Salam KRT. Terima kasih admin pos. Aku suami berkahwin dengan isteri aku pada tahun lepas. Alhamdulillah isteri aku baru bersalinkan anak aku pada bulan 4 haritu dan isteri aku bunting pelamin. Aku di ajak oleh keluarga mertua aku untuk tinggal bersama selepas berkahwin di selatan tanah air disebabkan aku bekerja di daerah sana. Isteri aku tidak bekerja sebab aku yang suruh supaya dapat menjaga anak kami dan aku juga menolong isteri aku menjaga anak aku selepas balik kerja. Mandikan baby dan tukar pampers tu semua makanan aku. Segala keperluan isteri aku dan anak aku, aku sediakan A to Z. Aku juga baby person aku sukakan budak2.
Tiap bulan aku bagi nafkah zahir dan batin dan tak pernah miss kecuali nafkah batin semasa isteri aku berpantang. Pada bulan lepas aku mendapat tawaran bekerja di tempat parent aku di daerah lain aku mengajak isteri aku untuk berpindah ke sana dan tinggal di rumah parent aku sementara aku dapat membeli rumah. Isteri aku bantah sekeras-kerasnya sehingga meminta aku untuk menceraikan dia. Aku tak faham kenapa isteri aku berbuat demikian walhal isteri aku bukannya pernah tinggal bersama dengan keluarga aku. paling lama seminggu. itu pun waktu raya. aku dah terangkan pada dia bukannya tinggal selama-lamanya.tapi untuk sementara waktu sementara dapat membeli rumah.
parent aku dah bincang dan diorang tak de masalah. Di rumah parent aku hanya ada mak aku yang masih bekerja dan ayah aku berpencen. adik beradik aku tinggal jauh. cuma kakak aku bakal berpantang rumah aku sebab due date dia bersalin bulan ni dan suami dia pjj kerja negeri lain dan balik seminggu sekali. Rumah parent aku lagi selesa dari rumah parent dia. kucing pun tak ada. so tak de bau taik kucing la. bilik aku berhawa dingin. Dapur pula selesa berbanding rumah parent isteri aku dapur di luar. jiran parent aku kiri kanan melayu tegur. jiran parent dia pula kiri kanan chinese tak bertegur. Bila isteri aku kata suruh ceraikan dia sumpah terus hati aku terus tawar. kami masih ada anak yang masih kecil tergamak dia fikir macam tu. mohon Pendapat dan pandangan. Terima kasih.




