Ikhlaskah aku ? Assalamualikum.. saya tak tahu nak luah kat siapa dah apa yang saya rasa.sebelum ni saya bahagia dengan suami walaupun pernah diganggu jiran kurang siuman. Dekat sebulan kehadiran adik iparku dirumahku.dia terpaksa tinggal dengan kami sebab mak suami aku dah tak mampu nak jaga anak2nya yang semua bermasalah. Termasuk yang aku tengah jaga sekarang suka bersosial.
Mula2 aku boleh terima sebab aku fikir yelah suami aku abang dia mesti suami aku nak jaga tapi rupanya tekaan ku salah. Suami buat tak tahu. Aku yang uruskan semua pasal nak tukar sekolah adik dia. Mula2 memang dihati aku pernah ade perasaan benci terhadap keluarga suami aku. Macamana tak benci waktu aku tinggal bersama mertuaku duit aku selalu kena curi dengan anak2nya. pantang aku keluar bilik nak ke tandas kejap jer dieorg masuk bilik curi duit yang ada. boleh bau aku letak mana duit. kalau berkunci pon dia pandai bukak.
Bila aku ajak suami pindah mula la keluarga dia sindir yela nak pindah sebab taknak hidup dengan orang miskin.aku geram jer nak jawab bukan sebab miskin.tapi sebab aku benci sampah masyarakat dan panjang tangan. Baru nak mula hidup baru dengan anak2 dan suami boleh pulak hantar anak nak suruh kita jaga. duit makan 1sen pon tak bagi kat kita. ingat sekolah anak dia free agaknya. dahla duit tak bagi. pastu beras sebiji pon tak tinggal. reti adab ke tak tak tahu lah. nak cakap miskin barang kemas boleh pulak beli.
Suami aku pulak bila belakang mak dia potpet2 marah kat mak dia sebab buat macamni.tapi bila mak dia ada depan bisu.yang menangungnya aku la.semua aku yang kena buat.masak.cuci pinggan..dengan anak2 kecik lagi.jangan sampai keluar akhbar aku meroyan pukul orang pulak. Aku tak tahu nak buat macamna dah.aku rasa tak selesa sangat bila ada orang rumah aku selain suami dengan anak2.patut ker aku terus terang dengan mertua aku yang memang aku taknak jaga anak dia.
Aku hutang pun keliling pinggang kena bayar. keta dan bank. lagi mahu tambah masalah. Reti buat anak ramai. Tapi sorang pon tak boleh pakai. orang tegor dan bagi nasihat dimarahnya orang tu. Sayang anak tak kena tempat sampai anak2 semua pijak kepala jadi hamba anak dan susahkan orang lain.




