hai min aku nak kongsikan sikit pengalaman dalam krt ni memandangkan hari tu aku penah nampak min up kisah seram jadi aku nak mengarang kt sni.. kes ni jadi kat kampung aku dulu kat utara.. nama dan kampung aku terpaksa rahsiakan atas sebab2 tertentu.. masa ni aku masih bujang belum kahwin.. dalam family aku ada mak.. adik2 perempuan seramai tiga orang dan laki dua orang yg masih sekolah rendah dan menengah..
masa ni umur aku dalam lingkungan 20an.. dan masih belajar.. dalam kampung tu ada seorang perempuan tua nama mak nap (bukan nama sebenar) dikenali dulu sbagai bidan terjun dan tukang urut dan tukang ubat.. mak nap ni dah lama sakit2 dia tinggal sensorang anak2 tak ada sebab dia tak kahwin.. jadi masa dia sakit orang kampung nak bawa dia pergi hospital tapi dia tak nak.. dia men!nggal malam sabtu (aku masih ingat lagi)…
selepas kejadian tu ada beberapa orang kampung mendakwa terlihat2 kelibat mak nap bawah rumah dia .. ada yang nampak mak nap mencangkung bawah rumah..(rumah maknap papan tak ada simen).. ada nampak mak nap panjat rumah … ada yangg nampak kelibat maknap kat atas pokok nona waktu maghrib.. aku pun tau betul ke tak cerita tu.. tapi mak aku ada pesan maghrib2 dia tak nak kami main kat luar rumah.. so mghrib2 kitorang memang dah tau tak akan ada kat luar laman lagi …
maknap ni rumah tak da la jauh dari rumah kami… malam tu aku tengok tv kat depan ruang tamu adik prempuan dalam bilik dan ada yang buat hal sendiri adik2 laki kat ruang tamu main dam .. masa asyik tengok tv aku perasan daun tingkap bergerak2 tingkap tak tutup tingkap kaca keping2 tu aku dengar suara mak nap bagi salam.. lepas tu muka maknap tejenguk2 kat luar tingkap.. rambut mgerbang uban putih.. dahi kedut2 mata terbeliak bulat .. allahu aku terkaku tak terkeluar suara masa tu..sampai kan aku histeria..
yang aku ingat masa kejadian mak nap ada julurkan lidah panjang dari luar tingkap sebelum aku jatuh pengsan.. lepas kejadian ni heboh juga di kmpung.. orang2 kmpung pun ada cerita tentang hal yg sama.. kata diorang dalam lingkungan pukul1 pagi macam tu akan ada orang ketuk pintu dan beri salam suara seolah2 macam mak nap… sampaikan laki2 yg lepak kat warung pun sampai larut malam pun dah xberani dah nak lepak.. lepas maghrib asyik di rumah..
kes ni berlarutan smpai sebulan..banyak bomoh.. ustaz dah jemput tapi tetap juga ada gngguan kat orang kg.. smpaila suatu hari tu ada ustaz suruh kami selalu mengaji di rumah dan buat bacaan yaasiin di surau 7 hari berturut2 baru lah kampung kami tak de gangguan … sampai sekarang aku masih terbayang2 wajah maknap .. masa aku mengandung anak no1 (selepas dah berkahwin) aku penah ternampak kelibat seakan2 mak nap di koridor rumah.. (rumah yg disewa suami).. pakai baju kurung kedah dan kain batik lusuh kat hujung koridor.. time tu aku ngan suami pulang dari beli barang dapur. (pukul11.30mlm) sunyi flet tu..
suami dah buka gril aku ternampk kat hujung koridor.. “maknap..” aku hmpir nak jatuh pengsan nasib suami sempat sambut.. tak hilang disitu jugak admin pernah satu hari suami kerja malam kat luar rumah dengar orang bagi salam dan suara tu yg aku kenal..halus2 suara tu…aku tak buka pintu.. aku lari masuk bilik tapi lepas tu kat dapur bunyi seolah2 periuk dihempas2 cawan berlaga, macam riuh kat dapur.. aku ketakutan dan telefon suami swmpaikan suami terpaksa balik sebab aku meraung dalam bilik ketakutan..
masa tu aku preg 6 bulan.. lepas kes tu kami import mak aku suruh teman kan sebab takut sangt.. suami paggil ustaz untuk pagar keliling rumah dan dalam rumah… ustaz siap cakap bende tu ta kan masuk dalam rumah kalau dia nak main pun kat luar rumah… memang betul.. lepas tu aku dan mak selalu dengar benda mencakar kat pintu.. dah tak bagi salam lepas tu bunyi pintu kena tumbuk sebelum dia blah.. mak pandang aku aku pandang mak.. tapi aku tak takut sangat sebab mak ada.. mak aku laungkan allahuakbar dan terus baca baca yaasiin… kami berterusan macam tu sampai kan aku dah habis melahirkan anak…kemudian aku ada berubat dengan seorang makcik ni
alhamdulillah..gangguan yang dulu2 dah tak ada..dan kami pun dah pindah ke tempat baru…kat sini ramai jiran2 prihatin … pindah kat sini pun satu hal jugak min jiran2 sini lebih kepada ahli mesyuarat tingkap.. selalu ketuk2 pintu umah tanya masak apa walaupun malam2 sibuk nak mngetuk..hari2 ajak sembang ..diorang rajin gosip tapi ok la sebab kite tau tu manusia ..aku karang ayat terabur sikit sory..tapi aku cuma nak kongsi.. smpai sekarang aku masih terbayang2 muka maknap.. makcik yg berubat tu ada pesan kalau aku terbayang je muka maknap cepat2 la baca ayat kursi …dan tiga qul…sekian…
tq min kalau kisah aku disiarkan..




