Slm, hide profile yer. Saya dah kahwin buat kalik ke 3. Masa berkenalan saya tahu bakal suami itu suami orang. Semasa jadi madu sebagai isteri kedua saya boleh je terima segala kekurangan rumahtangga saya ini. Saya terpaksa berahsia daripda pengetahuan isteri pertama dia. Bila isteri pertama tahu, bising dan mengamuk dia. Siap minta dilepaskan. Suami saya pun ceraikan dia.
Sekarang dah masuk tahun ke3 saya berkahwin buat kali ke 3 ni. saya memang akan melakukan apa yang saya mampu untuk pertahankan rumahtangga sekarang.
Saya mampu dari segi kewangan, saya menyara anak2 daripada suami pertama, dengan suami kedua tiada anak, dengan suami sekarang masih belum ada rezeki. Saya sudah pun berumur 49 tahun.
Masalah sekarang, bekas madu saya tu asyik minta nafkah anak2 sedangkan dia mampu nak bela anak2 dan ini membuatkan saya menjadi rimas tak ramai pun 2 orang sahaja. Hey u… gila talak ker? Suami saya pula memang tidak akan bagi nafkah sebab si isteri yang minta untuk dilepaskan, biarkan dia katanya nak ajar sikit. Lagipun suami mengatakan yang bekas isteri telah meracuni fikiran anaknya dengan menuduh bekas suami macam macam. Anak remaja suami berumur 18 tahun dan 12 tahun.
Sejak bernikah dengan suami sekarang walaupun diluar pengetahuan isteri pertama, kami telahpun menunaikan umrah bersama, dah pergi Haji pun. Berjalan luar negara tak payah cakaplah, memang kerap sangat. Semasa suami nikah dulu dengan isteri pertama, nak berjln dalam Malaysia pun payah kena kira setiap sen. Aduh…sungguh berkat rumahtangga kami, lapang dan bahagia.
Untuk bekas isteri suami saya, iaitu bekas madu saya, awak terimalah takdir awak ya. Bela anak2 tu dengan baik, jangan ganggu kami ya. Pandai pandailah awak nak hidup anak beranak ya. Siapa cakap kahwin senyap senyap tak boleh bahagia. Siapa, siapa? Yang penting kami bahagia! faham!





March 3, 2019
angkuhnye..tu ank2 hasben awk jgk…mmg wajib bagi pn..skrg mmg la bahagia..sok luse blom tntu lg..jgn ckp bsr..