sekolah org asli).
Mendapat perkabaran ini. Sungguh dunia saya gelap. pada mula nya saya tak percaya. sebab suami saya ni saya dh kenal 12 thn..dan yang plg saya kesal saya ada kelulusan (ada degree dan pernah berkerja,ada kereta sendiri)..tapi tidak diizinkn utk bekerja..nak sambung belaja pun suami tak bg..saya sangat kesal dan rasa betul2 teraniaya dengan tindakan suami mencurangi saya…plg sedih selama 7thn kawen ni..saya menumpang rumah mak dengan 3 anak kecil kami..saya 4 thn lagi muda dr isteri ke 2 dia..
Setelah saya mengetahui hal ini..suami mencerai kn isteri ke 2 nya serta merta (katanya tidak tahan dikongkong, diteng king dan tak hormat dia sebagai suami..perempuan tu tua setahun dr suami ).. utk keselamatan n saya pasti suami sayang kn saya..pada masa lepas dia ceraikn isteri ke 2 dia, saya mintak suami berjanji utk buat taklik..jika menduakn saya lg..jatuh talak kpd saya..dan suami akur dan berjanji (ada bukti screenshot wasap mesej)…tetapi senyap2 dlm tempoh eddah dia telah merujuk semula dengan bekas isterinya tanpa pengetahuan saya..awal Ramadhan bru ni dia bgtau ttg rujuk semula tu dan suami bgtau dia lupa ttg takliq dan janji dia buat dengan saya tu..
Permasalahan sekarang setelah pjj selama 7 tahun suami dapat pindah sekolah ( saya yg pergi merayu kepada pihak jpn mintak tukarkn suami ke sekolah dekat rumah..tujuan nya utk selamatkn rumah tangga saya tapi saya telah dimadukan sekali lagi sungguh saya rasa sangat tidak adil untuk saya dan anak2. Dah la masa sebelum ni suami tak cukup..tiada masa ketika kami memerlukan..(tuntutan mencari rezeki)..tapi kini kena berbagi masa dengan keluarga satu lg..saya rse sangat dizalimi oleh suami yang tidak bersayaukur mempunyai isteri yang sanggup berkorban kerjaya,masa,susah senang preggy,pantang n menyusu anak..
Saya nak mintak dilepaskn..tapi suami berkeras macam cara sekali pun..dia tak akan melepaskn saya..saya cukup2 makan hati bila tiap kali suami ke rumah isteri ke 2 nya stapi hujung minggu..isteri ke 2 nya jgk pindah sekolah…bila dh tak ikhlas nak melayan sebab terlalu sakit hati..baik saya hidup sendiri dengan anak2..sbb selama ni pun mmg kami diajar berdikari..hujung minggu je jumpa..
minta pandangan follower KRT..apa yg patut saya buat?..saya dh tawar hati dengan suami..kami dh jadi macam orang asing walaupun dah kahwin 7 thn..saya mmg tak rasa bahagia dengan cara bermadu ni..