Assalamualaikum..admin
Pagi ni sahur terakhir puasa tahun ni 1440h. Saya hanya bersahur bertemankan anak. Suami entah ke mana katanya pergi memancing kat sungai. Entahla yer ke tidak. Empat tahun hidup saya tidak sempurna kerna inilah tempoh hidup bermadu saya lalui. Suami saya tak adil. Lebihkan madu dan anak tirinya. Madu saya seorang jand* anak tujuh lebih berusia dari saya dan suami. Tapi entahla mengapa suami cukup takut atau sayang kat madu?
Saya berumur 38 tahun, berkerja tetap. Suami dan madu kerja satu tempat kerja. Mungkin inila selalu bertemu, rasa terpikat. Oh yer, Sebelum mereka kahwin senyap madu ada mari bersemuka dengan saya meminta izin untuk kahwin dengan suami sebab mereka dah bercinta lama hampir tiga tahun tanpa pengetahuan saya. Keputusan saya tak izinkan sebab suami saya tak mampu, semua saya tanggung.
Untuk mengubati kekecewaan dan kelukaan hati saya pergi ke Mekah untuk berumrah. Tapi balik dari umrah suami dah tak berhubungan dengan scandal. Madu tak berhenti hubungi suami, merayu kat suami nak kahwin dengan suami walaupun satu hari. Ini lah hebatnya godaan wanita. Akhirnya mereka kahwin, seminggu kemudian saya tau. Saya bagi syarat kat suami dan madu. Tapi bila dah jadi isteri sah mulala madu tunjukkan kehebatannya.
Balik dari kursus kerja, saya terkejut semua pakaian suami diangkut kerumah madu. Saya pujuk hati tak mengapala saya tak perlu lagj jaga pakaiannya.
Sakit hati bab giliran lagila. Bab nafkah langsung tak bagi. Doakan saya kuat utk mengalah dah tak sanggup nak hidup berkongsi tapi hidup sendirian.
Selamat hari raya semua warga krt.




