min. aku sedang mengandung anak sulung aku dgn suami, zuriat yang kami nanti2 selama 9 tahun min, tapi min, suami aku tak yakin dan tak percaya ini anak dia. sebab nya setahun lepas kami ada pergi hospital cek kesuburan, keputusan aku subur, cuma suami aku air man* agak cair dan agak sukar untuk dapat anak. tapi bukan mand*l.
Bagi suami dia dah manddul tak boleh bagi anak bila dia dapat berita aku mengandung dia hina aku kata aku perempuan tak baik sumpah min aku tak buat jahat ni memang anak suami aku..lagi sedih suami tak mau tidur dgn aku.aku dah 7 bulan mengandung,semua aku urus sendiri. suami tak macam dulu. suami kata lepas aku besalin dia nk buat DNA kt baby. aku tak takut min, cuma terasa hati suami sendiri tak caya isteri.
Dulu selepas aku tahu air man*suami aku cair aku ada beli supplement untuk lelaki, dia tak mau makan sebab suami anggap tak guna dah kalau ambil supplement pun. aku diam2 hancur kan suplement masukan kedalam minuman dia. hari2. mungkin sebab usaha aku juga suami aku subur. tapi usaha jadi macam ni pula. aku rasa lepas aku besalin lepas ujian DNA aku nk berpisah dgn suami,aku yakin dan pasti result DNA anak kami. sebab aku ada maruah. biar dia rasa menyesal dari sikap diri sendiri. ok la.disini saja aku luahkan. salam




