salam.aku dah berkahwin,baru nak masuk dua tahun usia perkahwinan kami.belum dikurniakan anak. masalah yang aku hadapi sekarang,aku selalu bergaduh dengan suami. suami selalu cakap,benda kecik pon nak merajuk. tapi tahu2lah hati perempuan,aku suka pendam perasaan. kalau aku tak tahan sangat aku bg message thru whatsapp explain apa yg tak kena.
nak dijadikan cerita, minggu ni dia ajak balik kampung belah suami. aku dah cakap, aku xnak ikut kalau boleh. ntah, mungkin dah rasa tak sedap hati. macam2 tahu2 apa nak jadi. Dalam kereta, kitorang berselisih pendapat lagi so aku merajuk taknak cakap dengan dia. sampai je rumah mertua, solat sekali ngan dia aku terus dok dalam bilik. so, berbalah mulut dalam bilik dan kadang2 dia tinggi suara. aku tak tahan aku cakap lepaskan jelah aku. dia cakap dia nak ambik pisau suruh aku tik*m and bun*h dia dulu baru dia nak lepaskan aku. so,dia keluar ambik pisau di dapur dan masa tu mak ngan ayah mertua aku nampak dan tahan dia. So,keluarlah cerita kat parents dia yang aku treat dia macam sampah dan dia rasa nak gila disebabkan aku.
Aku duduk je dalam bilik, bertemankan air mata. then, mak mertua masuk tanya apa yang jadi. ada masalah ke, smpi suami aku dah macam ada depression? aku geleng cakap takde. so dia suruh aku baca alquran bnyak2. lepas tu aku rasa dunia ni gelap, dah xde guna aku hidup. macamana lagi dah berdepan dengan keluarga mertua aku lepas drama tadi,? adik beradik dia pon ada. so, tangan aku dengan laju taip “how to commit suicide faster and painless?”
tapi yang keluar mostly hot line dan suruh pikir dua kali. baru aku tahu internet takkan suggest apa2 untuk orang yang nak commit suicide.
sampai waktu berbuka azan je aku terus solat.diorang panggil aku bukak puasa, aku x keluar. malu. dan aku mintak kat suami nak balik rumah mak aku memandangkan mak aku pon x sihat dan mintak ruang.
masa tu dia keluar bukak puasa dengan kawan2 sekolah dia, suh aku tunggu dia balik. akhirnya pukul 10.30 malam aku bertolak balik kampung aku sendiri.
dan aku tekad jugak nak berpisah dengan suami aku lepas raya ni. sebelum balik,dia ada cakap nak jumpa ustaz berubat. maybe ada orang dengki kat kitorang atau gangguan makhlus halus ni lah.
aku taknak . mesti korang rasa aku mengada2 kan?
tapi kalau dah aku punca dia depression, nak jadi gile dan rasa nak tik*m diri sendiri, kalau aku lah puncanya so kenapa nak gi jumpa ustaz bagai sedangkan akulah iblis settannya? and kenapa bukan sebelum dia buat onar depan family dia?
aku dah xde muka nak jmpa family dia dah pon, orang lain mungkin boleh buat biasa2. mcam xde ape jadi pon. aku x boleh.




