Assalamualaikum min..hide profile member aku ni ek. Besar sangat masalah aku ni min.. complicated sangat. Aku ni usia dah pertengahan 30an, baru je kahwin dlm 2minggu macamtu.. tapi tak tahu lah, sampai sekarang perasaan sayang, cinta tu langsung takde..
Aku kahwin dengan ex bf aku yang dah lama sangat terpisah sebab dia nak sangat kahwin sedangkn aku tak ready lagi masa tu, ye lah masih belajar lagi kot.. aku pon ada cita2 & impian lain, nak juga kerja n balas jasa family kat kampung.. dia lain lah, mak bapak doktor, anak tunggal, dah ade kerjaya best.. tu yang sibuk nak kahwin cepat..
Pastu ntah camne ade orang lain muncul dlm hidup dia n dorang pon kahwin.. n kami lost contact terus.. bawa haluan masing2.. Tahun lepas, masa gi holiday dengan mak ayah aku, tetibe terserempak dengan dia n 2orang anak lelaki.. masa tu lah baru aku tahu yang dia ni dah lama berpisah sejak anak dia baby.. anak2 dia jaga, sebab ex wifenya tak nak ambil tahu langsung pasal dorang.. kesian kot..
Lepas pada tu, ntah camne aku jadi rapat dengan budak2 tu.. rasa sayang sangat kat dorang, yang budak2 tu pun kalau dah jumpa aku, bapak dia ajak balik pon taknak.. macam2 alasan.. agaknya sebab anak dia rapat dengan aku, tu yang dia decide utk lamar aku.. mula2 memang aku taknak.. Pastu bila parents dia datang jumpa parents aku, tak sampai hati aku nak tolak..
Mengenangkan budak2 tu yang memang perlukan kasih sayang seorang ibu.. pastu bila ingat balik zaman belajar dulu, dia banyak tolong aku.. bayarkn yuran, bagi duit belanja bulan2, macam2 lah.. tu yang aku pun terima je dia.. pastu ktorg kahwin je lah.. Masalahnya kan, aku ni memang takde hati, takde perasaan langsung kat dia.. aku kahwin pon sebab sayang sangat dekat anak2 dia, bukan sayang kat dia pun.. tu yang setiap malam nak tidur je, aku panggil anak2 ajak tidur sekali.. memang tak boleh lah nk tidur dengan dia.. dia nak peluk pon aku akan elak n panggil anak2.. huhuk
Tahu memang dosa tak layan suami, tapi masalahnya aku tak boleh nak suka kat dia.. aku tak sedia lagi nak terima dia sepenuh hati aku ni.. nasib dia paham, tak marah, tak ungkit pasal dosa pahala.. n nasib juga lah kami pjj.. tak jumpa hari2.. kalau tak, ntah lah.. Tak tahu lah sampai bila nak camni.. nak pupuk rasa cinta sayang tu macam susah je.. kadang2 rasa bersalah juga tak layan suami aku sedangkn dia dah buat yang terbaik untuk aku.. selalu sangat aku doa agar hati aku ni dilembutkan utk suka n sayang balik kat dia macam zaman muda remaja dulu..