salam min. aku berumur 32 sudah berkahwin dan ada 3 orang anak. aku laki bini kerja gomen. aku kerja kl dan bini aku kerja di selangor. bini aku alhamdulillah baik sgt. semua makan pakai aku dijaga dengan sebaiknya. cuma aku dengan bini aku sangat jarang wik wik. sebulan sekali atau dua bulan sekali je. kehidupan s*ksual kami agak hambar. bukan itu yang aku nk cerita.
masalah aku adalah aku terlalu suka dengan seorang ofismate tempat aku kerja. seorang gadis bujang berusia 30 tahun. muka dia takde la lawa sangat, lawa bini aku lagi. cuma awek ni hitam manis, kurus dan sopan sangat. dia juga sangat pemalu. aku pun hairan kenapa la aku sgt tertarik dgn awek ni. pakaian dia pun sangat sopan labuh dan menutup aurat. mungkin aku suka dengan ciri2 tu.
masalahnya kesukaan aku pada awek ni dah jadi angau dan terlampau sampai hari2 kat rumah aku asyik teringatkan awek ni kadang2 aku sengaja balik lambat lepas awek ni balik dan aku pergi kat meja dia dan cium2 meja dan kerusi tempat dia duduk min. bekas botol air dia aku cium2 sambil bayangkan awek tu min. sekali satu hari aku terjumpa gambar lama awek ni tak bertudung yg dia simpan dlm pensil box dia. sejak dari hari tu aku jadi lagi angau.. ada sampai satu ketika masa aku tengah wik wik dengan bini aku pun aku boleh bayangkan muka awek ni.
aku jarang bersembang dengan awek ni sebab dia pemalu. kadang2 kalau aku nampak dia duduk di cafe aku akan amik angle yang sesuai untuk rakam dan snap gambar dia diam2. so dlm henpon aku banyak video2 dan gambar2 awek ni. jadi satu kepuasan aku tengok dan amati muka awek ni. aku tau aku berdosa. aku dalam usaha nak tukar kerja untuk jauh dengan awek ni. aku risau permohonan aku tak diluluskan. aku nak berjauhan dengan awek ni kalau boleh. aku nak stop ingat dia, bantu aku min dan bawang2 rangers sekalian. aku sedia dikecam. tq.