Assalamualaikum semua. admin hide yea. tq sebab post. Aku sorang isteri berumur 30 tahun. Suami aku 41 tahun. 10 tahun mendirikan rumah tangga kami ada 2 orang anak dan aku dah 2 kali guggur dan sekarang tengah mengndung 2 bulan. Ceritanya macam ni. suami aku ni jenis dungu. (maaf kalau kasar aku tengah marah dan kecewa 1 benda pun dia tak tau nak buat.
Mula2 kahwin dulu aku terkejut dia bagi semua duit gaji dekat aku ingatkan sayang punya pasal rupanya tak dia nak aku urus semua benda. Bil2 Hutang2. Maksudnya cukup tak cukup. biar aku pening sendiri nak cari. dia tak kan ambil tau. yang dia tau minta duit makan dan minyak dia pergi kerja. Dan aku rsa.. tak keterlaluan kalau aku cakap aku tak ada nafkah disebabkan nak cukupkan semua benda.
Seriously aku jeles dengan isteri2 yang dapat nafkah walau hanya rm10 sebab at least laki dia tau kewajipan nafkah tu apa. dan istri2 tu tak pening kepala nak pikir hutang2 dan belanja sampai cukup bulan.
Dipendekkan cerita. hari ni aku marah sangat dengn laki aku ni. sebabnya aku memang dah tak boleh nak tanggung sangat dah. dengan keadaan bgni. seriously aku tak nak gugur lg aku sakit. aku penat. tak minta banyak. Jaga perangai kau kalau tak nak jaga aku. tu je..
Memang aku tak redha. Bila tenagaku dikerah. Hak peribadiku dic4bul!
Kereta tu.. Luar dalam aku yang buat dari eccessori sampi ke part. So bila kena time. ko yang bawa pergi bengkel.. Orang kat bengkel tu tanya itu ini.. Kau boleh call aku untuk tanya apa ja yang aku dah tukar.. Rim kreta kau pun jenis kahwin kau tak tau.. Yang kau tau pakai ja. Lepas ni kalau kreta tu rosak jangan haraplah aku mau bertenggek sehari suntuk dekat bengkel sementara kau duduk opis kena2 ekon.
Sampai keluar2 darrah orang tengh mengndung urus kereta kau. Yang kau tau sedap ja pakai. Lepas ni tayar kau pancit.. Jangan telepon bini untuk minta tolong.. Bukan aku mekanik kau atau agent bengkel carikan orang tolong kau. kau ada kawan kau sangat kn. tak kan bila kau susah semua mau lari?? Masa dorang perlu kau. Anak tengah demam pun kau boleh tinggal macam tu ja.
Paip bocor tanya bini apa patut di buat. Kau nak bini kau juga yang berabis putar pita putih tu ka dekat paip yang kau pun pakai dalam rumah tu, Plag karan terbakar. kau anggp benda tak boleh baiki biar rosak sampi kiamat.. Saggup pakai extension memanjang penuh lantai.. allahu. banyak sangat d0sa aku sampai dapat laki macam kau sebagai ujian.
Eh come on la. Aku jenis mudah. Jangan susahkn aku. So aku tak susahkan kau. Ni lapar pun macam orang kebulur tak makan setahun padahal masa aku dan anak2 lapar. kau tak tau apa2. Yang penting sedap makan kat opis dengan kawan2 kau. sorry lah semua. aku seriousla tak tau nak pikir apa. Tak tau nak buat apa. memang aku tengah tertekan. doakan kandungan aku sihat.. aku nak anak ni.. terima kasih banyak2 sebab baca sampai abis.