Assalamualaikum. Tq admin. Saya seorang isteri, seorang ibu, dan seorang pesakit yang menghidap OCD dan Major Depression Disorder (MDD) yang disahkan Doktor Pakar Psikatri. Semenjak saya berhenti ubat, saya rasa penyakit saya ni makin teruk. Axiety and insomnia semakin menjadi jadi. Ada sekali tu saya masuk hospital sebab saya termakan ubat lebih sebab ada perkara yang membuatkan saya terkena panic attack. Padahal saya dah lama tinggal ubat tu. Selepas keluar wad, saya dapat rasa yang saya makin teruk. Teruk sangat sampai satu tahap ada benda yang kawal diri saya.
Kelmarin masa maghrib tanpa saya sedar, saya telah cekik anak saya yang berumur 4 tahun nasib baik suami saya nampak, dia terus grab dan ikat saya. Dia terus bagi saya makan 2 biji ubat Alprazolam, alhamdullillah saya ok lepas tu. Lepas kejadian tu saya sedih sangat sebab kenapa saya mcm tu. Tak mustahil saya boleh buat pada suami saya juga. Saya yakin yang buat semua tu bukan saya. SUMPAH bukan saya yang buat. Saya sayang suami dan anak saya lebih dari nyawa saya. Suami saya cakap dia tak nak inform pada doktor sebab dia takut saya kena tahan di wad psikatri. Dia tak nak pisah dgn saya. Tapi saya takut andai kata kalau saya akan jadi lagi.
Masa saya warded, ada satu kakak tu datang katil saya. Dia cakap dia ada nampak sesuatu dalam diri saya. Ada kawan lama saya hantar benda tu pada saya sebab tak boleh terima saya kahwin dgn suami. Saya pada mula nya tak percaya. Tapi bila ada satu aunty tu jumpa saya, dia cakap benda yang sama. Dia cakap dia dapat rasa yang dalam badan saya ni ada sesuatu benda yang tak kena. Jadi dari situ saya terfikir. Why not saya pergi berubat. Saya berharap sangat yang saya akan hidup dalam keadaan yang normal mcm orang lain. Sbb saya sayag sangat keluarga kecil saya. Saya kena kuat untuk lawan semua benda ni untuk suami dan anak saya.
Satu je saya nak cakap, kepada orang yang ada busuk hati atau ada niat untuk buat benda tak baik kepada orang, please fikir one day you pun akan berkahwin, you pun akan ada suami atau isteri , you pun akan ada anak, you pun nak berkeluarga mcm org lain, jadi you tak takut ke kalau benda ni berbalik pada diri sendiri. Igt Allah. If org tu bukan jodoh awak, terima lah dgn redha. InsayaaAllah, Allah akan hadirkan org lain yang lebih baik untuk awak akan dtg. Percaya lah. Bukan buat perkara yang tak baik sampai seksa hidup org mcm tu. Doakan saya untuk kuat semangat, cepat sembuh dan boleh keluar dari masalah ni. Doakan suami saya sentiasa kuat untuk hadapi semua ni. Doakan anak saya kuat dan boleh terima yang ibu dia sakit, bukan sengaja untuk menyakiti dia.