Haiii..nak minta pendapat..
So far takda masalah sangat dengan suami..tapi ada masalah dengan mak mentua.. Mak mentua baik. suka bagi macam-macam. tapi masalah nya dia suka mengungkit. saya bukan jenis suka meminta. Macam mana ya nak buat supaya mak mentua kurang beri macam-macam kat anak-anak. sekejap2 dia belikan itu ini..saya sampai dah menyampah nak balik rumah dia..dulu saya tak macam ni. saya suka anak2 rapat dengan atok wan dia. mak mentua n pak mentua. tapi setiap kali balik ada je mak mentua x puas hati dengan saya..
Lepas abis cuti dia akan mesej panjang dekat suami cakap saya macam-macam..
Sampai cakap saya quenn control la.. suami dengar cakap isteri la. Suami bagi itu ini kat isteri tapi tak hargai pengorbanan mak. tak bagi mak apa-apa. Mak mentua selalu tengok ape saya pakai dari ujung rambut sampai hujung kaki dia ingat suri rumah macam saya ni tak boleh ke nak bergaya? nak cantik2?padahal saya pakai barang murah-murah je..itu atas kemampuan suami je..dia bukan berduit pon…dia belikan saya baju rm10 pon saya dah cukup hargai..
Berbalik pada masalah saya..macam mana nak mengelak mak mentua yang suka belikan anak2 saya barang..saya dah tak boleh nak terima barang pemberian dia. paling tak tahan. tiba2 dia cakap suami ada hutang dengan dia. Rupanya baju2 dia bagi kira kena bayar balik..ini akan berlaku bila suami ada senang sikit. mak mentua jadi tak senang duduk. mak mentua sangat takut saya habiskan duit anak dia. padahal selama saya kahwin saya x pernah minta apa2 kat anak dia. saya terima setiap pemberian anak dia..walaupun hidup saya tak semewah seperti ayah saya yang jaga. saya bersyukur je walau suami belikan baju2 dari bundle je..




