Salam admin mohon hide fb saya..
Hai kawan2 diharap kawan2 dapat bagi pandangn dan bukan kecaman. Ceritanya begini tentang mertua saya. Tapi bukan la mertua pun. sebab ibu mertua dan ayah mertua saya dah meninggl ketika suami masih kecil. beliau adalah makcik dan pakcik kepada suami saya yang mana mereka telah menjaga suami saya selepas ibu dan ayah suami saya meninggal dunia. mertua saya ni berumur lingkungan 70an.
Mak dan ayah mertua saya ni ada 2 sikap iaitu kedekut dan terlalu mengikut petua orang dulu2. Sikap kedekut dia:
1) mak mertua suka simpan makanan dalam almari untuk tempoh yang lama sampai makanan tu dah expired (makanan yang diperolehi bkn beliau yang beli tetapi ada orang bagi)
2)dari segi bahan masakan contoh seperti cili yang dah di kisar di simpan dalam peti sejuk sampai ada tompokan berwarna putih dipermukaan cili(tak pasti itu kulat atau apa saya tak zoom)..macam daun sup yang dah layu pun dah sampai bertukar warna pun dia masih simpan dan gunakan sampai habis
3)bab makanan yang di masak pula jika lauk tu tak habis beliau akan panaskan sampai lauk tu habis…kalau 4 hari masih tak habis lagi maka 4 hari lah dia akan panas dan makan.
4)bab beli makanan diluar plk..saya pernah nampak ada nasik lemak yang berbungkus dengan daun pisang masih tersimpan dalam peti ais.
6)serbuk teh yang ditapis banyak kali dan direndam dalam kole(cawan besi)digunakan berulang2 sebab beliau suka buat teh tarik suami penah minum dan lepas minum suami terus muntah(mungkin tak kena dengan tekak suami) Itu yg saya nampak la…fyi saya tak duduk dengan mereka…
Saya duduk asing
Bab ikut petua lama plk:
1)letak air pada batang keladi lalu di minum air tersebut tujuan untuk memudahkan proses bersalin(fyi saya sekarang hamil tu beliau suruh saya minum tapi saya tak ikut pun)
2)4 tahun lepas saya bersalin baby masa tu umur 3 bulan mcm tu la ibu mertua saya ni dia ambil bawang merah kecil beliau potong sikit bawang tu dan gosok di dahi dan kaki baby saya sambil mulut beliau terkumat kamit baca jampi…tujuan untuk mengelakkan baby terkena gangguan makhluk halus…dan bukan itu sahaja beberapa biji bawang kecil di letakkan dalam bakul baju anak saya tapi saya buang.
3)ayah mertua saya pula ada juga petua dia…lepas habis makan beliau basuh tangan dalam pinggan yang beliau makan tadi dan air yang terkumpul di dalam pingggan tadi beliau ambil dan beliau usap di rambut..tujuan untuk mengelakkan uban tumbuh…masa tu saya tgk apa yg dia buat tu nasik yang saya sedang kunyah hampir nak terkeluar
4)ayah mertua pernah cerita dia boleh buat orang meninggl hanya dengan menampar sahaja
5)ada banyak lagi petua dia…pernah dengar dia baca jampi macam dalam cerita p.ramlee tu.. Saya tak tahu la nak cakap macam mana kadang hati saya ni macam berat sangat nak balik sana…saya kalau balik rumah mertua saya tak pernah duduk saje…saya akan bantu dia…tapi kadang2 ibu mertua saya ni cerewet.. kalau macam nak potong sayur ke ade je tak kena..penah skli saya potong carrot tapi mgkin cara potong tu tak kena dengan dia…lepas dari peristiwa tu ..setiap kali dia nak masak saya akan tanya nak saya tolong ke dia diam..hampir 5x saya tanya dia diam…saya rasa macam saya cakap dengan dinding
Penah 1 malam tu saya migrain dan tak tahan muntah2 dek kerana nak balik rumah dia ni kena tempuh jem..saya pn duduk di ruang tamu dan tak sedar saya pn tertidur…tak tolong dia masak kat dapur..asik panggil nama saya..selagi tak sahut..selagi tu la memanggil..saya pun malas nak layan lantak kau lah saya sambung tidur dalam keadaan duduk di ruang tamu.
Macam mana ya kawan2 saya kalau ikutkan malas nak balik sana…dan suami pun kadang paksa saya suh balik jenguk mereka tapi saya mcm berat sangat2…suami saya ni pandai ajak saya balik sana tapi bila balik sana dia membuta je alasan penat drive…agak2 kalau saya tak balik sana saya jd menentu derhaka tak??? yela mereka pn bukan mertua “original”…tapi saya tak pernah halang suami untuk balik jenguk mereka…sekian terima kasih




