Hai min. Tlg hide nama saya. Tq share post saya. Sblm saya cerita saya amat mohon jasa baik semua untuk bg pndengan dan idea untuk saya keluar dr kemelut ni. Saya dah berkahwin hampir 10 tahun dan mempunyai anak 3 orang. Kami kenal dr zaman study tapi saya bernasib baik dapat keja yang setaraf dengan kelulusan saya dan kami berkawan hmpir 6 taun sblm msg2 dipaksa untuk kahwin bg mengelakkn perkara tak elok berlaku wlaupun masa tu kami tak mampu kerana ekonomi masih blom stabil dan masa tu suami belum ada pekerjaan tetap. Tapi hanya disebabkn kami tak nak kehilngan antara satu sama lain, saya ambil inisiatif untuk buat personal loan untuk kos majlis kahwin kami dan itu mgkin kesilapan pertama saya.
Selama berkahwin, sayalah yang menanggung hampir semua perbelanjaan rumah. Untuk pengetahuan semua, gaji saya sekali gnda dr gaji suami. Dr sewa rumah, kereta, bayar mengasuh anak, susu, pampers anak suma saya yang byr. Suami beri nafkah saya sebyk rm50 sebulan. Bukan tak pernah kami bincg hal ni tapi end up tetapi saya jgk yang tanggung semua kos2 ni sebab katanya dia tak mmpu. Mulanya saya redha asalkan suami baik dengan anak2 tak kekok mandikan dan suapkan makan untuk anak2 tapi lama2, saya seakan tak redha dengan semua ni. Saya rasa down tapi bila saya mengeluh, suami seakan takdgr dan tak peduli. Suami ada inisiatif untuk buat grab untuk tmbh pendptn kami. Tapi bila kereta yang saya byr bulan2 tu perlu servis, dia tetapi mntk duit saya untuk servis sdgkn kilometer kereta berjln disebabkn dia buat grab.
Bayangkn, saya nak beli pencuci muka pun saya tak mampu sebab komitmen saya yang terlalu tinggi. Saya rasa sgt tertekan dengan semua ni. Suami saya seorang yang baik cuma bab ini dia terlalu ambil mudah. Saya ada impian untuk smbung blaja untuk tingktkn ekonomi kami. Tapi saya tak mmpu nak byr yuran sebab komitmen saya yang terlalu tggi. Ada masa saya rasa give up. Tapi saya tak mampu nak luahkn pada sesiapa kerana saya tau takde orang yang boleh tlg saya disamping niat saya menjaga aib suami.
Mertua juga sgt baik dengan saya dan perkara tu membuatkan saya redha dengan semua ni dlm keadaan terpksa. Jujur saya katakan, walaupn saya dh berkahwin dan mempunyai 3 orang anak. Masih ada lelaki yang cuba masuk line. Tapi saya tetapi setia dengan suami saya. Cuba mslh saya ni ada masa buat saya penat dan down. Bila mak abah saya teringin nak makan apa2 atau pegi kemana2, saya sgt2 nak bwk mereka tapi saya tak mmpu. Saya rasa saya bkn anak yang baik. Saya masih lg mencari jln penyelesaian suma ni sebab saya taknak ada terluka wlupun selama ni saya yang terluka. Maaf cerita tunggang langgang.




