Salam Min tolong siarkan min. Nak minta pendapat and share sikit kisah saya. Minggu depan saya akan ke mahkamah untuk minta fasakh. Usia perkahwinan hampir 19 bulan. Nak masuk 2 tahun dah.
Tapi sepanjang perkahwinan suami tak pernah bagi nafkah zahir(duit). Duduk rumah mertua. Bila saya minta dia kata dah bagi dekat mak dia. sebab kami duduk sekali. Seakrang saya tengah berpantang lagi.
Anak baru 2 bulan. Byk benda saya pendam. saya sakit hati. kecil hati dengan suami. Sepanjang berpantang saya duduk rumah mak saya. Nasib saya ade gaji. Saya bayar duit makan saya dekat mak saya. Sepanjang berpantang. Dia hanya bagi rm100. Sedangkan urut pun dah rm150. Balik pun jarang2. Yang jaga saya betol2 mak saya. sakit pening. bengkak susu dia tak ada pun dengan saya.
Lagi sakit hati. Kalau balik rumah mak saya pun 2-3 pagi. Melepak dengan kawan2. Umur bukan budak2. Nak masuk 27 tahun dah. Bila ajak pindah. Ayat dia senang je. tak mampu. buat ape kawin kalau macam tu? Nafkah tak bagi. Rumah tak sediakan. makan minum saya tanggung sendiri. Lagi sedih masa saya mengandung 4 bulan dia pernah tolak saya jatuh tepi katil lepastu dia pijak perut saya sebab saya melawan dia punca kami gaduh sebab saya ajak dianpindah Mungkin saya dan anak saya tu menyusahkan dia…
Saya cuma ajak pindah supaya kami berdikari. sampai bila nak menumpang? Kan dah ada anak. Saya ni dah lah mak mertua tak suka. masak pun tak bole rumah dia. Hampir 2 tahun saya cuba sabar. cuma masa berpantang ni saya rasa dah tawar hati dengan dia. Makan minum saya dia tak tau. Sakit saya mengadu dengan mak saya. Kadang2 malu dengan adik beradik lain. Dah kawin tapi harapkan mak lagi. sampaikan anak kena kuning..2 minggu saya ulang alik klinik,hospital dengan mak. saya memang manja dengan mak saya. Tapi dia ambil kesempatan sampai lepas tangan macam tu…
Harap warga KRT boleh bagi pendapat. betul ke ape saya buat ni? Atau salah saya dia jadi macam tu? Saya cuma nak privacy saya as a wife. Duduk sendiri. Tak harapkan mak ayah dah. Btw dia takdelah orang susah ke ape. Dia keje atas company arwah ayah dia. TQ yang komen bagi pendapat





February 23, 2019
Betulh kau buat tu,tapi setiap peristiwa ksu catit,utk bukti dimahkamah, dan dia tidak boleh berbohong