siarkan tanpa nama. Assalammualaikum.
Aku sorang suami. Punya isteri yang cantik Dan dikurniakan seorang anak lelaki yang comel berusia 1 tahun. Aku sayang kedua duanya. Baru baru ini ada open house hari raya dirumah kenalan isteri aku, , aku tak dapat pergi atas urusan kerja. Isteri aku pergi bersama anak aku yang kecik tu.
Sejurus selesai, isteri aku pulang Dan beritahu yang ex bf nya pun ada disitu bersama isteri nya yang juga bestfriend isteri aku sebelum bestfriend nya itu mencaras ex bf wife aku dulu. Tapi aku memang tak kenal pun ex dia Dan memang tak nak tahu pon.
Dimajlis tersebut kelihatan ex nya seperti tak boleh move on. Dia membelai2 anak aku. Wife Aku pon tak kesah sangat, memandangkan ex nya masih takde rezeki anak walaupon dah 5 tahun bernikah.
Semalam, 30 syawal, wife aku sekali lagi mengajak aku pegi open house kawan nya. Aku pon free masa tu so aku pon ikut. Setibanya disitu, ramai jugak orang beraya, makan makan.. Tetiba, aku diperkenalkan oleh tuan rumah pada seorang lelaki.. Aku pon slamber je la.. hulur tangan Dan Salam. Sesuatu yang pelik, mamat ni pehal buat muka kelat? Aku tak usik pon lubang idong dia. Pastu aku buat hal sendiri, mkn Dan main dgn baby boy aku.
Sebelum balik, sekali lagi aku Dan wife dipanggil untuk sesi bergambar ramai2 guess what mamat yang buat muka kelat tu pon ada kat situ. Aku tgk Bertambah kelat pulak dari tadi muka mamat ni.. What the hel*? Kalau ko sembelit ke menop0s ke tak payah le join.. Selesai bergambar, aku Dan wife masuk kereta Dan drive pulang ke rumah. Masa drive tu aku Tanya la wife aku, siapa Dan kenapa mamat tu berwajah kelat. Dia respon “itu lah ex dia dulu”… Aku trus hilang mood. Berbakul jugak la aku seranah mamat kelat tu dlm kereta. Wife aku senyap terus. Aku rasa mcm apa entah.. Semua ada. Patut la dalam majlis tu wife aku layan baik je lebih pada biasa.. Rupanya nk tayang kat ex dia.. W*f? Apa la nasib..




