Assalamualaikum korang. Aku just nak luah kat sni sebab aku tak ada tmpt mengadu selepas arwah mak pergi.
Masa mula2 kenal dengan suami, dia memang sorang yang baik, solat pun 5 waktu.. dan aku jatuh cinta dengn dia pun sebab aku pernah dengar dia baca al quran.. selepas dah bertunang, mulalah banyak sangat ujian.. dia larang aku berhubungan dengan kawan2 lelaki (kawan sekelas masa kat skola).. dia akan marah kalau nampak aku chat dengan kawan2 padahal kat group wasap je pun.. group kelas aku msa form 5.. chat pun bukan mesra2..
kitorang PJJ masa bertunang sebab dia kerja kat KL masa tula dia selalu ingtkan jangan chat lelaki walaupun kawan lama semuala tak boleh sampaikan aku lost contact dengan kawan2 aku termsuk perempuan.. tapi, bila kitorang jumpa aku pun cekla fon dia.. hmm chat dia bukan main mesra lagi dengan ex dia.. siap rindu, wo ai ni bagai.. pastu dia kata dah lama rindula, nak minta belailah.. hancur sangat2 hati aku.. tapi bod0hnya aku sebab aku kejap je boleh maafkan dia. padahal dia nak kat aku pun sebab ex dia tu dah tak nak layan dia.. kalau ex dia melayan memang dia akan buang aku dah.. pastu.. kami pn khwin..
Selepas kawin ni.. Hmm.. nak je aku becerai.. cara dia layan aku dah tak sama macam dlu.. kalau bercakap pun kasar2 dah.. selalu marah2.. nafkah tak bagi.. sebab anak je aku bertahan sekarang ni.. kami kawin pun tak sampai pun setahun lagi dah macam berubah.. tiap hari aku nangis, sakit sangat hati aku.. aku selalu rasa menyesal.. patutnya aku tak kawin dengan dia sebab masa bercinta dulu hubungan kami ditentang oleh fmly.. tapi sebab cnta kmi kuat (konon!) kami teruskan kawin dan famly pun dah boleh trima dia..
kalau la msa blh undur.. msa aku bru beranak pn dia dh mrh2 aku.. pdhl hmpir je nyawa aku melayang msa beranak.. aku branak emergency czer.. macam nak putus nyawa dah masa tu.. tp tula manala pengorbanan kita ni nak dihargai. Buat masa sekarang ni aku betahan sebab anak je.. aku kesian kalau anak aku takdpt kasih sayang sorang bapa.. lagi pun anak aku kecil lagi. baru 3 bulan.. untuk korang yang baru plan nak kawin muda.. memang tak salah tapi make sure pasangan korang tu betul2 yang terbaik.. mintala petunjuk dari Allah.. jangan jadi macam aku.. tiap hari mkn hati.. takprnh pla tu dipjuk.. aku menangis smpai tertido tnpa kata maaf sikit pun..




