Slm, hide profile yer Saya dah kahwin buat kalik ke 3. Masa berkenalan saya tahu bakal suami itu suami orang. Semasa jadi madu sebagai isteri kedua saya boleh je terima segala kekurangan rumahtangga saya ini. Saya terpaksa berahsia daripda pengetahuan isteri pertama dia. Bila isteri pertama tahu, bising dan mengamuk dia. Siap minta dilepaskan. Suami saya pun ceraikan dia.
Sekarang dah masuk tahun ke3 saya berkahwin buat kali ke 3 ni… saya memang akan melakukan apa yang saya mampu untuk pertahankan rumahtangga sekarang. Saya mampu dari segi kewangan, saya menyara anak2 daripada suami pertama, dengan suami kedua tiada anak, dengan suami sekarang masih belum ada rezeki. Saya sudah pun berumur 49 tahun
Masalah sekarang, bekas madu saya tu asyik sms minta nafkah anak2 rimas saya padahal Bekas madu tu mampu je bela ank2 mereka.tak ramai pun 2 orang sahaja. Hey u… gila talak ker? Suami saya pula memang tidak akan bagi nafkah sebab si isteri yang minta untuk dilepaskan, biarkan dia katanya…nak ajar sikit. Lagipun suami mengatakan yang bekas isteri telah meracuni fikiran anaknya dgn menuduh bekas suami macam macam. Anak remaja suami berumur 18 thn dan 12 tahun.
Sejak bernikah dengab suami sekarang walaupun diluar pengetahuan isteri pertama, kami telahpun menunaikan umrah bersama, dah pergi Haji pun. Berjalan luar negara tak payah cakaplah, memang kerap sangat. Semasa suami nikah dulu dgn isteri pertama, nak berjln dalam Malaysia pun payah kena kira setiap sen. Aduh…sungguh berkat rumahtangga kami, lapang dan bahagia.
Untuk bekas isteri suami saya, iaitu bekas madu saya, awak terimalah takdir awak ya. Bela ank2 tu dgn baik, jgn ganggu kami ya. Pandai pandailah awak nak hidup anak beranak ya. Siapa cakap kahwin senyap senyap tak boleh bahagia. Siapa, siapa? Kalau nak label saya perampas pun label lah… Ada aku kisah? Yang penting kmi bahagia! fhm!




