Salam admin . Maaf sebelumnya tolong hide profile saya. Saya seorang istri yang dalam keadaan tertekan sekarang sebab terlalu banyak masalah yang datang dalam hidup saya . Tak tau saya nak start cerita dari mana . 4 bulan lepas Suami saya accident yang agak teruk sehingga dia tak dapat bekerja seperti biasa doc pun memberi cuti Mc sehingga 4 bulan lamanya . Sebab dia bekerja sendiri memang terlalu susah la kami sekeluarga survive bila dia sakit macam ni , dalam keadaan yang saya saya mengandung dah nak masuk 5 bulan sekarang, anak kedua .
Masa kami dalam kesusahan , takde sorang pun kawan husband saya yang datang membantu , saya terkilan sangat walhal kadangkala suami jenis yang suka lebihkan kawan dari istri sendiri .
Keluarga suami ada la juga membantu sikit sikit pada bulan pertama , tapi saya faham mereka bukan orang senang , begitu juga dengan family saya bukan orang senang . Dulu saya bekerja , tetapi bila suami accident dan dia tak mampu nak buat apa apa saya ambik keputusan berhenti dan buat bisnes online sahaja untuk teruskan hidup . Tapi saya akui mmg tak cukup ditambah pula kebiasaanya saya bagi duit untuk mak dan adik adik dikampung sbb mak saya ibu tunggal dan adik adik masih sekolah .
Yang buat saya tertekan sekarang dalam keadaan saya mengandung tak berapa nak larat sangat ni saya nak kena pikir macam mana nak selesaikan semua masalah saya . Saya tau suami selalu nangis setiap malam tengok saya dalam keadaan macam ni , dia tau kepala saya kusut . Tapi dia tak boleh buat apa apa sebab keadaan dia yang tak mengizinkan untuk buat kerja . Sewa rumah dah tak bayar 3 bulan ,owner rumah setiap hari msg minta . yuran sekolah anak dah tertunggak , bil api air mmg saya belum bayar sebab untuk makan pun kami kadang sehari sekali je makan . Belum lagi mak saya dekat kampung cakap nak pakai duit untuk belanja barang dapo , yela mak dah tua , saya pulak anak sulung adik adik masih sekolah .
Saya STRES sangat , memang saya tak diuji dengan suami yang ada perempuan lain . Tapi saya diuji bila keadaan SUSAH . apa yang saya patut buat ? Saya nak bekerja dekat luar , dekat rumah pun kadang saya nak pitam sbb Hb low . Mmg doc suruh saya banyak rehat . Tapi kalau saya tak kerja macam mana nak teruskan hidup , tak makan la anak saya . Kalau ada yang nak bagi saya kerja lipat kain pun saya nak , boleh la tambah tambah sikit .Doakan saya mampu hadapi semua ini .




